Pages

Monday, 31 March 2014

alhamdulillah ujian

 bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum

lepas maryam demam, turn ummi plak demam. lama tak sakit-sakit macam ni. rasa nya betul la kut orang cakap breast feeding boleh meningkatkan immune system mak selain anak. kalau zaman dulu, datang la musim sakit awal tahun, hujung tahun, tengah tahun, asal musim sakit je mesti mak kene. antibody lemoh bebeno. semenjak dua menjak ni memang suah nak sakit. asthma pon susah nak menyerang. alhamdulillah. allah buat molek doh. kalau mak nye sakit sape nak jaga anak-anak kan.

memang perancangan allah tu semua terbaik. bila ummi sakit teruk macam ni, kebetulan pulak, mak tok ngan abah tok datang kl. boleh dieorang tolong tengokkan anak-anak. ummi membongkang masuk bilik awal. dieorang main kat luar. bila dieorang nak tido masuk bilik, ummi kene tidokan jugak lah. dieorang dah tido ummi plak tak ngantuk, dan rasa sihat. ingat nak lipat kain, tapi update blog dulu lah. hehehe (ade je benda lain terlintas dikepala bila niat dihati yang tulus dan murni nak lipat kain)=P

ni pon antara sebab jugak tak boleh tido dah lepas tido kan dieorang

fateemah banyak kahak dan hidung tersumbat kut. tak selesa tido asyik nangis je. rayyan ngan kakak baru je tido dalam bilik tu. dia dok nangis-nangis tadi nak berdukung jer baru selesa tido, so bawak tido luar tak mengganggu orang lain tido. ok plak dia tido kat luar ni. baru lepas letak kunyit kat hidung ngan dahi, lepas muntah setambun. kalau anak-anak tengah batuk berkahak macam ni, kalau dieorang muntah, bukan setakat dieorang je kut rasa lega, ngan mak2 sekali lega. cepat-cepat sihat la dik. ummi takpe sakit, anak-anak ummi tak sihat ni ummi susah hati

benda yang perlu tanam dalam otak sekarang

sebab semua orang tengah alami masalah sama-kahak. jadi ni lah perjuangan ummi sekarang. beli groceries kene ingat benda-benda ni. kene tinggalkan food yang boleh create mucus sekejapan.

nak cerita pasal pembelian paling berguna semenjak dua menjak ni.

tandem stroller

 i memang sedang mencari tandem stroller yang mampu milik. dah lama cadangkan stroller ni dekat husband, tapi dia tak nak. so haritu i beli la stroller yang mampu milik sekali bila dapat besar gabak. tak muat mini cooper gue. hehe

i jual balik stroller tu, dan pergi cari stroller ni kat kedai rupanya dia dah tak keluarkan dah stroller ni. design-design baru tak berkenan dimata mak. so macam nak redha je lah guna stroller yang ade. dan mungkin consider beli carrier untuk saiz toddler pulak. i suka boba tu, sangat menyenangkan kerja, tapi fateemah dah besar i rasa boba tu dah tak boleh menampung berat dia.

tapi alhamdulillah, rezeki budak-budak ni, jiran beli stroller baru, so dia nak jual stroller ni. terus mak ambik. condisi dia sangat baik lagi, i ambik nak try bawak dieorang pergi klinik tu, terus kira jadi, malam tu terus basuh dan terus guna. hehe


maryam biasanya akan nak berjalan, tapi kalau masa dia penat mengantuk memang dia tak boleh nak tahan dah. terus lembik serta merta. memang perlu stroller. adik dia redha je mana-mana pon. kalau lepas berjalan pon dia suka. kalau nampak dia bosan lepas je dia berjalan. kalau nak cepat letak je dalam stroller la kan. 

sebenarnya perlu sangat tandem stroller ni bila keluar sorang nak kene handle dua orang. macam nak turun swim kat bawah, nak turun main palyground. dieorang ni kalau turun memang excited gembira jer. masing-masing kalau lepas berjalan gembira je masa turun tu. bila dah kene naik, dua-dua dah penat, buat perangai tak nak naik ke, masa ni la stroller diperlukan. hehe

dan walid pon tak blebe kalau ummi melayan stroller ni lasak-lasak sebab stroller ni murah je. hehe *peace walid*


 baru bangun tido




cukup tido dan cukup makan insyaallah ok jer dieorang ni. huhu

 ucu tak nak keluar 'stroller' dia. jadi maakn pon dalam troli jer. huhu

mak tok ngan abah tok

ibu.

masa ni ayoh ngah pon ade, tapi pergi jusco kejap dan rayyan plak tengah tido dalam stroller.

Friday, 28 March 2014

belebe

 bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum~

alhamdulillah pagi ni mood nak update blog datang. maryam tak berapa sihat 4-5 hari sejak weekend haritu. temperature panas betul. sekali masa bawak dia pergi klinik sampai 40.5 temperature dia/ muntah2 habis semua cadar towel baju setambun kene muntah dia. alhamdulillah sehari lepas pergi klinik walaupon makan ubat sama je dan tak makan pon ubat dokter bagi lagi suhu dah turun. sepanjang dia demam tu kemanjaan memang terserlah lah kan, ngan dia tak larat nya. lembik. tido tengok tv je. dah lama dia tak sakit macam tu. kali terakhir sakit kuat masa 2 tahun lepas kut. kalau tak temperature naik sikit tapi dia aktive macam biasa.

dah tak demam ni, perangai demam tu masih terbawak-bawak. malahan lebih manja dari yang demam. walid dia cakap biasalah tengah recover la tu. sabar dan istighfar banyak-banyak. masa demam sangat bersabar lah ummi ni sebab kesian kan. dah tak demam ni, banyak kerja ummi nak buat yang tertangguh. bukan nak mengadap dia je.

kene marah jugak sedas dua. bila kita marah anak ni, stress dia tu memang lain macam. bukan stress sebab dia buat perangai, stress sebab tak boleh menahan diri, nak bersabar. frust ngan diri sendiri. rasa nak tinggal dua-dua2 tu kat luar bilik, nak dok diam-diam dalam bilik sekejap. haih. husband pon jadi mangsa la jugak masa ni. sampai satu tahap dia call, i tak de mood nak cakap ngan sapa-sapa so i angkat bagi dia cakap ngan maryam. masa tu tengah gaduh ngan maryam dia mengadu kat walid dia,

"ummi tak nak friend kakak, ummi dah tak sayang kakak"

gahhhhh...

macam-macam lah anok. umi pon sama lah macam-macam. walid kat sabah jugak yang kene call tenangkan dua-duan.

lepas muhasabah diri, makan dengan banyak. (alasan tak kurus jugak ni). mak pon bertenang. haha.

tapi i letakkan kesalah di atas ketidak mampuan mengawal emosi ke atas hormon dan kesihatan yang tak berapa baik. boleh? tapi still tu bukan alasan. petang tu, lepas seharian menaga, insaf nak bawak anak turun pergi swim kononnya.

 
dah siap-siap pakai baju swim dah.

dah turun bawah dah sebenarnya. sekali bila dah sampai kat pool angin bertiup kencang nak hujan. maryam protes la jugak sikit sebab tak hujan pon lagi masa tu. cuma nak hujan. ajak naik tak nak. pastu bila bunyi guruh tu baru nak naik. takut dia cakap.

sambung berkubang dalam bilik air. mandi dalam besen. jadilah kan =P

lama plak tu dieorang main, sampai penat kut. lepas mandi tu fateemah mintak susu. dia tertido sekejap. bila dah tido maghrib tu habis la bila bangun balik tu segar bute mato la wehhh. 

so main la ngan dieorang sekejap walaupon kerja rumah setambun nak buat.

kakak main susun puzzle ikut susunan

adik prektis fine motor skill. letak coins dalam tabung. (dibawah pengawasan orang dewasa.)


dia letak satu dua, dah tak nak. nak main yang kakak punya. untuk mengelakkan kejadian perebutan kene bagi dia main benda yang menarik perhatian dia jugak

 bagi lah dia main shape puzzle

 hehe. ni menarik perhatian dia sikit la. lama dia main. kene layan jugak tapi. tak leh tinggal. 

kakak pon kene layan jugak. nak kita main sama-sama. so kene main dekat-dekat sebab ummi ade satu je. main dekat-dekat tapi pada masa yang sama kene jaga elak dieorang berebut. rasa diperlukan bila dieorang berebut perhatian ummi, mood semua orang baik. anak-anak dapat perhatian yang dia nak.


berjaya ajak dia mengaji jugak. ade sedikit improvement yang menggembirakan. biasalah orang tua cakap demam nak pandai kan? huhu

so misi hari tu berjaya. walaupon permulaan hari yang tak berapa baik. harini hajatnya nak bermula dengan baik, nak berakhir dengan baik. insyaallah. anak-anak dah bangun. mari mulakan misi.

astaghfirullahalazim



Monday, 24 March 2014

5 tahun


bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum...

tahun ni alhamdulillah, genap 5 tahun usia perkahwinan kami. i sebenarnya memang tertunggu-tunggu usia perkahwinan kami 5 tahun bagaimana keadaan nya. orang cakap 5 tahun pertama ni besar la sedikit dugaan nya. kebetulan pula tarikh anniversary kami kali ni jatuh hampir dengan weekend, jadi husband membuat keputusan, dia nak balik masa tu.celebrate sama-sama. nak dijadikan cerita nak dekat-dekat anniversary tu phone buat perangai, langsung tak boleh on. terputus dengan dunia luar, dengan laptop ni pon rosak masa tu. nak hubungi husband memang takde cara langsung, jadi niat nak wish anniversary tu memang tiada dalam kepala langsung. weekend nanti bila dia balik wish la. takpa lah lambat sehari pon.

tiba-tiba malam anniversary dia balik. balik awal sehari dari yang dia cakap. surprise kata nya. macam masa, dia lelaki penuh kejutan. dalam kegembiraan bersatu balik dengan suami, kegembiraan bakal dapat phone baru sebab phone memang dah rosak terus (hehe), walaupon dia balik ade je depan mata, mak langsung terus tak ingat pasal anniversary.

esoknya,

"yang, u tak wish pon anniversary"

terus sentap ngan diri sendiri. tak sangka mak lupa tarikh anniversary perkahwinan sendirikkk. lagi sentap, tok laki ingat, bini tak ingat. sori bie, sejujurnya masa tu memang rasa banyak sangat benda berlaku dalam hidup, jerebu, tak dak air, MH370, kerinduan terhadap seseorang yang telah pergi, tak de nafsu pon nak beranniversary bagai.

tapi bila u tanya nak hadiah ape, ok plak mood dan nafsu nak celebrate anniversary datang. dasarrr. hehe

dok. dok. wak lolok jah. sejujurnya, kalau phone dulu tak rosak, i tak memerlukan ape-ape pon. i sokmo je dapat hadiah takde hari-ape-ape pon. nak berkasih sayang tak yah tunggu anniversary kan?

makasih bie. makasih di atas 5 tahunyang indah ini, terima kasih kerana bersabar dengan bini yang sensitive ini. terima kasih kerana tetap sabar menegur ape saja kesalahan tanpa jemu-jemu walaupon u dah membebel 5 tahun masih tak berubah lagi. biasalah tu bie, perangai tak elok tu i bentuk 23 tahun doh, u baru masuk dalam hidup i 5 tahun nak bentuk kan balik perangai 23 tahun tu ambik masa la sikit. heee. tapi i janji i tak ambik masa 23 tahun untuk berubah. tak tahu la bila. tapi i berusaha, buat masa ni, teruskan belebe (eh!)

orang cakap 5 tahun pertama ni banyak cabaran kan? boleh survive 5 tahun pertama ni insyaallah lepas-lepas ni boleh survive. tapi rasa macam tak dah cabaran sangat pon dipihak gue. suam-suam kuku je.  tapi untuk tahun-tahun lepas ni bukan nya nak mintak ade cabaran hebat, cabaran sikit-sikit takpa, jadikan asam garam rumah tangga gitewww, rasa manis je tak de rasa masin masam tak umphhh la orang kata kan

makasih bie diatas segala-galanya 5 tahun ni.


dapat dok dirumah, jaga makan minum pakai u, tengok anak-anak membesar depan mata adalah hadiah paling besar u bagi untuk 5 ahun usia perkahwinan kita ni.

terima kasih di atas pengorbanan u. i tahu bukan mudah dok di tempat u. terima kasih.

astaghfirullahalazim



Tuesday, 18 March 2014

Cakk!!!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum







Sihat lagi tuan blog makin sihat walafiat yang pastinya. Huhuhu insyaallah lepas akan ade.update lagi kalau ade.something bermanfaat boleh dishare. Insyaallah