Pages

Friday, 28 March 2014

belebe

 bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum~

alhamdulillah pagi ni mood nak update blog datang. maryam tak berapa sihat 4-5 hari sejak weekend haritu. temperature panas betul. sekali masa bawak dia pergi klinik sampai 40.5 temperature dia/ muntah2 habis semua cadar towel baju setambun kene muntah dia. alhamdulillah sehari lepas pergi klinik walaupon makan ubat sama je dan tak makan pon ubat dokter bagi lagi suhu dah turun. sepanjang dia demam tu kemanjaan memang terserlah lah kan, ngan dia tak larat nya. lembik. tido tengok tv je. dah lama dia tak sakit macam tu. kali terakhir sakit kuat masa 2 tahun lepas kut. kalau tak temperature naik sikit tapi dia aktive macam biasa.

dah tak demam ni, perangai demam tu masih terbawak-bawak. malahan lebih manja dari yang demam. walid dia cakap biasalah tengah recover la tu. sabar dan istighfar banyak-banyak. masa demam sangat bersabar lah ummi ni sebab kesian kan. dah tak demam ni, banyak kerja ummi nak buat yang tertangguh. bukan nak mengadap dia je.

kene marah jugak sedas dua. bila kita marah anak ni, stress dia tu memang lain macam. bukan stress sebab dia buat perangai, stress sebab tak boleh menahan diri, nak bersabar. frust ngan diri sendiri. rasa nak tinggal dua-dua2 tu kat luar bilik, nak dok diam-diam dalam bilik sekejap. haih. husband pon jadi mangsa la jugak masa ni. sampai satu tahap dia call, i tak de mood nak cakap ngan sapa-sapa so i angkat bagi dia cakap ngan maryam. masa tu tengah gaduh ngan maryam dia mengadu kat walid dia,

"ummi tak nak friend kakak, ummi dah tak sayang kakak"

gahhhhh...

macam-macam lah anok. umi pon sama lah macam-macam. walid kat sabah jugak yang kene call tenangkan dua-duan.

lepas muhasabah diri, makan dengan banyak. (alasan tak kurus jugak ni). mak pon bertenang. haha.

tapi i letakkan kesalah di atas ketidak mampuan mengawal emosi ke atas hormon dan kesihatan yang tak berapa baik. boleh? tapi still tu bukan alasan. petang tu, lepas seharian menaga, insaf nak bawak anak turun pergi swim kononnya.

 
dah siap-siap pakai baju swim dah.

dah turun bawah dah sebenarnya. sekali bila dah sampai kat pool angin bertiup kencang nak hujan. maryam protes la jugak sikit sebab tak hujan pon lagi masa tu. cuma nak hujan. ajak naik tak nak. pastu bila bunyi guruh tu baru nak naik. takut dia cakap.

sambung berkubang dalam bilik air. mandi dalam besen. jadilah kan =P

lama plak tu dieorang main, sampai penat kut. lepas mandi tu fateemah mintak susu. dia tertido sekejap. bila dah tido maghrib tu habis la bila bangun balik tu segar bute mato la wehhh. 

so main la ngan dieorang sekejap walaupon kerja rumah setambun nak buat.

kakak main susun puzzle ikut susunan

adik prektis fine motor skill. letak coins dalam tabung. (dibawah pengawasan orang dewasa.)


dia letak satu dua, dah tak nak. nak main yang kakak punya. untuk mengelakkan kejadian perebutan kene bagi dia main benda yang menarik perhatian dia jugak

 bagi lah dia main shape puzzle

 hehe. ni menarik perhatian dia sikit la. lama dia main. kene layan jugak tapi. tak leh tinggal. 

kakak pon kene layan jugak. nak kita main sama-sama. so kene main dekat-dekat sebab ummi ade satu je. main dekat-dekat tapi pada masa yang sama kene jaga elak dieorang berebut. rasa diperlukan bila dieorang berebut perhatian ummi, mood semua orang baik. anak-anak dapat perhatian yang dia nak.


berjaya ajak dia mengaji jugak. ade sedikit improvement yang menggembirakan. biasalah orang tua cakap demam nak pandai kan? huhu

so misi hari tu berjaya. walaupon permulaan hari yang tak berapa baik. harini hajatnya nak bermula dengan baik, nak berakhir dengan baik. insyaallah. anak-anak dah bangun. mari mulakan misi.

astaghfirullahalazim



1 comments:

NR#4 said...

this is sooo good magh! aku balik rumah terus tido - anak2 pon terpakse tido. harapkan wiken untuk spend time same2.
subhanallah! cabaran..but loves the idea main2 susun puzzle ni - boleh buat kat depa pasni