Pages

Saturday, 16 August 2014

rezeki

 bismillahirrahmanirrahim...

rasa sesuatu malam ni. tak tahu kenapa. mungkin sebab husband tak reply message, call pon tak dapat. melayan perasaaan sorang-sorang. tido la tu tok laki. tak remaja betul.

bosan-bosan buat cookies. kain setimbun dah sengaja ditimbunkan atas meja makan, ditengah-tengah rumah. agar senang nampak sokmo ada didepan mata. tak rasa terliur nak lipat pon. sebusan manapon rasa. huhuhu. tak de laki kan. boleh hidup sesuka hati. ngehehe 

tengok kehidupan sendiri harini, alhamdulillah. tak pernah cuba nak compare diri dengan sapa-sapa pon. cuma nak jadi diri sendiri yang lebih baik dari hari semalam. rezeki allah bagi mencurah-curah, walaupon terlalu banyak khilaf, selalu lalai dengan suruhan-Nya. rezeki bukan dari segi material je kan. kesenangan hati, anak-anak yang menggembirakan hati, ahli keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran, kawan-kawan yang selalu membantu dan sangat menyenangkan hati. suami yang tidak sempurna, tapi mampu bertahan dengan isteri yang lagi lagi la tak sempurna langsung ni. mood turun naik, angin pasang surut. kalau dapat laki tak sabar memang payah kalau perangai berangain ni. alhamdulillah. terimakasih semua.




DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.


aminnnn

bukan anniversary pon. tapi saja nak share doa yang di share oleh seorang kawan kat group wa. bersyukur dah dengan kehidupan searang. alhamdulillah. cuma kalau boleh, ade rezeki nakkk sangat kembali dok sebumbung dengan suami. takyah dah jauh-jauh lagi. mak tak rasa mak kuat nak besar kan budak ni sorang-sorang macam mak-mak hebat diluar sana. emosi manjang tak stabil bila husband takde disisi. tapi kalau dah ditakdirkan ni rezeki kami, doa-doakan lah mak kuat nak hadapi semua ni. lembik sangat dah ni hai.

0 comments: