bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum... dah lama tak tempek resepi-resepi makanan budak-budak ni. takde benda yang baru pon dieoran...

pancake roti pisang

00:28 magh farah 5 Comments

 bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum...

dah lama tak tempek resepi-resepi makanan budak-budak ni. takde benda yang baru pon dieorang makan. balik-balik food sama je. hehehe

resepi ni pon sebenarnya dah selalu buat , ala-ala roti bakar telur pisang/ french toast pisang tapi nak kelainan sikit haritu lagi pon senang nak buat bentuk-bentuk nak menarik perhatian budak-budak ni makan i hancurkan roti tu.

bahan dia simple je. roti sekeping, telur sebiji gred A, pisang 2 bji.

pukul telur, carikkan roti, lenyek pisang bersama. nanti roti tu pon sendiri akan hancur bila lenyek pisang tu, masak macam masak pancake atas non stick pan.

 
sedia untuk dimakan. guna acuan bentuk love. tak cukup sebenarnya ni sebijik. kene masak lagi sebijik.

untuk variasikan, boleh la tambah kismis ke, kurma ke, habbatussauda ke, cheese ke.

buat lagi sebab budak-budak ni suka. tapi harini nak cepat *ehem* malas, bentuk bulat-bulat je. hehe




 
lunch. nasi goreng kampung dengan pasta goreng kampung.

kakak suka nasi, baby suka pasta. jadi ini la solution nya. bahan asas dia sama je. cuma bila dah siap tumis, asingkan, kakak letak nasi, baby letak pasta. senang! 


 beriadah petang sebab nak letihkan anak-anak.

balik tu berselera makan, lapaq kan berenang

lagipon ummi dah tukar nasi goreng kampung kakak jadi nasi goreng pattaya. tu yang beria beno makan tu. telur, suka sagat la dia. deko2 sikit

astaghfirullahalazim

5 comments:

bissmillahirrahmanirrahim...assalamualaikum dari mok cik blebe hehe. nak soh update sangatkannn. nak ambik update sampai 2 kali se...

bila walid ade

14:30 magh farah 1 Comments

bissmillahirrahmanirrahim...assalamualaikum

dari mok cik blebe

hehe. nak soh update sangatkannn. nak ambik update sampai 2 kali sehari. sebenarnya tengah transfer gambar. rasa nak upload seketul da gambar untuk kenangan dalam blog. aktiviti jalan-jalan bila walid ade. ni gambar lama dah bukan latest. masa walid balik hampir 2 bulan lepas dah. 





konflik bila walid ade, ummi sibuk la dok ajak walid berjalan. walid plak sibuk nak setelkan benda-benda yang tak setel, nak jumpa orang tu, nak g bayar ni, bak buat tu, buat ni. kalau tak buat pape dia nak dok berehat dirumah je (kalau boleh). hehehe. mestilah tak bolehhhh...walid takde kiteorang dah berkurung kan. masa walid ade la nak keluar. hehe

astaghfirullahalazim

1 comments:

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum... maryam sekarang suka ambik gambar, start masa kat sabah haritu lagi. tapi skrang skill dia...

maryam si photographer bijak

11:26 magh farah 0 Comments


bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...

maryam sekarang suka ambik gambar, start masa kat sabah haritu lagi. tapi skrang skill dia dah banyak improvement la. haritu dia main phone masa makan kat mango chilli giant kinrara. huhu. giant je la kan yang dekat setakat nak beli sikit-sikit. walid dah tinggalkan barang cukup la untuk 2 minggu. tapi kene ade jugak barang kene topup sikit-sikit. sikit-sikit pon nak dekat seratus jugak habis. barang nya alahai sikit sangat je. huhu. kos hidup sekarang.

layang gambar maryam ambik.

ibu ngan rayyan

ummi ngan baby

baby minum air tembikai, ummi makan spicy chicken salad katanya.

sedappp...mak suka. dua kali baru makan sini, first time pegi dulu langkah kiri kut, datang ngan along jugak. food yang kita order tu semua mengecewakan,so tak datang dah sini lepas tu. kali ni walaupon ade menu sama kiteorang order, sedap pulak. tukar tukang masak kut. boleh datang makan lagi.



 ni mas. housemate baru ibu. merangkap kawan sekerja.

alhamdulillah. i rasa hidup along ngan rayyan semakinsenang kut sekarang. rezeki tu datang pelbagai bentuk kan. tak pa lah tak mewah mana, hati yang senang tu lagi penting. alhamdulillah. mak pon senang hati tengok dia senang hati. sampai berat susah nak control. senang hati katenyer. hehehe

ok kat bawah-bawah bukan gambar maryam ambik dah. 


ni gambar-gambar ibu yang ambik. tapi senget-benget macam maryam je yang ambik kan? kekeke

sebenarnya ambik sambil rayyan nangis-nangis takut. huhuhu. kakak tak takut. dia la yang mintak nak keluar pergi kat "dinasour tiut". dia agak obses ngan dinasour sekarang ni.


alhamdulillah. bembesarlah jadi anak yang solehah , berguna dunia akhirat puteri puteri ummi.

astaghfirullahalazim

0 comments:

 bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum hari ni dua orang tanya kenapa tak update blog. pagi tadi along "yah, dio meme tokse u...

fateemah maisarah

01:00 magh farah 0 Comments

 bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum

hari ni dua orang tanya kenapa tak update blog. pagi tadi along

"yah, dio meme tokse update blog doh ke?"

huhu... rasa macam tak de benda nak update. semua benda dah diupdate kat instagram. gambar semata. tu pon gamba muka je la kan. takde cerita disebalik.

malam ni husband plak. dia cakap, "sian  baby ummi tak update pasal dia. nanti dia ingat ummi tak sayang dia"

T_T

bukan dikkk. ummi sayang sama je. tapi kakak dulu zaman blog. adik zaman instagram. ummi update pasal adik 10 kali smeta orang kampung ummi kata. silap-silap haribulan orang kat ummi ni macam dia sorang je ade anok. food pon gitu jugak. tapi bezanya adik senang makan. so ummi pon tak beria la masak benda susah. kikiki

adik setahun 3 bulan dah bulan ni. eh ni bulan 4. maknanya dah nak setahun 4 bulan la adik. kakak dulu setahun 4 bulan ummi merandung doh. hahahah. eh sori keluar tajuk. kita nak cerita pasal adik kan?

ummi rase ummi dah kuat belebe dah. so ummi ingat adik cepat la cakap. rupanya sama je. huhu. setahun 4 bulan, perkataan yang jelas adik sebut

awoah (allah, bila nak semayang)
nak
powowo (pororo)
owowooo (let it go - hangpa mampu paham? mak mak je paham bahasa anak ni. kekekeke)

adik main aci tunjuk je. naseb la ummi faham. huhu

dia suka main bunyi binatang.

suka tunjuk body part

suka lagu head and shoulder

memang mainan umo ni la kan.

memanjat boleh tahan.

kalau dia nak milk, dia hekhekhek skit kat ummi, menonong jalan masuk bilik. kalau orang tak ikut drama la kat situ.

anak yang berdikari la fateemah ni. dia layan diri je. susah sangat nak tengok dia buat perangai.

 
makan nasi

susaah jugak nak control food anak ke dua ni. sebab dia pengaruh ngan kakak dia. kadang dia boleh boikot food dia bila tengok food kakak. solution nya i suap sama pinggan tapi food lain-lain. kalau berkuah tu susah jugaklah. bukan selalu la, kadang ok je makan food dia.

senang makan. tapi kalau pasta tu memang berganda-ganda la makan.

gapo lagi eh? kalu ingat ummi cerita lagi yeh. layan gamba ummi keluar ngan kawan-kawan ummi haritu















budak-budak ni sama la ngan orang tu sebenarnya. i yang terkurung ni, kalau dapat keluar tak kisah la kemana, memang gembira sangat. dieorang lagiiiii lah happy nya. ngan ade orang melayan lagi.

astaghfirullahalazim

0 comments: