Pages

Wednesday, 18 December 2013

suatu hari, ummi cuti

bismillahirrahmanirrahim.... assalamualaikum

cerita weekend, 2 minggu lepas. cerita basi lagi. maaf. biasalah. cerita yang perap dalam draft. internet kat sini laju sangat. bila dah siap upload gambar tu biasanya mood nak mengrang dah laridah. so simpan la kut bila-bila mood datang balik.

walid dieorang cuti hari tu. bukan cuti jugak lah. kene standby. jadi tak boleh kemana-mana yang jauh. dok je kat bilik. bagus lah, rehatkan badan. tapi tak boleh nak rehat jugak dengan anak-anak. lagipon ummi yang nak berehat. haha

 
sebab hari cuti, ummi malas nak bangun jogging di awal pagi dalam kegelapan. jogging bila dah cerah. kakak dah bangun, dia nak ikut

ikut ummi 2 round je. pastu dia cakap tired. dok jer tepi pantai. main pasir. hehe

pastu, ajak walid pergi tamu. beli pisang, sayur sikit, dan DURIAN!

 
RM 6 je sekilo. duran kampung. tapi sedappppp. tak bergas macam durian kampung kita. rasa dia dah macam durian-durian ade nama di kl, cuma warna tak kuning

hantu durian macam ummi. hehe

adik pon nampak macam suka durian. tapi ummi tak suap banyak sangat pon kat dia.

lepas makan, walid belanja pergi mengurut. sebab sakit badan. hahaha. walid cakap orang exercise makin sihat. ummi exercise sakit macam-macam. =P




 kali ke dua datang kat spa ni. pertama kali masa mula-mula sampai haritu. tukang urut lain. amik pekej mengurut dan bertungku. sedap dia urut. kali ke dua ni amik mengurut je. tukang urut lain. lagi sedap dari haritu. kalau ade rezeki (ehemmm...semoga orang berkenaan baca la ni), next time nak request tukang urut ke dua ni lah. sesapa yang duduk area ni boleh la datang mengurut kat spa ni. harga dia tak terlalu mahal. lagi murah harga dia dari spa-spa kat kl kalau harga promosi. sekarang tengah promosi sebab spa ni baru bukak. baru tukar owner.

balik bilik macam biasa lah. anak-anak excited nampak ummi macam sehari tak jumpa. padahal beberapa jam jer pon. 3 jam pon tak sampai. tapi bagus sebenarnya berehat sebentar jauh ngan anak-anak kejap. baru lah dieorang rindu. hahaha. kalau tak buat tak nampak je ummi yeh..sikit-sikit walid sikit-sikit walid. ni la nikmat SAHM jarang dapatmerasa kan. kalau walid balik kerja mesti hari-hari teruja nak balik rumah sebab bila balik mengadap muka keriangan kerindua anak-anak excited walid kerja. peluk walid, mengadap walid macam tak nak lepas. walid cakap ape pon dengar jer. mek teem yang kecik tu pon dah pandai. kalau tengah nangis-nangis tiba-tiba walid balik, boleh dia sengeh. kalau nangis nak susu, boleh tak ingat susu. huhu

astaghfirullahalazim


2 comments:

Rizziela said...

bestnya dapat mengurut

eMMe said...

salam farah, lame tak singgah blog farah.. tgk ade byk menu utk baby... akak kan selalu tak tau nak masak ape for twin... so, pas ni leh la masak cam farah masak, heee...