Pages

Monday, 24 March 2014

5 tahun


bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum...

tahun ni alhamdulillah, genap 5 tahun usia perkahwinan kami. i sebenarnya memang tertunggu-tunggu usia perkahwinan kami 5 tahun bagaimana keadaan nya. orang cakap 5 tahun pertama ni besar la sedikit dugaan nya. kebetulan pula tarikh anniversary kami kali ni jatuh hampir dengan weekend, jadi husband membuat keputusan, dia nak balik masa tu.celebrate sama-sama. nak dijadikan cerita nak dekat-dekat anniversary tu phone buat perangai, langsung tak boleh on. terputus dengan dunia luar, dengan laptop ni pon rosak masa tu. nak hubungi husband memang takde cara langsung, jadi niat nak wish anniversary tu memang tiada dalam kepala langsung. weekend nanti bila dia balik wish la. takpa lah lambat sehari pon.

tiba-tiba malam anniversary dia balik. balik awal sehari dari yang dia cakap. surprise kata nya. macam masa, dia lelaki penuh kejutan. dalam kegembiraan bersatu balik dengan suami, kegembiraan bakal dapat phone baru sebab phone memang dah rosak terus (hehe), walaupon dia balik ade je depan mata, mak langsung terus tak ingat pasal anniversary.

esoknya,

"yang, u tak wish pon anniversary"

terus sentap ngan diri sendiri. tak sangka mak lupa tarikh anniversary perkahwinan sendirikkk. lagi sentap, tok laki ingat, bini tak ingat. sori bie, sejujurnya masa tu memang rasa banyak sangat benda berlaku dalam hidup, jerebu, tak dak air, MH370, kerinduan terhadap seseorang yang telah pergi, tak de nafsu pon nak beranniversary bagai.

tapi bila u tanya nak hadiah ape, ok plak mood dan nafsu nak celebrate anniversary datang. dasarrr. hehe

dok. dok. wak lolok jah. sejujurnya, kalau phone dulu tak rosak, i tak memerlukan ape-ape pon. i sokmo je dapat hadiah takde hari-ape-ape pon. nak berkasih sayang tak yah tunggu anniversary kan?

makasih bie. makasih di atas 5 tahunyang indah ini, terima kasih kerana bersabar dengan bini yang sensitive ini. terima kasih kerana tetap sabar menegur ape saja kesalahan tanpa jemu-jemu walaupon u dah membebel 5 tahun masih tak berubah lagi. biasalah tu bie, perangai tak elok tu i bentuk 23 tahun doh, u baru masuk dalam hidup i 5 tahun nak bentuk kan balik perangai 23 tahun tu ambik masa la sikit. heee. tapi i janji i tak ambik masa 23 tahun untuk berubah. tak tahu la bila. tapi i berusaha, buat masa ni, teruskan belebe (eh!)

orang cakap 5 tahun pertama ni banyak cabaran kan? boleh survive 5 tahun pertama ni insyaallah lepas-lepas ni boleh survive. tapi rasa macam tak dah cabaran sangat pon dipihak gue. suam-suam kuku je.  tapi untuk tahun-tahun lepas ni bukan nya nak mintak ade cabaran hebat, cabaran sikit-sikit takpa, jadikan asam garam rumah tangga gitewww, rasa manis je tak de rasa masin masam tak umphhh la orang kata kan

makasih bie diatas segala-galanya 5 tahun ni.


dapat dok dirumah, jaga makan minum pakai u, tengok anak-anak membesar depan mata adalah hadiah paling besar u bagi untuk 5 ahun usia perkahwinan kita ni.

terima kasih di atas pengorbanan u. i tahu bukan mudah dok di tempat u. terima kasih.

astaghfirullahalazim



0 comments: