Pages

Monday, 18 February 2013

puding roti big girl

Maryam dah makan garam gula dah sekarang so lagi senang la mak nak masak untuk dia. Share food kiteorang je kalau tak pedas. Pedas sikit-sikit boleh je dia makan. Tapi kadang-kadang kalau masak untuk dia je tak letak garan gula pon dia layan je. Tapi kalau food termasin sedikit dia kurang lalu nak makan. Huhuhu. Pagi ni masakkan dia puding roti. Buah takde yang sesuai buat puding. So ganti ngan molasses.

1 sudu besar butter
Sebiji telur
1 sudu teh molasses
Fresh milk
2 keping roti
Kismis

Kacau sebati telur, molasses dan butter. Lepas tu masukkan kedalam roti yang direndam dengan susu sekejap. Kacau kacau tabut kismis. Bakar suhu 180 degree c 20-30 minit. Sedia untuk dingap.

Gambar ngap food takdelqh. Tak banguh tido lagi anak dara. Gambar dia berjimba dengan rayyam semalam. Rayyan datang rumah. Dengan gambar cik fateemah dah 60 hari yo hari ni!

Mak pon dah 60 hari selepas bersalin la hari ni. Gemuk lagi yang pasti! Deng deng. Boleh tak berat naik balik lepas pantang????? Cis tart betul

So mulai hari ini mahu diet kembali lah. Menu kita adalah kukus grill panggang je nanti.

Dah gemsss ni badan pon sakit, rasa macam tak sihat sepenuhnya lagi, penat pon rasa macam pregnant je. Jangan membuat spekulasi yer. Mak pantang lagi. Jauh lagi perjalanan anak ke 3. Bila badan penat mula la nak menaga kan. Maryam sekarang suka buat aksi mintak orang marah. I boleh sabar siang hari biasanya bafan masih bertenaga. Tapi bila dah malam badan pon dah penat senang nak menaga. Tu malam-malam I sangat lah berharap husband ade kat rumah boleh layan maryam. Kalau dia takde u kene la cari jalan menyabarkan diri dikala badan sudah penat. Tak pon kene cari sesuatu untuk menguatkan badan. Bukan nak merungut penat. Tapi sungguh pon penat -_______-"

Sekian.

-Ibuyangnakanakramaitapianakduapondahkecoh-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 13 February 2013

key key key key elllll

Gambar 1: hello, saya dah 55 hari harini dan berat saya dah 5.4 kg

Gambar 2: gambar anak -anak ketiduran. Tapi yang nak tunjuk mismatched bantal ngan cadar walid pasang. Muehehe

I dah kembali ke kl dengan selamat. Alhamdulillah. Dah kembali bertugas. Memasak hari ni, gosok baju kerja husband. Kemas rumah mana yang sempat. Bila bercuti panjang rinduuuu sangat nk kembali berkhidmat. Dan hari ni buat kerja dengan senang hati. Mintak -mintak semangat ni kekal sampai bila - bila.

Amin!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 1 February 2013

tido berirama

Masa anak tido lah masa mak-mak nak tarik nafas kan. Nak baca buku barang sehelai dua, nak belek blog, nak tenung muka anak. I suka ambik gamba anak tido. Rasa tenang je. Time ni la kalau nak rasa bersalaj kalau ade termarah anak ke kan.Anak tengah feeding pon i suka jugak ambik gamba. Tengok mata dieorang tengok kita kan. Rasa kasih sayang disitu.

Sekarang masa feeding wpon tenang, tak la setenang dulu. Dah kiri kanan kan. Masa tido malam, or nap petang je tinggal ketenangan hakiki. Dieorang boleh dikatakan selalu tido serentak la. Sebab fateemah asyik tido je kan. Hehehe

Ni gambar yang sempat ambik masa dieorang tido berirama. Dua-dua tido bukan nye statik. Kejap jer tu. Nanti gerak ke position lain plop. So cepat-cepat ambik gambar.

Published with Blogger-droid v2.0.9

mariye, fatimoh

Maryam dan fateemah adalah nama yang orang tak akan letak kalau dok kelantan. Nama cantik, tapi kalau dah dok kelantan dah tak berapa nak cantil dah. Bah tok dieorang selalu sangat panggil dieorang ni 'mariye' dan 'fatimoh'. Bah tok dieorang muda lagi, bukan nye tak boleh sebut betul. Tapi dah memang giti lidah orang kelantan. sindrom lidah malas nak berusaha lebih sikit. Kalau moyang dieorang memang tak boleh tolong la. Memang mariye, mariye. Mak redhaaa.

Naseb korang dok key ell nak, kalau tak orang panggil korang mek ye ngan timoh jer nanti kat sekolah. Huhu.

Maryam dah 25 bulan ++, fateemah pon dah lebih 40 hari.

Maryam makin lasak hari demi hari mak berpantang ni. Makin banyak akal dia. Dia nak bermain jer sokmo. Sampai kadang -kadang mak naik angin sebab tak larat nak melayan.

Banyak dah cakap. Tapi still xboleh buat ayat la. Tapi dah boleh mengadu, mintak sesuatu denfan baik. Kalau mengadu kat i mesti ade 'mi' belakang

'ucu mi'
'sakit mi'
'baby mi'
'cantik mi'

Suka dengar dia sebut mi kat belakang tu. Tapi kalau panggil ummi masih lagi panggil 'abah'. Apakah anak? Bila nak betul2 panggil ummi?

Suka nyanyi and joget. Ade vid i recod first time dia menyanyi. Kat kl tak de lagi skill menyanyi ni. Belajar kat kampung. Kuat sangat tengok tv kat kampung ni kut. Vid nanti kat kl i.syaallah upload. siap berdikir dimalam hari.

Sayang adik. Selalu kecoh kalau adik nangis. I memang selalu libatkan dia dalam aktiviti adik. Mandikan adik dia akan tengok *ehem* kacau. Basuh poopoo adik dia akan tolong ambik kan pampers. Sambil cakap 'eee dirty' bila tengok poopoo adik. Muka bangga senyum cheeky tepuk tangan kalau orang puji dia pandai bila tolong ambikkan barang. Dia susah nk diurut sebab pakai baju pon berperang. Sekarang, kadang-ladang datang mood baik dia, nak diurut lepas mandi. Sebab tengok adik dia selali kene urut kut. Suka jugak kiss baby, tepuk baby. Tapi tak boleh dibiarkan sangat sebab kadang2 kasar.

Tahu orang marah dia. Bila tau orang marah terus buat muka cheeky datang peluk and kiss kiss.

Suka sangat baju baby. Bukan baju jelah. Semua barang baby dia suka. Ade satu baju nenek saudara dia kasi fateemah dia suka sangat sebab pink and besar. Saiz dia pon. Sebab dia dok ambik nak pakai, i bagi jelah baju tu kat dia. Bila tanya,

'ni baju sape ni?'
'baju baby'
'ouhh..tau pon baju baby. Pastu kenapa maryam pakai'
'pink..pink'

Nak cakap cantik sebab kaler pink kut. Huhu. I jemur baju tu dalam bilik hari tu. Dia suruh ambik baju tu, sambil sebut pink.pink.

Susah sangat nak nap. Sebab dok main ngan ucu dia. Tak boleh ucu tak de. Kalau ucu pegi sekolah kecoh la dia dok cari ucu.

Manja sangat ngan mak tok. Marah if mak tok pegang baby. Jeles kut. Huhu

Kalau nak menyusu masa i susukan fateemah. Dia datang kat kita sambil heret bantal. Sebab kalau tandem i memang lapik2 bantal. Dah la bantal lagi besar dari dia. dua plak tu. Nampak la dia heret dengan susah payah. Ummi xkan boleh kata no. Terharu ke sedih entahlah. Sensitip mak ni. Mesti rasa macam alahai kesian. Dulu ummi saya sorang jer punya. Nak menyusu anytime. Now, nak nyusu kene heret bantal. Kalau dia.tgh nyusu. Tiba2 fateemah nagis. Dengan sendirinya dia lepas. Kalau hampir bak tdo tu, dia berpaling arah lain, sambung tido sendiri. Pandai anak ummi. Ummi sayang maryam sangat-sangat.

Masih lagi menyusu susu ummi sepenuhnya. Dia hanya nak fresh milk kalau campur ngan oat ngan buah2. I bagi lah masa breakfast ke, snek ke kadang-kadang. Air masak pon susah nak minum sekarang. Kalau dia dahaga memang dia cari ummi je.

Kat kampung berat dia bertambah. Dah 10 kg + + dah sekarang. Berkat lelemak susu ummi yang dishare dengan fateemah. Makan oon banyak masa awal-awal balik kampung dulu. Sekarang dah kurang makan sikit. Sebab tengah naik gigi geraham.

Fateemah pulak. Tidoooo je. Alhamdulillah lah. setakat ni anak-anak memang senang nak jaga masa dalam pantang. Lepas pantang tu lain kira la kan. ;p lagipon lepas pantang kita dah larat. Masa maryam dulu, rasa senang dah nak jaga. Tak banyak perangai pon. Fateemah ni lagiiiii super senang. Sampai mak risau. sampai sekarang dia.memngahabiskan hampir 20 jam sehari masa dia adalah dengan tido kut.

So perkembangan dia memang mahal la. Dah pandai senyum kadang2 masa tak tido. Suka tengur orang. Time tak tido dah banyak keluarkan bunyi mcm nak cakap mulut muncung-muncung. Tapi mahal la kan. Jarang-jarang berlaku.sebab asyik tido jer. Hehe

Cepat bambam. mungkin mewAwisi ke-michelin-an kak maryam dia. Takpelah.kecik-kecik ni kumpul lemak. Buat bekal bila besar macam kak maryam mengurus pulak. Masa timbang guna penimbang buah rumah pil haritu 5 kilos masa hari yang ke 39. Membesar dengan jayanya. Alhamdulillah.

Tu jela kut update anak2. Update mak tak yah la. Gemuk lagiii. Hurmphhhhh...nak kuruss. Nak kurusss.

Tak sabar nak pulang ke pangkuan suami. Nak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Dan hidup sefamily dalam rumah comel kami.

Published with Blogger-droid v2.0.9