Pages

Saturday, 25 October 2014

resepi kulit karipap senang


 bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum,

masa husband balik sebelum dia ke jepun kiteorang pergi makan breakfast kat masjid bandar kinrara. ade lah jual karipap terengganu, isi ikan. dah belikan maryam sepinggan nasi lemak, tapi bila dia tengok karipap, dia mintak karipap. banyak jugak dia makan haritu, siap tapau bawak balik pon dia makan banyak jugak. baru tahu anak ummi suka karipap rupanya.

sejak haritu, ade la jugak cita2 nak buat karipap sendiri. hehehe. cita2 jelah. sebab pernah buat sekali. fail sangat. kulit tak jadi sebab susah nak bentuk adunan jadi liat sangat. isi dah la masin. hehehe. tapi pada suatu haritu, maryam mintak nak karipap. bila beli groceries ummi beli la bahan-bahan dia. tapi 2-3 hari lepas tu baru ade kekuatan nak buat.


kuih karipap ni bukan kuih traditional family i. tak pernah sepanjang hayat buat karipap. so kiranya i ni beginner la buat karipap. resipe ni fool proof. komfem jadi sape first time buat pon. dan resultnya alhamdulillahsedap. tak mengecewakan. rangup je.

kulit karipap:

bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
1/2 cawan butter
secubit garam
1 cawan air masak sejuk (air peti)

cair kan butter dengan api sederhana, masa panas tu, buat lubang kat tengah2 tepung gandum, curahkan butter cair, gaul sampai tepung jadi crumble. masukkan garam, pastu masukkan air sejuk.  gaul sampai jadi doh yang lembut. jangan terlebih sangat gaul kang liat. cukup sekadar semua dah sebati. pastu rehatkan dalam bekas tertutup.

sementara tu kita buat inti.

2 tin sardin cap ayam (tin sederhana tu i guna)
bawang besar sebiji cincang
awang merah 5 ulas cincang
carrot sebatang cincang halus
sedikit perahan limau
garam, gula

tumis bawang dengan carrot, sehingga wangi, carrot lembut. pastu masukkan isi sardin je. dengan 2 sudu kuah sardin sikit. hancurkan isi sardin. masak sampai kering sikit, perasakan garam gula, dan perah limau ikut citarasa.

(boleh je nak tambah kentang ka, cili ka, ikut ciarasa, i takde kentang, pastu cili takut pedas kanak-kanak nak makan. kalau makan sendiri i prefer pedas sikit. apakan dayo, ade anok ni kene ikut citarasa anak, kalau boh kentang, goreng kentang dulu sampai lembut, baru bawang ngan carrot.)

pastu tunggu inti sejuk sedikit, boleh la start mengelim karipap anda. kalau pandai kelim la kan. mak tak pan dai. kalau kelim sendiri jadi seperti yang di bawah.

mueehehe. reyok petok. fail!

dan kurang kesabaran. lambat. hahaha

taraaaa

ni baru cantik. guna acuan jela yeh. hahahaha



puas hati ummi buat. memang banyak sangat dia makan. 

puas hati buat karipap sendiri sebab kita boleh pilih bahan yang kita guna. guna butter instead of margarine. guna unbleached flour bebas benzyl peroxide. tapi next time ummi nak try belajar resepi inti karipap terengganu, dia guna ikan fresh instead of ikan tin ni. rasa pon lagi sedap. kalau berjaya buat insyaallah i share lagi. 

selamat mencuba resepi karipap rangup yang sangat senang ni! komfem jadi kalau first tiem buat tu. insyaallah.
 astaghfirullahalazim

7 comments:

Cikna said...

Bkn febret tapi family suka... sllu dgr org kata bab mengelim paling susah...>_<

cili kulai said...

cantek,lepas nie boleh masakkaripap dah.. :))
zipahsasuke

Ismaria Dean said...

Anak umur berapa dah boleh makan sardin eh?

Secar Suwor said...

Postingan yang sangat bagus, saya setuju dengan Anda 100%!
casino online

Secar Suwor said...

sad

orang indonesia said...

artikel yang menarik....

kunjungi juga blog saya
http://info-bunda-hamil.blogspot.com/

orang indonesia said...

artikel yang menarik

kunjungi juga blog saya
http://info-bunda-hamil.blogspot.com/