Pages

Monday, 30 December 2013

bila aku sudah tiada

"isk.. bakpo la lata bilik air ni bedeney pey je"

"tok de nak lap lagi bie, u balik budok ni baru lepas mandi. stended la set dio main splash-splash"

nanti, u balik kerja, bilik kemas tersusun. lantai bersinar-sinar. tak de orang nak kacau u balik kerja penat. masa tu baru la rasa rindu kitewwww

lagi 4 hari lagi nak balik semenanjung. tak nak balik la plop rase T_T

selamat kembali ke dunia nyata. T_T

tahun 2014 ingat ade misi yang perlu diselesaikan. insyaallah. baby step untuk berubah.

*tq yang kome, yang email, yang pm. sebenarnya trauma sebelum ni exaggerate je lebih. masih lagi phone tak lekang ditangan. apo nak buek, obses dengan anak sendiri katanya. nak ambik gamba anak. tapi i ttup notification. hidup lebih tenangggg. lebih banyak masa kita boleh luangkan dengan anak, lagi banyak kerja yang mampu kita buat. lebih banyak masa dengan diri sendiri. cubalah kalau tak percaya. tak tahu nak cerita ke tak sebab macam salah sendiri je, nanti walid dieorang tahu kene marah. tapi sungguh-sungguh i pesan ni. bila ngan family. letak la phone tu.

semenanjung nanti macam lama je dok kampung, tak tahu bila plak bleh update blog ni. insyaallah, panjang umur, ade rezeki kita jumpa lagi.

astaghfirullahalazim

Tuesday, 24 December 2013

Seminar Celik Famili bersama Prof Muhaya


bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum

banyak sangat dengar rungutan sekarang kan? pasal duit pasal taraf hidup. takut rasanya nak masuk 2014. tapi ape pilihan yang kita ade?

harap ni membantu. insyaallah. sama-sama mngubah diri

*malas nak mengupdate blog sekarang ni. masih lagi trauma rasanya. nanti lah kalau mood dah datang i bercerita. buat masa sekarang ni untuk peringatan bersama, tinggalkan gadget anda, luangkan masa bersama tersayang. kita tak tahu sampai bila kita diberi peluang bersama*

maafkan lah diri ini kalau ade salah, menyentap dimana-mana entry blog, komen di mana-mana. mungkin ambik masa sikit nak kembali ke dunia maya, (tengok-tengok esok update blog kan. huhu.) insyaallah la, bila hati terbukak balik. cepat ke lambat tu tak tau bila. semoga jumpa lagi~

astaghfirullahalzim..


Sunday, 22 December 2013

3 tahun dan setahun

 bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...

alhamdulillah, pada 20/12/2013 dan 21/12/2013 genaplah umur maryam dan fateemah masing-masing 3 tahun dan setahun. 3 tahun jadi ummi! alhamdulillah diberi peluang. harapnya diberi ummur panjang yang berkat lah. nak menjaga zuriat-zuriat ni. kalau umo tak panjang, saya wasiatkan kawan-kawan yang ade susu penuh peti tu tolong jadi ibu susuan, biar dia menyusu at least sampai 2 tahu. hehe. suka suki tinggal wasiat macam tu kan. =P

alhamdulillah, 3 tahun yang paling bermakna lah orang kata. baru 3 tahun kan. banyakkk dah rasa cabaran nya.  panjang lagi masa, insyaallah. harapnya dapat lah kita tempuhi cabaran sebagaimana 3 tahun ni. insyaallah.

rancangan awal tahun ni, kiteorang nak buat makan-makan lah sempena birthday mereka. tahun lepas dah tak buat. masa tu ummi kat price court sambut adik. bukan ummi jer. semua orang. huhu. alhamdulillah, birthday maryam tahun lepas disambut merih. hahaha

tapi tahun ni dok kat sini plak, sambut bersama family kecik ni jelah. walid balik kerja terus ke kota kinabalu. cari secret resepi.sampai counter dah nak tutup. order tak sampai lagi dah terus kene bayar. naseb sempat. rezeki kakak lah nak tiup lilin ade kek. lilin dah beli awal lagi beli kat Servey putatan. seharian dia dok sebut nak beli kek kat Giant. nak blow candle. hahaa. bagus tak anak mak? demand kek giant jerr =P







 adik setahun

gelap pulok

kakak 3 tahun

kek dia pilih sendiri. kek adik ummi pilih sebab ummi la yang nak makan. haha. durian cheese cake.

 








alhamdulillah...semoga anak-anak ummi membesar menjadi anak yang solehah. berguna dunia akhirat.

Wednesday, 18 December 2013

suatu hari, ummi cuti

bismillahirrahmanirrahim.... assalamualaikum

cerita weekend, 2 minggu lepas. cerita basi lagi. maaf. biasalah. cerita yang perap dalam draft. internet kat sini laju sangat. bila dah siap upload gambar tu biasanya mood nak mengrang dah laridah. so simpan la kut bila-bila mood datang balik.

walid dieorang cuti hari tu. bukan cuti jugak lah. kene standby. jadi tak boleh kemana-mana yang jauh. dok je kat bilik. bagus lah, rehatkan badan. tapi tak boleh nak rehat jugak dengan anak-anak. lagipon ummi yang nak berehat. haha

 
sebab hari cuti, ummi malas nak bangun jogging di awal pagi dalam kegelapan. jogging bila dah cerah. kakak dah bangun, dia nak ikut

ikut ummi 2 round je. pastu dia cakap tired. dok jer tepi pantai. main pasir. hehe

pastu, ajak walid pergi tamu. beli pisang, sayur sikit, dan DURIAN!

 
RM 6 je sekilo. duran kampung. tapi sedappppp. tak bergas macam durian kampung kita. rasa dia dah macam durian-durian ade nama di kl, cuma warna tak kuning

hantu durian macam ummi. hehe

adik pon nampak macam suka durian. tapi ummi tak suap banyak sangat pon kat dia.

lepas makan, walid belanja pergi mengurut. sebab sakit badan. hahaha. walid cakap orang exercise makin sihat. ummi exercise sakit macam-macam. =P




 kali ke dua datang kat spa ni. pertama kali masa mula-mula sampai haritu. tukang urut lain. amik pekej mengurut dan bertungku. sedap dia urut. kali ke dua ni amik mengurut je. tukang urut lain. lagi sedap dari haritu. kalau ade rezeki (ehemmm...semoga orang berkenaan baca la ni), next time nak request tukang urut ke dua ni lah. sesapa yang duduk area ni boleh la datang mengurut kat spa ni. harga dia tak terlalu mahal. lagi murah harga dia dari spa-spa kat kl kalau harga promosi. sekarang tengah promosi sebab spa ni baru bukak. baru tukar owner.

balik bilik macam biasa lah. anak-anak excited nampak ummi macam sehari tak jumpa. padahal beberapa jam jer pon. 3 jam pon tak sampai. tapi bagus sebenarnya berehat sebentar jauh ngan anak-anak kejap. baru lah dieorang rindu. hahaha. kalau tak buat tak nampak je ummi yeh..sikit-sikit walid sikit-sikit walid. ni la nikmat SAHM jarang dapatmerasa kan. kalau walid balik kerja mesti hari-hari teruja nak balik rumah sebab bila balik mengadap muka keriangan kerindua anak-anak excited walid kerja. peluk walid, mengadap walid macam tak nak lepas. walid cakap ape pon dengar jer. mek teem yang kecik tu pon dah pandai. kalau tengah nangis-nangis tiba-tiba walid balik, boleh dia sengeh. kalau nangis nak susu, boleh tak ingat susu. huhu

astaghfirullahalazim


angin kinabalu

bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum... =)

rasanya sejak balik kundasang malam ni lah yang paling bertenaga sikit. siap buat exercise sikit-sikit lepas tengok gambar-gambar pegi kundasang. ya allah. kurus nyaa ambe ( amin!) T_T

tapi gambar-gambar kundasang dan cerita kundasang nanti lah. mood tak mari lagi. lemau nya masih terasa, mungkin esok lah kalau mood datang. ni publish je gambar yang sudah di upload sebelum pegi kundasang lagi. malam sebelum pegi kundasang tu, bos husband balik awal, so dia balik sekali sebab ade masa lapang beberapa jam, boleh spend masa ngan anak bini sekejap, bawak pergi makan, pastu dia pergi kerja balik. balik tak tahu lah pukul berapa, mak dah tido. esoknya kerja lagi macam biasa, balik kerja bawak anak bini bercuti pulak. drive dua hari sampai hotel ni dah tengah malam, esok nya kerja macam biasa. mak tengok dia pon mak penat. i memang shut down la dua hari ni. penat gilaaa. malam ni baru bertenaga. baju setambun hantar dobi jah. masak asal nampak macam food. hehe

kadang-kadang kan, penat jaga budak-budak ni memang rasa tak tertanggung. penat emosi penat fizikal. tapi bila mengenangkan husband kerja pon penat jugak, dan dia still cuba yang terbaik nak spend masa ngan family buat mak insaf. nak merungut banyak-banyak pon tak jadi. tapi merungut tetap merungut. =P sikit-sikit jelah. hehe

tq bie




ni makan kat kedai tomyam kat hotel ni jer. kedai kelantan. menu special kedai ni telur hancur kat belakang tu. sedap. ala-ala telur atas butter prawn tu. rangup. mesti digoreng dengan minyak setimbun. hehe. tomyam poktek ngan siakap 3 rasa.

ni start makan tak ingat diet. 2 hari di kundasang pon rosak diet. sejuk, asyik ingat nak makan jer. 

sekarang dah kembali ke jalan yang betul dan kembali exercise. insyaallah.

astaghfirullahalazim

Friday, 13 December 2013

ambella

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...

semalam tak sempat nak update blog. buzy nyeh...tak tahu buzy ape. =P










kelmarin, masa breakfast bila nak balik bilik maryam nak bunga yang orang nak guna untuk deco christmas. berjaya pujuk dia. so mood dia ok jelah bila balik tu. tapi bila keluar ke cafe, orang cafe panggil dia bagi payung sebab tak boleh bagi bunga. ganti. sungguh baik hati pekerja-pekerja kat sini sebenarnya.

happy la dia.

dok ambella. ambella.

"kakak ade small ambella. walid ade big ambella"

"nanti nak tunjuk walid. kakak keep here" (dia simpan ambella dia dalam laci sebab nak tunjuk kat walid dia)

petang tu nak hujan, i nak pergi lobby sebab dia nak aiskrim. soh dia pegang payung tu. dia cakap,

"berat neee ambella walid. kakak nak ambella small"

dia tak nak pegang payung besar. na bawak payung dia je. heh. kalau hujan, tutup hidung pon tak mampu kakak.

malam nya, walid balik kerja. dok menunjuk payung dia kat walid. berembas la mereka tiga beranak. i kat toilet. tiba-tiba dengar,

"awohhhh... adik buat ambella kakakkkk. habis yosyak"

haha. tamat lah riwayat ambella small. fateemah tarik. kekeke

sian kakak. kalau ade rezeki, kita cari ambella betul yang saiz kecik. boleh kakak bawak berjalan-jalan. insyaallah

astaghfirullahalazim 


Wednesday, 11 December 2013

mahu yang lebih fresh?

bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum...

datang sini haritu ade buah oren penuh satu laci. sini setiap jumaat dia bagi buah free. sepanjang kahwin dengan suami, tak pernah nampak dia makan buah kalau tak kopek, hiris, hidang mata. jadi buah free tu dia buat koleksi laci. rezeki maryam la datang sini habiskan koleksi walid.

kalau makan oren ni, biasanya maryam isap-isap air je. kadang-kadang tu ade je elok dia makan. tapi kebanyakan masa memang dia isap air jelah. habis air sepah dibuang. so kalau kat rumah, baik lah ummi perah bagi air je kat dia. tapi kat sini pon boleh. sebab alat memerahnya idoklah susah bebeno. beli jer bukan nya mahal. pastu suruh perah sendiri. hehe





gigi je muka kan.

salah satu montessori activity yang simple

belajar sambil makan. hehe

dia lagi mengahargai hasil perahan sendiri. (dengan bantuan ummi jugak)

astaghfirullahalazim

Tuesday, 10 December 2013

oh my baby i love you

bismillahhirrahmanirrahim...assalamualaikum,

pukul 9, bapak budak-budak tak balik kerja lagi. budak-budak pon tak nak tido lagi. tapi buat hal masing-masing. so ummi pon buat hal ummi lah. hahaha.

maryam dok bercakap ditepi telinga ni. masa tak boleh cakap kau meratib bila laaaa anak nak cakap, bila laaa anak nak cakap, dah cakap ni. tak larat nak melayan. hahaha

adik, dok main botol ngan tudung botol. alahai senang nya mainan adik.  dia dah tido kejap tadi. ingat sampai pagi dah. tapi tadi kakak nya bising. bangun balik. ni kejap lagi nangis nak susu tido balik la ni.

lunch adik dan kakak. pasta goreng. ayam masak tomato

adik punya senang je. tumis bawang merah ngan putih, masuk ikan bilis yang disangai dan diblend halus, masuk sayur, masak sampai lembut. masuk air sikit, pasta yang direbus sikit. makan ngan telur hancur.




kakak dan kawan-kawan dia. cuti sekolah ni, ramai la kawan dia bersilih ganti. berkawan sehari dua, pastu kawan balik rumah. dia je tak balik-balik.

dia cakap "kakak lukis playground. ummi take picture pliss. kakak nak tunjuk walid"


walid balik kerja. dan anak-anak

muka focus fateemah memang khusyuk bebeno

kegembiraan ummi

walid cakap upah jaga anak-anak

hehehe

tq bie


buat hotel macam rumah sendiri. kikiki

astaghfirullahalazim