Pages

Saturday, 16 August 2014

kurma ayam kampung

bismillahirrahmanirrahimm
assalamualaikum...

 
anak-anak syurga tengah study kononnya.

i datang dar family yang sebuzy mana pon mak bekerja, makanan homemade adalah tetap santapan harian. begitu jugak family husband. my mom bekerja, tapi tetap hari-hari tak pernah miss bekalan untuk anak-anak. ingat lagi zaman-zaman dulu, berapa kerat je yang bawak bekal ke sekolah. tapi i suka je mengurung tupperware ke sekolah. kadang tu, balik lewat petang ade kelas fardu ain. maka bekal sampai 3 bekas. satu untuk breakfast. 2 untuk tengahri. dua bekas sebab kuah asing. letak sekali kang basi hehe. gigih la bawak bekas-bekas tersebut. tengahari makan kat kelas peralihan (sebab masa tu berkawan dengan anak cikgu kelas peralihan), tak pon kantin je.

masih ingat lagi kegemaran masa kecik-kecik. tak tahu la kegemaran ke tak, sebab mak ni semua gemar. haha. tapi kiranya kalau mak buat nasi hujan panas dengan kurma rasa specialnya haritu. tak sabar-sabar nak makan. dah la dalam seminggu ade je bekal macam ni. kiranya kerap la jugak kan bekal nasi hujan panas ngan kurma ni. tapi tetappp excited nak makan. maybe sebab nasi warna-warnai tu. dan jugak ingat lagi, bila bukak tupperware, wangi nya bau nasi tu. tak macam nasi putih biasa. hehe

sampai sekarang pon, mak suka masak kurma kat adik-adik kat rumah. dan i masih suka rasa kurma beliau. =)

berjangkit jugak kat budak-budak ni. dieorang pon suka kurma

 
kurma ayam kampung untuk santapan anakanda

dah letak dalam mangkuk, peha ayam ni tak muat mangkuk pulak kan. belasah laaaa

tak kuasa mak nak tukar-tukar pinggan. buat banyak pinggan nak basuh je.

masak kurma ni ade banyak cara kut. tapi cara mak sama je ngan buat kari. 

untuk setengah ekor ayam kampung (setengah ekor bukan banyak pon ayam kamping kan)

3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah inci halia
rempah tumis.

hiris semua bahan diatas, tumis dengan rempah tumis ataupon ade jugak orang panggil empat sekawan.

bila dah wangi, masukkan 2 sudu besar rempah serbuk kurma adabi tu, yang dilarutkan dengan sedikit air. tuis la sampat rempah masak, pecah minyak. lepas tu masukkan ayam, kacau2 sehingga sebati, masukkan pulak santan cair, asam keping, carrot, ngan cili hijau. mak lada benggala/ capsicum je kali ni. tak nak pedas, budak2 nak makan. pastu bila ayam dah masak, masukkan satan pekat. masak sehingga gelegak. perasakan masin manis secukup rasa.

ade orang tak letak asam keping pon, letak tomato. tapi mak takde tomato hari kejadia. ejas la bahan ape yang ade, asal cukup rasa manis, masin, dan masamnya.

tangan tak sabar

memang disengajakan setiap kali buat kurma, akan buat kuah lebih. esoknya, kita capak telur pulak dalam kuah kurma

jadi kurma telur. tinggal masak sayur je.

lagi sedap kurma telur kuah kurma ayam ni sebab kuah dia dah ade stok ayam dah . 


0 comments: