Pages

Monday, 25 March 2013

cek mek maryam

ISusah nya nak start balik semangat blogging ni bila dah cuti lama. Hehe. Ni dah agak lama dah jugak ni buatkan maryam cek mek. Bahan bahan sama je. Keledek dan tepung atta. Rebus kedek sampi empuk. Buang kulit. Lenyek sampai hancur masa panas lagi senang hancur. Pastu tunggu sejuk baru tambah tepung. Agak-agak sampai boleh dibentuk tapi jangan banyak sangat tepung nanti keras kejung tak sedap pulok. Cuma gula dalam cekmek tu I gantikan dengan molasses. Pastu malas nak buat bentu bujur I buat bulat- bulat je. Pastu goreng.

Dia suka je makan kuih- kuih macam ni pagi. Pastu mintak nak spain ( fork and spoon semua dia panggil spoon). Makan rilek rilek lambat-lambat sambil tengok tv.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 21 March 2013

anak dara ambe

Assalamualaikum...Woahhhh...tenggelam timbul betul blog ni sejak ade 2 anak dara ni. Jangan terkubur sudah. Hari ni gelap 3 bulan fateemah dan semalam pulak maryam 2 tahun 3 bulan.

Cerita pasal kak maryam dulu. Sebab kakak keluar dulu. Hehehe

Kakak banyak akal sekarang. Susah sangat nak pujuk makan ke mandi ke, sebab banyak sangat alasan dia. Ni orang cakap makin besar makin susah nak handle kan?

Sekarang suka mintak ape-ape mesti nak tambah pishh (please) kat belakang. Kalau nampak ummi makan, mesti cakap " nak pishh" terus cair. Haha

Kaki report. Kalau walid dia balik kerja sibuk la bercerita, sakit sini, jatuh, makan guna spoon (tu pon nk cerita). Kalau dia buat ape2 pwrgi panggil heret tangan orang tunjuk hasil kerja dia. Dan respond haruslah betul yer. Kalau tak amukan disitu. Kalau tak faham ape dia cakap sila la berusaha untuk faham di situ jugak.

Kalau mood baik boleh la jaga baby. Kalau baby nangis, lari kedek-kedek muka cemas cakap 'baby kai' (baby cry). Kalau mood malas nak layan baby cry la camane pin. Dia buat tak tahu je.

Masih lagi minum susu ummi. Air yang dia nak sekarang air masak je. Jus ke lassi pon kurang laju dah. Tak macam dulu. Seboleh mungkin dia nak minum susu ummi je. Kalau ummi buzy dahaga sangat je dia g minum air masak ( dia panggil 'air juk').  Segala air berwarna putih susu dia fobia. Terus cakap tak nak kalau offer. Minum lah sayang selagi ummi mampu. Nanti ummi xmampu kita pikir jalan penyelesaian.

Susah sangat nak makan sekarang. Seboleh mungkin dia nk susu ummi je. Hurmmmm...mak buntu

Adiknya pulak,

Masih ratu tido. Heeee. Tapi petang dah pandai la tak nak tido nak orang dukung. Tapi kalau dia kenyang selesa insyaallah boleh golek- golek tido sendiri. Dulu malam tak bangun menyusu. Sekarang. Bangun dah. Hehe. Gilir-gilir bangun la ngan kakak dia.

Hari ni baru nak angkat kepala bila 'tummy time ' dulu masa baby sangat lagi bila orang tiarapkan dia tido. Lepas besar sikit xtido, tapi nangis. Hehe. So'oh. Perut saya besar. Hahaha

Muka serious sokmo. Tapi senang je nak bagi dia senyum. G la tegur- tegur cakap ngan dia. Suka bercakap. Belebe sokmo. Semoga cepat cakap yer sayang. Bole cakap-cakap ngan kakak. Sekarang hobi dikala masa lapang belebe sambil makan penumbuk. Sampai basah baju. Huhu

Itu sajalah dulu. Insyaallah akan update lagi. Assalamualaikum.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 13 March 2013

4 tahun

Hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 4. Ayat ayat seterusnya sila rujuk gambar diayas. Muahaha. Gila pemalas print screen je malas nak type balik.

Sikalang tengah menikmati percutian free. Ikut husband pegi kerja sebenarnya. Dia la kerja. I berehat. Hahaha

Bestnya golek- golek ngan anak tanpa berfikir tentang kain baju xlipat, kain tak basuh, dapo tak kemas, mainan bersepah. Nak menikmati setiap saat peluang ini sepenuhnya.

Babai dulu dunia tanpa sempadan. Nak menghadap yang tersayangs.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, 9 March 2013

homemade jem strawberry

Strawberry yang telah lama difrozenkan sebab tak termakan kita kotbankan menjadi jem.

Bahannya:

Strawberry
Air
Molasses
Sedikit garam

Masak strawberry dengan air sambil hancurkan itu strawberry dengan masher. Pastu tambahkan molasses secukup rasa dan garam sexubut naj bagi lemaklemak manis. Hehe. Masak sehingga pekat.

Sebab xde bahan pengawet, tak berani simpan lama sangat dalam chiller. Mahal weh strawberry. Rugi je nanti. Frozen kan separuh. Separuh lagi dalam chiller. Tapi yang dalam chiller ni dah hampir 3 minggu pon ok lagi rasa dia.

Hari tu ade orang tanya molasses beli kat mana. Molasses bolehb
didapati dikedai organic berhampiran.

Published with Blogger-droid v2.0.10

froyo maryam

Lama tak update food maryam kan. Kebanyakan food dia makan food kiteorang pon. Hehe. Dia dah banyak kali dah mintak ice cream. Tak tahu lah mana dia belajar. Kartun kut. So semalam walid dia ade belioa ypgurt ngan mangga, buat kan la dia frozen yogurt berperisa mangga. Pagi tu, untuk snek, I buatkan dia manggo lassi. Lebihan tu frozenkan dan mak la minum skali. Hihi

Lassi/ froyo

Sebiji mangga manis
Yogurt plain
Susu segar sedikit

Blend sehingga smooth.

Boleh diminum begitu sahaja. Ataupon frozenkan untuk froyo. Memang sedapppp.

Tapi dia mintak ice cream batang tu sebenarnya. Nantinla ummi buat ok. Ummi dah xtau mana ummi campak acuan yang beli kat daiso tu.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 6 March 2013

good morning!

Eeeee...muka bodek nak milk la tewww

Ya allah! Kanak-kanak ni sangat melekakan. I boleh habis sehari golek2 menggomol sambil ambik gamba dia. Kakak nya tengah phase jual mahal. Tak kene mood marah orang amik gamba dia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 5 March 2013

cubaan


I dah 2,3 kali jugak buat cubaan update blog. Tapi gagal. Benci blogging guna phone ni. Sebab tu lah I melampiaskan nafsu vain dengan anak sendiri dan masakan sendiri kat instagam je.

Cepat la sembuh laptop-laptop ku.
(hint ni)

Kalau memang tak leh sembuh, kau murahkan lah rezeki aku untuk dapat laptop yang baru (ni bukan hint dah ni)

Hehe

Banyak sangat benda terhad kalau blogging guna phone ni. Menyampah laaaa. Update sikit-sikit untuk sekadar melampiaskan nafsuboleh la. Nak blogging secara puas hati, nak baca blog orang memang xpuas hati lah. Ehem. Macam penting sangat jer blogging dalam kehidupan seharian kan. Hehehe. Tapi memang.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 1 March 2013

rasa macam

Hai blog

Sedang lintang pukang huruhara.

Rasa nak masuk dalam almari duduk senyap-senyap makan kek cekelat

Kejap je nih. Kejap je nih. Insyaallah

Published with Blogger-droid v2.0.10