Pages

Thursday, 31 October 2013

aktiviti harini

 assalamualaikum...

hari ni mimpi ape entah maryam bangun awal. mak nye baru masuk dapo dok pikiaq nak masak ape pagi ni. tiba-tiba dia datang senegh jenguk omak nye kat dapo. so ajak dia main-main buat breakfast sama-sama.





 ni lah hasilnya. dengan bantuan ummi lah. roti dengan jem buah ara/tin/fig dengan roti keju berkismis.

sekelip mata jer dia makan kalau banyak ni. mengepau lagi roti ummi sebab tak cukup dia punya. hehe

lepas makan-makan tengok tv main-main. tiba-tiba dia masuk bilik keluar dah pakai telekung. nak solat. haha

 
dhuha kut hahaha 

sebenarnya dia suka la solat sebab kene ambik air sembahyang dulu. boleh main air. sampai basah baju la kalau ambik air sembahyang tu

adik pulak alhamdulillah. 2-3 hari ni makan boleh lah. ebih la dari biasa walaupon banyak menyusu pon. gigi dia dah naik dah. kesian adik, 4 batang gigi terus naik serentak atas bawah. padan la yang tak nak makan sangat sebelum ni.

 hari ni masakkan dia ayam sweet sour dengan brown rice

bahan: isi ayam dicincang, brokoli ambik floret je, tomato, labu, bawang putih dan holland dicincang

tumis bawang putih dan holland dengan pure olive oil sampai wangi. masukkan sedikit air, tomato dan labu, masak sampai lembik, lenyek-lenyek sedikit. masukkan ayam bila dah hampir masak baru masukkan brokoli floret.

siap ayam sweet sour, makan lah dengan nasi dimasak lembik

 ni plak menu maryam dan ummi. ayam goreng kunyit (stir fried je), sayur air, dan telur dadar.

tiada dalam gambar: sambal belacan ummi

mana boleh tahan makan food tak pedas macam ni. menderita batin mak.

  lunch maryam dan fateemah

i suap dua-dua. cepat sikit dan rumah tak sepah. lagi penuh kasih sayang kalau makan bersuap kan. hehe

ni tengah makan la ni

selamat malam





assalamualaikum...

alhamdulillah mojo berblog sudah mari. sebenarnya suka jer berblog hari-hari mereport aktiviti sehari-hari. tapi kalau mood tak de tak boleh nak tolong la. masa tu ade ja. takde lah buzy bebeno ambe. orang kata nak beribu daya tak nak seribu dalih la kan. hehe =P

anak-anak dah tido. alhamdulillah mereka tido awal. haha memang tiap-tiap malam itu lah pki nya. make sure anak-anak tido awal supaya mak boleh menarik nafas sekejapan. lepas kedua-dua anak tido barulah phewwww jom kita tengok keadaan rumah sekejap. kalau rajin simpan, kalau malas tengok jelah. =P

harini banyak drama sebenarnya. drama ibu dan anak. drama maryam lah. alhamdulillah banyak akal budak ni. kadang-kadang tersenyum bahagia kita. kadang transform jadi tarzan kita. esok i kene buat sesuatu lah. buat aktiviti dengan dia. nampak sangat lah dia kebosanan.

semalam masak sup bening labu dengan grilled salmon. fateemah macam biasalah. tanpa garam gula. maryam masakan biasa. tapi keduanya dimasak serentak.
 sup bening labu

labu
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
 sedikit lada hitam

tumbuk bawang dengan ikan bilis dan sedikit lada hitam. dalam periuk, masak labu dipotong cube dengan sedikit air dan bahan tubuk sehingga labu empuk. asingkan ke dalam bekas berasingan intuk fateemah. lepas tu baru lah tambah sedikit garam untuk maryam dan ummi.


untuk grilled salmon plak,

fateemah punya hanya perap dengan bawang putih dan sedikit halia ditumbuk.

maryam lagi senang. perap dengan lada hitam dan garam.

pastu grilled atas pan sampai masak. tak tambah sebarang minyak pon. keluar minyak dia sendiri.

senang no?

masak senang-senang sudah. hehe. tapi mak dah tak mampu nak makan food dieorang je. nak jugak makan food pedas-pedas sikit.

jadi buat sambal tempe ikan bilis untuk diri sendiri

i boleh hidup makan sambal tempe hari-hari. haha

Wednesday, 30 October 2013

lempeng kurma

 terbalik kue. blogspot dengki.

assalamuailaikum,

harini berazam nak buat banyak benda. doakan semuanya berjalan lancar lah kan. hehe. bahagian berazam tu ado sokmo. lepas tu apa pon tak siap. hehe. yang penting niat dok? boleh pahala dah tu. kekeke

apa-apa pon, i dalam mood mengupdate blog. so kita update blog dulu cepat-cepat. ni breakfast pagi tadi. fresh lagi ni. hehe. ade lagi 2 ketul kakak tak habis.

 lempeng kurma fateemah dan maryam.

untuk fateemah. 

2 sudu tepung tanpa benzoyl peroxide
kuning telur
air secukupnya
2 biji kurma

blend semua bahan sebati. masak atas non stick pan.

maryam punya,

lebiha adunan tadi, masukkan putih telur tadi dan sebiji lagi telur. masuk kan tepung, susu, dan kurma. blend sebati. masak atas non stick pan jugak. titis minyak pada tidu, pastu sapu pada non stick pan kalau xnak melekat.

lepas masak tu, baru lah tekap ikut suka bentuk ape yang berkenan di hati. macam hari ni nk ngetes acuan baru beli kat giant. rm 3.99 untuk 6 bentuk saiz besau sikit dari acuan yang ade. sebab tu beli. ngegege (kene tulis alasan ni, husband mak dok baca niiii.. mati lah dia cakap beli gajah putih lagi, gajah putih dan setambun dalam almari)

suka buat bentuk-bentuk sekarang sebab maryam dah pandai. bila dia bangun nampak lempeng ni dia cakap,

"wow... Cookies bebear. Tq ummi" 
"erk... Bukan cookies kakak, lempeng je"
 "ooooo... Ummi macak yempeng bebear. Woww"

berapa kali wow tu kan?

excited lebih budak ni. pandai ambik hati ummi. =')
 




semoga ketemu lagi. nak kemaih rumah. assalamualaikum.
senyuman sepet

assalamualaikum,

kadang-kadang, bila fateemah tido tak sabar nak tunggu sebab nak tengok senyuman sepet dia. geram nak kenyet-kenyet. hehe. hari yang tak berapa productive hari ni. sepatutnya mak kene mengemas rumah dan start packing sikit-sikit. tapi harini memasak je kut yang berguna sikit. lepas tu dok membuang masa. sempat lagi melayan movie kat youtube. haha. berzman dah tak tengok movie. malas mengemas punya pasal.

tapi memasak tu wajib la kan. kalau tak nak makan ape anak-beranak. tu pon habih simple lah.  


fateemah punya. sup pasta dengan ayam dan sayur-sayuran.

fateemah dah makan food ketul-ketul sebab dia tak nak makan food bertexture bubur ni.

bahan-bahan dia: garlic, bawang holland, celery, labu, tomato, brokoli, isi ayam dan pasta.

mula-mula tumis bawang dengan pure olive oil sampai wangi. masukkan air, pasta dan ayam. masak sampai pasta lembut, masak labu, celery tomato. masak sampai lembut. akhir sekali brokoli. nak buat berkuah boleh. tapi i keringkan kuah sebab tim tak nak disuap dengan sudu. kene suap pakai tangan. kalau ade kuah berdeney. so versi kering sedikit.


 maryam makan sup sayur berudang dengan nasi beras perang. all in one memeng sesuai untuk mood malas. hehe









 seribu wajah fateemah. muka excited, muka suka, muka boring, muka malas nak layan semua ade.






petang nya, nak membunuh perasaan bersalah tak buat pape tu, i bawak turun lah budak-budak ni main air. ade la jugak aktiviti bermanfaat kan. hehe

Tuesday, 29 October 2013

cerita sabtu

jahak dok? 

pavlova by Dr. munie

assalamualaikummm...

bukak-bukak jer gambar pavlova kan..haha. berdosa gila pavlova ni. ni pavlova yang paling sedap yang pernah di try. kalah pavlova serai. dah berpuluh-puluh kali (ok tipu la puluh, belas jelah kut) makan pavlova ni rasa tak pernah muak dan xpernah cukup sedap dia tak manis sangat, kemanisan dia tu cukup-cukup dengan kerangupan sampai kedalam, buah -buah beri yang tak kedekut dan cream yang sedapppp. sebab tak pernah cukup kali ni mak beli sebijik. hahaha. hadap sampai puas hati. buruk perangai kan? 

tu pon tak puas sebenarnya. sampai laki mak cakap mak merandung. -____-"

dengan lambakan orang berniaga sekarang sebab senang nak berniaga sekarangkan kan upload jer gambar mengiurkankat fb ngan instagram pastu jual. maka ramai lah orang yang bakat membaking suam-suam susu pon sibuk nak menjual jugak. bila kita order huk alohhhh kita buat lagi sedap macam ni kan. tapi dr munie ni i boleh jamin dia jual ape yang dia terer buat je. dah lama dia prektis buat pavlova ni, sampai sekarang tutup mata pon bleh buat barulah dia jual, dan dia ramai food tester nak jadi pengkritik. kekeke. so kalau nk mencuba pavlova ni dan lasagna sedap boleh contact dia. kat link fb kat atas. serius tak menyesal.

sabtu lepas di kedai kak mah selera pantai timur kut nama dia.

memang the best nasi belauk lauk ikang. nasi lain sedap tapi nasi belauk lauk ikang tersedap ah. hehe

plan nak breakfast dengan girlfriengsss tapi ni je yang berkelapangan. girlfreng lain banyak komitmeng. hehehe. kerinduan rauhah yang jauh nun di kerteh. kalau rauhah ade di kl mak rauhah on je bila-bila masa nak ketemu. 

masing-masing mengorde sambil tapau dengan dessert segala pastu bila datang bila terkejut. hahaha. takdelah mahal pon sebenarnya, tapi sebab mak tak pernah bayar sendiri makan. biasa husband yang bayarkan. bila semua bayar sendiri ni baru lah rasa. cepat nya duit mengering. =P 

tapi walaupon kat kak mah ni dah makan nasi belauk, makan pengat tapai ubi, curi makan pulut pagi, curi makan laksam, i still boleh menelan 2 hirisan pavlova. hahaha. mau tips susu badan melimpah ruah? tiru macam sayaaaa. lemak pon melimpah ruah. =P

keriangan peryt tak habis disitu. ade lagi siri-siri kegembiraan selepas itu. tapi yang paling penting haritu kegembiraan anak-anak. suka bila anak-anak gembira kan? hehehe








ni bergembira sambil dapat ice cream free. 

dalam gambar ni obviously bukan anak-anak je gembira. mak anak pon. hahaha. balik tu ambik rayyan ngan along pastu keluar lagi. pagi along ngan rayyan tak ikut sebab rayyan demam. lepas tu sihat walafiat dah. maka bergembira lah anak-anak dari pagi sampai malam.

maryam kebanyakan gambar dia nampak happy je kan. sampai orang komen maryam ni happy sokmo. happy sokmo la sangat! hahaha. dia budak yang sangat perlu dijaga moodnya. cukup makan, cukup minum, cukup kasih sayang, happy lah dia. tak cukup sikit salah satu dari 3 tu berdrama la dia. and my girlfriengs memang tahu melayan mood dia. so kalau keluar ngan dieorang sepanjang hari pon takpa. tak risau sangat. mak boleh rilek. anak-anak mengendeng dengan diaorang je. =)