Pages

Thursday, 20 June 2013

teeeeeemmmmmm






assalamualaikum. fateemah maisarah. puteri ke dua ummi. sorry la sayang kekurangan bercerita perkembangan adik. tapi adik memang berkembang dengan jayanya. kikiki

fateemah dah mula belajar meniarap masa umur 4 bulan. sekarang memang berpusing like a pro. nak maju ke depan tu belum lagi. tapi berputar-putar tu boleh.

esok dah nak 6 bulan. tanda-tanda nak makan tu memang ade sangat. tak sabar-sabar dah gayanya. maryam pon gitu jugak dulu. pastu bila bagi tak nak. kite tengok esok yer fateemah. betul ke tak nak makan niiii

kaki katang-katang dia ni boleh tahan kuat. kalau tendang sakitttt. suka tarik rambut kakak dia. haha. kakaknya pon suka bertempek-tempek kat adik. pastu bila adik tarik rambut,

"helppp! help mee! help me!"

sangat mengagumi kakak dia. kakak dia buat la ape pon depan dia. berjoget, melompat, menangis, bergolek. dia akan gelak. memandang dengan penuh minat. nak belajar ke?

dia masih lagi tersangat baby. ketiak bau best, poopoo bau best (i paling suka bau taik baby. haha) , masam-masam baby, suara baby, nangis baby, tido baby, so selagi ciri baby-baby ni ade memang tak de harapan la nak berbaby lain yer. kalau ter-rezeki tu xleh nak kata kan. tapi sekarang takde niat lagi. hehehe

yang cakap tahniah pasal third pregnancy tuuuuu..terima kasih. =) tapiiii jangan salah faham. fateemah memang anak ke 2 hasil dari pregnancy ke 3. 1st pregnancy mak keguguran. tak dak rezeki. bukan rezeki baru yerrr. hihi

doakan gap kali ni lama sikit, and doakan lepas ni buleh anak kembar. kikiki. nak kembarrrr pishhh

ummi suka tau buli kitewww

Wednesday, 19 June 2013



 assalamualaikum...

 besar nye pandangan guna latop. hehe. alhamdulillah. latop dah berjaya dibaiki. weekend lepas lagi. tapi ni baru datang mood nak buka update blog. sebagai melepaskan gian kita tempek sejuta gambar. husband outstation. bila dia takde banyak la sikit masa free. petang tak payah kecoh-kecoh nak masak. masak sekali arung dari lunch sampai dinner . masa terluang tu bawak kakak turun main slide. dah lama sangat dah maryam dok sebut silde.. slide.

peace 3 jari

happy sangat la kalau boleh keluar kan. pastu kalau nak keluar sekarang sibuk la dengan bag dia tu. pastu nak bawak semua anak-anak berbulu dia. masa nak keluar ni sibuk dukung moomoo ngan bebear dia.

ummi: kakak, tak yah bawk la bebear ngan moomoo tu.

maryam: bebear and moomoo nak ket (nak ikut)

ummi: ok bawak satu je. bawak bebear je. moomoo tinggal.

maryam: ooo. otey (ok). 

letak moomoo atas katil. kiss moomoo.

maryam: byebye moomoo. mi jom. kakak nak walk. kakak nak shoes. mi jommmmmm

ummi: yer. tunggu la. ummi nak siap ni. baby tu? tak nak bawak?

maryam: a ah. baby nak ket. ummi ni ni ( sambil tunjuk kat carrier)

ummi: oooo. ummi dukung baby guna carrier. kakak walk?

maryam: ha ah. yeay! byebye, kakak nak walk. (sambil kiss basikal)

-_____-"





angin petang kuat macam dok pantai. hehe.



 dah pandai buai sendiri je main buai. dah besar dah maryam ni. :')


 dan suka buat aksi-aksi begini. kakak swing katanya.

 baby pon nak masuk cerita jugak.

 
baby tengok je la kakak.

teliur je baby tengok kan. sabar yer baby. cepat la jalan. cepat jalan, cepat la awak boleh join kakak. hehe

bibik nak masuk cerita jugak sikit. =P

maryam faleesya setahun yang lepas.

membesar dengan sangat cepat kan?



Thursday, 13 June 2013

Don't judge



Maryam memang cermat orang nya. Kalau I suruh dia kutip mainan dia, dia akan kutip sampai habis. Korek habis semua bawah- bawah sofa. Dia suka sepahkan kain dalam laci( yer, cermat pon suka sepah jugak) dia akan sumbat balik betul-betul. Yang berjuntai-juntai pon dia akan betul-betul masukkan.

Kalau dia lipat sejadah, dia akan pastikan hujung kehujung. Hehe. Ummi dah nampak dah hala tuju kain setimbun dalam bilik tu. Get ready kakak. Haha

Ni dia lipat towel kecik. Not bad la kan. Untuk budak umo 2 tahun. Dia suruh ummi amik gambar bagi walid tengok. Haha

I tak suka bukak facebook sekarang. Tapi kadang-kadang bukak jugak sebab nak mencari ilmu. Facebook tu dah jadi macam medan perang menyesakkan dada dah. Dulu hal politik, sekarang hal ibu-ibu.

Pasal susu ibu. Pasal susu formula.

Pasal makanan tin. Pasal makanan homemade.

Pasal natural birth. Pasal epidural segala.

Pasal vaksin. Pasal unvaksin.

Pasal sabun baby Johnson. Pasal parabel sls segala.

Pasal baju mahal baju murah pon nak jadi issue.

Baby gemuk. Baby kurus.

Berak banyak berak sikit tak nak jadi issue?

Penat kan jadi mak. Sokmo nak berperang. Bagi orang yang memilih untuk berperang.

Tolong la ibu-ibu. Hentikan. Jangan kata orang tak cukup ilmu. Jangan kata orang tak sayang anak. Jangan kata orang tak sanggup korbankan masa. Jangan kata orang tak pandai manage masa.

Jangan rasa kita terpandai. Jangan kata kita paling pandai jaga anak. Jangan kata kita paling banyak berkorban masa. Jangan kata kita paling penat jaga anak.

Bagi yang nak menyampaikan ilmu. Alhamdulillah. Mulianya anda. Semoga semua mendapat manfaat.

Tapi kita ni? Jangan jadi nasi tambah ye. Jangan sentap, jangan menyentap.

Mana yang rasa baik, kita nak ikut, kita ikut.

Mana yang rasa tak baik, kita tak payah ikut.

Anak kita. Hak kita. Anak orang. Hak mak bapak dieorang. Don't judge!

Semua orang ade sebab. Kita tak rasa ape orang rasa. Kita tak tahu masalah orang.

Kita hadap anak kita. Jaga lah dengan sempurna yang kita paling mampu. Banyak lagi cabaran depan sana yang kita kene hadap. Banyak lagi benda kita nak buat dengan anak sendiri untuk mereka jadikan bekalan dunia akhirat.

Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Banyak jugalah dalam dok rasa nak memyedarkan orang, kita terjudge orang. Termenyakitkan hari orang. Masa buat saya tak pikir. Bila teringat balik. Hurmphh. Niat nak menyampaikan ilmu. Tapi orang kata niat tak menghalalkan cara? Maaflah kalau ade yang terguris sebelum-sebelum ni. Dan mungkin yang akan terasa dengan entry ni.

Maaflah. Saya hanya muak. Mari kita buat kerja masing-masing. Tanpa perlu judge orang. Nak?

Umpat-umpat orang pon tak yah la. Nak?

posted from Bloggeroid

Tuesday, 11 June 2013

Get well soon adlina


Dengan anak-anak yang tido takde carseat tunpang kereta cikhani.

Kalau keluar ngan kawan-kawan I biasanya maryam akan jadi budak yang paling behave didunia. Sebab aunties dia memang pandai melayan. Semalam moody sikit sebab keluar masa nap dia. Pastu dia tido kejap2 kene kejut omaknye tak bawak stroller. Hehe

Semalam keluar tgk aunty adlina. Kedenggian. Biasalah ad, orang darah manis memang nyamuk suka. Semoga cepat sembuh adlina dan aiman!


Aunty ad muka sakit, so kita ambik gambar tangan je. Macam biasa, anak2 kene fokis lebih. Hehe

posted from Bloggeroid

Monday, 10 June 2013

I love you


Gambar anak lagi. Biasalah tu kan. :)

Masa malam birthday husband 2-3 hari lepas, I nak cari gambar nak post kat instagram. Nak cari gambar kiteorang berempat. Kalau tak de, gambar berdua pon jadilah. Tapi takde. Langsung takde.

Memyedihkan sungguh. Bila fikir balik. A ah. Yelah. Kalau dulu pon gambar dua org mesti dalam kereta. I dok depan, so boleh la ambik gambar sebelah-sebelah. Sekarang naik kereta, maryam dan car seat nya kat depan. I kat belakang dengan fateemah dan carseat dia.

Masa pergi majlis tunang sepupu husband last week dengan in laws, ade jugak ingat nak suruh adik ipar ambikkan gambar satu family. Tapi vila kat majlis tu, anak cranky ngan cuaca yang agak panas. Terus lupa.

Bila anak dua ni memang macam tu lah. Kalau ikut kan i, kalau weekend or husband cuti, kalau boleh tak nak duduk pon dalam rumah. Nak ajak husvand berjalan-jalan. Bosan dah rasa dok makan food sendiri masak, tengol kain tak basuh, tengok kain tak lipat, pinggan mangkuk tak basuh, toilet, baju tak lipat. Haih.

Tapi kalau keluar pon kene jaga mood anak-anak. Maryam la jan. Fateemah tak pandai protes lagi. So dia redha je diusung kesana kemari. Bukan mood anak- anak je. Mood bapak nya jugak. Kalau jem, kalau anak buat perangai. Hoih penat! Bila pikir-pikir, hurmphhh baik lah. Weekend pon kita dok rumah je. Bila dok rumah, anak-anak mood happy. Yelah, ade walid nak melayan. Suami pon happy. Boleh berehat- rehat dirumah dihari tak kerja selepas penat bekerja. Makan food isteri masak. Tolong2 isteri buat kerja rumah. Bila anak-anak dan suami happy makan baru lah mak nye boleh happy. Tapi kesian la kat mak nye. Weekend, weekdays sama jelah hai kereja nya. Masak, simpan dapur, basuh baju lipat baju iron baju. Masak lagi kemas lagi. Membasuh lagi, anak berak basuh lagi. Huhu

Ok, begitulah. Kesimpulannya, masa happy-happy kami kebanyakan dirumah. Di rumah pakai pon tak proper tak kuasa la saya nak ambik gambar family tiba2 kan. Pastu tiba2 nak g menyendeng kat husband nak ambik gambar dua orang macam remaja2 tu kan. Karang suami kata buang tebiat ke ape bini aku ni.

Lagipon kalau kat rumah ade masa sangat la tiba2 nak menyendeng kalau anak-anak tak tido. Kalau anak2 tido banyak lagi kerja menanti, ataupon kalau malas nak buat semua kerja tu baik mak tido. Hehe

Baru 4 tahun kawen and baru anak dua kekdahnya. Kadang2 teringin jugak nak berdua-duaan dengan suami. Berdua-duaan yang bukan romeng yeh. Macam deting zaman2 dulu. Kali terakhir dapat rasa seingat I masa parents datang kl. Kiteorg keluar mall, maryam je ade masa tu. Fateemah tak buat lagi. :p

Parents I jaga maryam yang tengah tido kejap di kedai makan. Kiteorg berdua pergi ke surau nak sembahyang. Masa tu merasa la berjalan mesra. Sekejapan.

Sekarang nak dating, anak nak tinggal ngan sapa? Nak bagi susu ape. And yang paling penting macam la sanggup pon la kan nak tinggal anak-anak tu. :D

Tapi kene lah cari jugak masa nak spend bersama-sama. Dulu malam2 selalu jugak lah spend masa sama-sama tengok movie ke, series ke. Gelak sama-sama, bergesel sama2. Tapi sekarang takde dah. Rindu la jugak masa-masa mesra kan. Tapi tulah, memang takde masa la nak duduk bersandar berjam-jam tak buat ape. Kalau rasa lapang sangat macam biasalah, baik tdo.

Tiba-tiba malam ni, tanpa di rancang terasa ade mood nak tengok movie. Husband memang tengah tengok youtube kat tv. Anak-anak tido awal plak. Masa yang sesuai lah I kira. Masa I keluar makan dengan kawan2 dieorang bercerita lah pasal cerita 'the impossible'. True story pasal mangsa tsunami. Bukan jenis ceruta kiteorg layan sebenarnya. Kiteorang jenis suka tengok cerita romantic comedy je. Takde stress, tak yah pikir-pikir. Tapi bila kawan I bercerita macam menarik je. Lagi pon cerita pasal family. Buat kita rasa nak appreciate family yang ade depan mata ni selagi mereka masih ade depan mata kita. Pasal suami yang sayang kan isteri dia tak putus asa mencari. Pasal org dalam cerita tu yang selalu berterima kasih. Mak suka. Walaupon sepatutnya cerita ni stress gila. Tapi sebab I dah tahu dah jalan cerita, so tak rasa stress pong. Haha

Masa nak start tengok cerita ni, husband pergi letak maryam yang tido atas riba dia dalam bilik. I letak fateemah yang batu habis menyusu.

Dua-dua dok atas sofa, tengok cerita sambil makan kacang campur. Tiba2 suami cakap.

"ala sampah tak buang lagi"

"biar lah bie. Sampah tak lari. Esok boleh buang"

Tapi I sebenarnya dalam hati. Erghh. Baju suami tak gosok lagi, kain tak jemur lagi. Tido lambat la malam ni.

Biarkan! Mari spend masa yang berkualiti bersama. Lupakan dulu benda lain. Bukan senang nak dapat masa macam ni.

Tapiiiiii...belum pon separuh cerita. Orang sebelah I dah landing lalu tido dah.

Hurmphhh!Baiklah. Begini lah kita.

Hehe. Tapi I tak kisah pon. Dia penat seharian hari ni. Pagi tadi bangun tido jer terus ke pasar. Petang pon kene keluar lagi dengan maryam beli barang yang takde kat nsk. So baiklah. Tido lah.

Anak dah dua ni susah dah kut eh nak berlagak macam zaman honeymoon takde anak. Ade hikmah jugak lah kut kiteorang lambat jugak nak ade anak dulu. Allah bagi peluang gesel puas-puas. Sendeng selagi boleh.

Suami,

I sebenarnya nak buat post sempena birthday u kat blog. Tapi stended jawapan I lah, asyik tak sempat je. Ni baru ade peluang. Sepanjang hidup ni, ni lah I rasa stage paling kelam kabut yang pernah I rasa. Penat jugak lah nak mengejar masa nak buat semua benda. I tahu u pon sama la kan. Nak cari sesuap nasi, nak soend masa dengan family jugak. Tapi u dah buat semua tanggungjawab u dengan sebaik-baiknya. Dalam buzy tuh I still masih rasa kasih sayang u. Terima kasih diatas kasih sayang. Cuma I risau dalam dok menguruskan family ni I belum cukup naknbuat u rasa I memang selalu menghargai u, benda u sediakan untuk menyenangkan kerja i. Sifat azali I la kan, I memang ' tebolah' and tak reti sangat nak meluahkah kasih sayang. Malu. Tulis macam ni jelah mampu.

Jangan risau pasal baju cantik berkilau yang I takde, handbag beribu yang I selalu sebut, rumah, kereta besar2 yang selalu u sebut nak sediakan untuk kesenangan kita. Insyaallah, kalau ade rezeki kita ade lah tu. Tapi ape yang allah bagi buat masa ni, ape yang u dah sediakan buat family kita adalah lebih dari cukup. Terima kaaih sangat2

Maaflah selalu tak dapat nak buat benda best2 bila tiba birthday u. Macam u buat kat i. I xmampu nak belikan u hadiah mahal2. Tak cukup sweet dan creative dan berdikari nak buat ape2 kejutan macam u selalu buat ko i. Kesian plak u dapatisteri yang serba serbi kurang upaya ni.

Bak kata yuna,

"ku hanya mampu jadi milikmu, pasti kan kau bahagia"

I love u bie

posted from Bloggeroid

Wednesday, 5 June 2013

Kali ke 3 menaip. Harapnya post ni tak hilang

Assalamualaikum~

Amarah nya la hai. Menaip lama- lama bila publish hilang hoiiii. Menguji kesabaran betul update blog pakai phone ni. Tapi sebab guna application free. Makan bersabar lah hati. Sila la bersyukur bolehbjugak update blog guna screen kecik ni, orang lain internet connection pon tak dak. Kononnnnnn sabar. Padahal dah meroyan dah tadi. Buang masa makkk menaip panjang2. Kalau lemas rumah dah bersinar dah ni. Humphhh.. Takpe. Cubaan terakhir. Kalau yang ni pong gagal, mak give up. Babai ah blog.


Cik tim gebus dah nak 6 mo! Lepas ni dah nak makan. Mintak-mintak hidup balik la blog mak. Hehe

ade


Kakak yang semakin cheeky dan banyak akal.

Kiteorang still struggle nak faham ape dia cakap. Hahaha. Peristiwa semalam, diatas katil. Biasalah kan. Tempat feveret melepak sambil bergolekan. Dia tengah 'baca' buku. Dia tunjuk kat walid dia, budak tengah makan.

'hed, bau eat'

Walid dia tak faham. So dia repeat banyak kali. Pastu walid give up serah kat ummi,

"ape maryam cakap ni yang?"

Maryam dah hampir amukan dah.

'bau eat! Bau eat!'

"Ape? Friend eat?"

'bau eatttttt'

"mouth eat?"

'nooo, bau eat!

"abang eat?"

'a ah. Abau eat'

Sambil senyum. Hilang dah amukan. Teruskan 'bacaan'.

-___-"

Bau. Bau. Mane nak faham anok.



posted from Bloggeroid