Pages

Wednesday, 28 August 2013

mood baik.

assalamualaikum....

sekarang ni dah kurang orang update blog kan. semua dah berpaling tadah ke arah instagram dah. belek-belek blog list dah tak de hiburan. so biar mak jelah yang update blog. sebab hari ni mood baik. esok husband kembali ke pangkal jalan insyaallah. so hari ni buzy lah sedikit menyinarkan rumah. ade hikmah lah berjauhan lebih lama dari biasa ni. semangat rasa nak jumpa suami. macam baru-baru kahwin kekdahnya. hahaha dengan syarat nak balik tu cakap lah kan. boleh siapkan rumah siapkan badan. kalau tiba-tiba sampai depan rumah, kene terima lah ape adanya. =P

ni gambar-gambar masa nak hantar husband balik ke kk masa dia balik bulan puasa itu hari. singgah bukak puasa kat beriani gam batu pahat kat seri kembangan. i tak suka sangat nasi beriani ni. sebab muak. tapi nasi beriani ni ok la ditekak i, tak muak.

budak yang terliur lebih. tapi tak boleh lagi nak makan. kesiannnn

 kakak manja walid

 suka kan?

 along ikut la kan, kalau tak sape nak drive balik? hehehe

rayyan orang makan nasi, dia makan papadom jer 


 bgi kurma, so dia dok gigit-gigit kurm je

first time buat lompat tikam. khas untuk suami sebab kegemaran dia. tapi tepung hijau lembik sikit. kene improve lagi


ok. bye!
kene mengemas ape yang patut. insyaallah kalau ade yang menarik mak update lagi. assalamualaikum.


terpukui

 assalamualaikum...

kalau selalu dengar ceramah prof muhaya, dia selalu tekankan anak-anak ni cermin diri kita. i selalu berharap nak jadi idola anak-anak. tapi kesian lah anak-anak kalau nak jadi kan ummi dieorang ni idola. tak kemana lah jawab dia. =P

tiap-tiap hari niat nak berubah jadi lebih baik. niat jelah tapi nya. (tapi niat benda baik pon dah dapat pahala no?) hahaha. ok. serius. serius.

sebenarnya banyak lagi benda yang perlu diubah pasal diri yang buat i tak bangga dengan diri sendiri. harap diberi masa dan peluang la untuk berubah.

salah satunya baran. cepat sangat menaga. tarzan.

kadang-kadang kat rumah cepat sangat jdi tarzan. i mengilusikan dirikan sebagai emak yang lembah lembut (muntah la kalau nak muntah) =P i nak jadi lemah lembut lah. tapi kalau dah kemarahan dihujung tanduk tu, bila dok menahan tangan dari bergerak, maka suara lah yang keluar.

tapi bila pikir balik, ape lah sangat salah budak syurga ni kan. dia bukan salah. dia berperangai budak kecik, kita nak bentuk dia terus perangai macam kita susah lah kan. maryam ok kalau i pujuk dia secara lemah lembut. terangkan dia satu-satu. beri belaian pelukan. tapi take time. dan dia akan makin manja berdeney. ok jelah sebenarnya kalau masa dan keadaan mengizinkan buat macam tu. kadang-kadang masa tak sesuai. i sibuk nak berkejar buat kerja rumah, adik menangis. dia dok sibuk nak berdeney-deney. maka zasss. managa disitu. cara senang. terus senyap. tapi ape perasaan dia masa tu? ape perasaan kita tengok ketakutan di mata dia masa tu. menyesal la sekejap. lepas ni buat lagi. camane bila kita tak berdaya esok? bila dieorang yang jaga kita. kita dinagakan macam tu?  insaf la sekejap sekali lagi. pastu buat lagi.

kalau boleh nak anak-anak perempuan jadi perempuan yang lemah lembut percakapannya, sopan santun. tapi dia nak tiru sapa kalau bukan mak dia kan?

i selalu perhatikan perangai orang yang i suka perangai dia. orang yang cakap lembut, berbudi bahasa pandai hormat dan bergaul dengan orang tua. sebab nak tiru. tapi progress perubahan tu slow lah. bukan senang nak ubah benda yang memang dah darah daging.

i tak suka jugak kartun-kartun melayu macam upin-ipin dan boboboy (gini ke eja?) boboboi ni memang tak bagi tengok langsung sebab dialog-dialog dia tak menyenangkan hati bila didengari. upin ipin tu ade la jugak kisah teladan yang dieorang boleh belajar kecuali lah kak ros. kak ros ni garang sangat. tapi i tengok kak ros tu macam tengok diri sendiri lah. macam tu lah i ngan adik-adik i.  -____-" ngan anak-anak berlembut sikit lah sebab naluri keibuan kan.

dalam pada dok struggle konon nak mengubah diri, konon nak elakkan anak dari bersifat macam ummi dia yang ummi dia tak bangga ni. suatu pagi, fateemah tolak phone yanga ada atas katil, jatuh. lalu berderai. bunyi lah kakak dia ni.

"ya allah!"
"baby!" (jerit)
"jatuh phone ummi!" bebel bebel bebel

dia jerit dan buat muka marah tu alahaiiii tak cuteeeee sayang please lahhhh... sebab tu sebijik ayat ummi kalau marah dia.so macam tu lah muka ummi kalau ummi yang marah dia kan?  ya allah maryam. jangan lah dok tiru benda tak bagus yang ummi tunjuk. -_______________-"

tu belom lagi dia buat muka marah sambil  "hishhhh..baby ni!"

juga terkena pukulan disitu. budak memang begitu lah mereka kan. meniru-meniru.

tak lambat lagi nak berubah. dan kene harus segera berubah. marilah berlembut berkasih sayang.

tak nak maryam jadi kak ros upin ipin. T_T

jadi harini. bangun pagi, tengok cermin cakap hari ni akan berlemah lembut dengan anak-anak. cakap kat kawan. cakap kat suami.

alhamdulillah..baran dapat dikawal. ade lah sikit menaga keluar asap jer. tak keluar api.

tapi tu lah. baru day 1. kita try tengok sebulan. wish me luck!













anak-anak ni datang ke dunia bukan dari kita. dari allah. dieorang datang melalui kita je. dieorang adalah amanah. nak pregnant beranak pregnant beranak adalah senang. cabaran lepas tu nak mendidik dieorang ni yang buat mak takut. tak banyak nyelahai ilmu. mak tak retiiiii.

camane nak anak 12?

Tuesday, 27 August 2013

bukan cerita raya


laki sukaaaaaaaa sangat kan cakap pasal topik ni? 

buat la kalau berani. kalau tiba-tiba hilang salah satu anggota badan penting jangan salah kan i. =P

tak update lagi cerita raya. sebab nya bila nak update belek-belek gambar ropanya takde gambar raya sangat pon. gambar food je yang banyak. sebab masa raya phone 'mepuh kerah' malas nak charge sebab kalau charge bukan buat ape pon. internet slow macam kura-kura. nanti lah husband balik nanti belek phone dia pulak. kalau takdak gambar jugak kita update la dengan gambar yang ade beberapa keping ni.

ni kanak-kanak yang nak keluar pergi openhouse. bukan senang nak ambik gambar bertiga ni. tambah-tambah budak bertuah dua orang ni baru gaduh. so fateemah jadi pendamai.






maryam dengan rayyan ni suka bebeno lah bergaduhnya. semua benda dieorang buat modal. kalau datang mood bergaduh tu, sampai rayyan nak tengok tv pon maryam tak bagi. rayyan pon macam tu jugaklah. sama je dieorang ni. camane entah nak handle dieorang ni. sekarang ni macam masing masing berdendam. adeeeeee je tak puas hati. kalau ade masa 10 jam bersama tu, i rasa 9 jam adalah gaduh, sejam baik. dulu takdelah teruk macam ni. sekarang macam makin teruk. ke salah orang tua yang tak pandai handle situasi. camane? camane?

walaubagaimanapon, untuk rayyan kesayangan ummi. ummi love u as much as ummi sayang maryam dan fateemah. ummi yakin rayyan akan membesar dengan baik. jadi anak yang berguna dunia akhirat. akan jaga ibu bila rayyan besar nanti. sebab rayyan ade ibu yang hebat. ibu yang paling kuat, paling tabah yang pernah ummi jumpa. be strong kesayangan ummi berdua. 

Tuesday, 20 August 2013

rutin biasa

assalamualaikum...

semua orang mengupdate cerita raya kan? cerita raya i pendam dulu lah. tapi ringkasannya, raya tahun ni adalah tersangat best. walaupon tahun ni tak spend banyak ngan family belah i sebab i dah balik awal jadi dah dok lama dengan family so bagi peluang husband beraya dengan keluarga belah dia. tapi bila dah kahwin dua-dua belah adalah sama jer tetap family kita jugak and husband punyai keluarga yang hebat jadi saya tetaplah sangat bergembira di hari raya kali ni.

raya dikampung sudah, kembali ke kl sudah, berat pon dah kembali ke berat sebelum puasa jadi tamat lah sudah masa bermanja-manjaan dengan suami. kembali lah dia berkhidmat untuk negara mencari sesuap nasi. tinggal lah i berkhidmat untuk keluarga menjaga anak-anak disini.

along ada, boleh lah menghantar suami naik eyopene kata maryam

makasih long

maryam tido dalam kereta masa hartar walid. so bila balik rumah dia tanya,

"where walid?"

walid pegi work kan. naik aeroplane. tadi kita pergi hantar walid kan. kakak tido. kakak tak ingat ke?

"oooo... baby kakak ummi ibu rayyan. walid nek aeroplane work"

banyak dah kan dia berkata-kata? walaupon bahaya german tu masih ade. tapi kebanyakan nye ummi faham. orang lain memang susah la nak faham bahasa dia. =P

tu dia cakap. kakak dok dengan baby ummi ibu rayya. walid pergi work naik aeroplane. bijak anak ummi.


 pagi tadi masa i bangun sahur. bangun la jugak dua beradik ni. diaorang mana boleh ummi bangun dari katil.

sambil tunjuk gambar helikopter kat gambar didinding.

"ummi, eyopen walid nek.kakak baby ummi nak ket(nak ikut) walid"

kesyahduan sekejapan ummi. kejap jer kakak walid pergi. nanti kita ajak walid holiday naik eyopen jugak.

sepnjang bulan puasa lepas memang dugaan la kan sebab husband tak dak. tapi mak survive je kan? dan semestinyalah along yang banyak membantu. makasih along!

tapi satu langkah ke arah lebih berdikari la kan?

hari husband nak bertolak tiba-tiba i tertarik langsir jadi langsir serta pemegang dia tu tercabut screw lalu jatuh. suami pulak banyak urusan seri paduka baginda. balik pon lambat dah berkejaran ke airport. so dalam hati cakap, " alamat nya rumah ni tak berlangsir la selagi husband tak balik"

heyyyyy...sape cakap!

jangan pandang rendah terhadap keupayaan sendiri. tak guna driller pon. manual je tawww. berpeluh keti mak!

tak dak laki pon mak boleh pasang langsir sendiri je kan?

kekeke

tu je nak cakap. bye!

tapi serius, takdak laki patah kaki patah hati. =(