bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum hari ni nak pergi breakfast. pakai baju rasa baju sedikit mengetat. -___-" malam ni na...

ketika masih cerah dan dagu masih satu

11:38 magh farah 6 Comments

 bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum

hari ni nak pergi breakfast. pakai baju rasa baju sedikit mengetat. -___-"

malam ni nak g beli groceries. esok nak mengamalkan gaya hidup sihat la. no more kambing goreng amir khan. ok. dok dok. 2 minggu sekali je kambing goreng. no more burger longkang ditengah-tengah malam.

ni gambar masa hari ke dua kat sini. sekarang makin bulat dan makin hitam. haha







macam selalu sangat je skrip ni keluar blog ni. semoga kekal lama la kali ni. peace!

astaghfirullahalazim

6 comments:

 bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum, sekarang ni musim cuti sekolah. resort ni ramai la orang. pagi-pagi ade je lah kawan maryam n...

pada suatu hari

07:03 magh farah 1 Comments

 bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum,

sekarang ni musim cuti sekolah. resort ni ramai la orang. pagi-pagi ade je lah kawan maryam nak main. sekarang selalu keluar breakfast lambat, sebab selalu malas je nak keluar breakfast, tapi last-last pergi jugak.

tak dapat dok gazebo sebab dah penuh. dok dimeja, mintak baby chair untuk adik, kakak yang nak duduk

 dia buat tower dia cakap

nak mintak ambik jem lagi sebab tower rendah dari dia. berag lagutu

 
saya heran ape, asal saya boleh makan sudah



 lepas tu pergi beach. kat sana ade family daru puchong dia ade 3 anak dara. suka la maryam main. main pasir, main pantai. tapi ummi tak boleh nak ambik gambar sebab tak bawak camera, phone mapuh kerah. tengahari baru balik bilik. adik tak larat nak protes dah nak isap susu sambil baring, kakak tak nak balik nak buat camane. ummi siap tipu-tipu balik, dia cakap,

"kakak ok, kakak dok ngan friend"

amboi. punya la nak berkawan tu. tapi tak pelah. boleh ummi berborak. adik akhirnya tido jugak.

balik bilik,mandi, ummi order food kegemaran dia.

nasi ayam

ummi tak perasan selama ni, nasi ayam ade dalam menu. kalau tak, dah lama selesai masalah makan dia.

lepas tu tido. lama sangat tido sebab kepenatan dan kekenyangan kut. akibatnya malam tak nak tido awal. walid pergi main badminton. so buat la sedikit aktiviti di malam hari.

permainan follow the dot nama diberi

ummi buat sendiri je dot. huhu






 dah siap. dia cakap nak tunjuk kat walid

astaghfirullahalazim

1 comments:

 bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum dok kat sini sementara ni, satu benda yang i rasa rugi sangat kalau dibiarkan adalah masa. kat...

main kira-kira

01:13 magh farah 2 Comments

 bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum

dok kat sini sementara ni, satu benda yang i rasa rugi sangat kalau dibiarkan adalah masa. kat sinialhamdulillah, boleh la menyusun balik jadual maryam. kat kl i tahu ape dia boleh buat, tapi tak sempat nak mengasah bakat sampai dia betul2 pandai, nak susun aktiviti dia.  pengurusan masa yang sangat teruk.

pastu kat kl, ade kartun, dia tak berapa nak bagi kerjasama. kat sini alhamdulillah, dia suka semua. ke memang kebetulan memang dia dah ready untuk menerima arahan ke, tak tahulah. tapi kat kl i dah cuba banyak kali. dia bo layan.

kat kl, selalu jugak i suruh dia follow zikir mengajaji sama-sama. ya allah. dia nangis tu macam kene dera. sedih mak. sampai rasa nak hantar dia sekolah awal. sebab memang tak berjaya ajar dia kat rumah.

pastu kat sini tiba-tiba zikir pon dah boleh, alif ba ta nak baca. alfatihah dia dah boleh ikut belakang-belakang tu boleh sambung. alhamdulillah.

tapi i rasa memang betul sampai masa nak belajar mengikut kut. sebab tiba-tiba dia tahu semua lagu hi 5, siap hafal dialog boleh cakap balik. sebelum ni banyak melopong tak pon joget je, mane ade dia nak ikut menyanyi atau bercakap balik dialog tu.

selain tu boleh la mengasah skill mengira. dia suka alau ajak main games. dia macam tertunggu-tunggu hari ni nak main game ape. suka belajar. alahamdulillah. tapi belajar ngan ummi jelah dulu =P

dah la belajar dengan kelengkapan terhad. kita buat jelah dengan ape yang ade ye kakak . hehe

mari mengira bersama maryam,







kos rendah je aktiviti ni. guna bahan terbuang, dan sekeping kertas je. pastu suruh dia kira berapa penutup botol ikut susnan, dan susun atas kertas tu. mula-mula dia tak faham konsep. dia ingat permainan menyusun penutup botol diatas kertas sampai penuh. penuh dia susun penutup botol dalam kotak. terangkan banyak kali, tunjuk banyak kali kene susun ikut bilangan. banyak-banyak kali buat baru la dia faham konsep.

tupon, bila ummi dah kene pergi layan adik, ummi bagi je dia main kertas tu, dengan penutup botol tu, dia masih nak menyusun penutup botol sampai memenuhi ruang. hehe. ape ape je lah  maryam. =)

astaghfirullahalazim

2 comments:

 bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum.. ni gambar-gambar semalam. dah janji dengan maryam nak main kat pantai. pastu tiba-tiba h...

bercanda ditepian pantai

22:27 magh farah 4 Comments

 bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum..

ni gambar-gambar semalam. dah janji dengan maryam nak main kat pantai. pastu tiba-tiba hujan rintik-rintik. dia cakap bila hujan,

"oh no..not again. raining. sian kakak nak main beach"

drama sangat awok ni. hujan je pon.

hujan berhenti terus lah bawak dia pergi main 




 adik muka macam kene paksa main pasir je


 bila masuk air baru senyum






 amboi sangat adik kan? hahaha









petang tu, kak fara datang bawak anak-anak dia datang main pantai jugak.

maryam suka la ade kawan. ni dok main pasir dengan ipan

 kembar terus menghala ke air

 happy si kembar yang hensem ni

tapi baru nak berseronok, hujan balik. terpaksa la naik. kesian dieorang tak puas main air lagi.

4 comments:

 bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum  fateemah ni susah nak dicapture kalau gina phone. 10 keping ambik, ade la sekeping yang tak ...

camera walid.

23:46 magh farah 6 Comments

 bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum

 fateemah ni susah nak dicapture kalau gina phone. 10 keping ambik, ade la sekeping yang tak gegar. nurun sapa lani =P






baru transfer gambar-gambardari camera sejak dok sini sebenarnya. malas nya nak ambik gambar gina camera sebab malas nak transfer. guna phone senang. huhu

astaghfirullahalazim

6 comments: