Pages

Friday, 6 December 2013

kakak exercise macam ummi

bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum...

sekarang ni mood tak berapa nak happy kan. mengenangkan naseb saudara-saudara kita di kuantan dan kemaman. dapat berita bekalan makanan tak cukup la, kelengkapan tak cukup la. electric takde, air tak de. ya allah. permudahkan lah urusan meraka. cepat la surut banjir ni. lagi sedih kalau ade ahli keluarga yang tak dapat dihubungi. sebab pusat pemindahan tak de simpan list teratur siapa yang ade kat pusat pemindahan, ngan line telefon pon tak berapa nak anak. bertabah lah semua mangsa dan keluarga mangsa. kita tengok ni pon rase berat, ape lagi hok memikul. insyaallah. semua akan selamat.

macam lama sangat dah takde bencana teruk-teruk kan.

cerita lain pulak. pasal orang terlebih makan. tak tahu la ape yang happy sangat kat sini sampai selera gila makan. badan naik macam di pam-pam. terpaksa la diet. huhu. syukur alhamdulillah cukup tok laki bagi makan kan?

hari ni dah hari ke 5 la mengamalkan gaya hidup sihat. pagi-pagi mak bangun jogging. berattttt sangat nak heret kaki jogging tu. tapi terpaksa la heret jugak kaki tu. makan tak de lah diet beria macam zaman anak dara dulu. menyusu kan. tapi control portion la. pastu minum air banyak-banyak. kat sini perasan memang kurang minum air sebab ekon sejuk kut tak dahaga.

kembali berggs jugak


maryam tengah squat

dia cakap kakak exercise macam ummi.

dia jarangggg sangat pakai stokin. dia ade satu stokin je, pakai masa raya sekali je. hahah. so umminya sangat impressed dia pandai pakai stokin. haha

dia sangat lah menghiburkan hati sekarang. sebab dah banyak cakap. bahasa melayu plak tu. bahasa kita cakap la.

kalau kita mintak tolong ambik sesuatu, macam semalam, mintak tolong dia angkat kain sebab hujan, malas nak keluar pakai tudung. kain kecik-kecik je di hanger. dia cakap,

"uhhh...berat yeee"

kalau terhidu sesuatu yang busuk,

"busuk nee"

kalau nak keluar,

" kakak nak pium. ermmm. mangii neee"

nak perfium. haha. ikut walid ni. nak keluar je buat pesta pefium.

pelat-pelat sikit-sikit tu buat cute je didengari. huhu.

haih. kita akan rindu masa-masa macam ni. tobat pon.


sekarang sebab ummi tak tido balik lepas subuh (eh) pergi jogging, anak-anak pon bangun awal la. ummi balik jogging tu biasanya dieorang dah bangun. pagi tadi balik jogging je, 

"ummi...ummi ecercise. sian kakak nak ummi"

amboi drama. baru tinggal setengah jam.

semalam,

"wah..ummi ececais. why ummi ecercise?"

tak tahu nak jawab ape, tak sempat pikir balik penat. so jawab la,

"ummi kene exxercise la sebab ummi gemuk"

i nampak husband tersengih dalam diam. 

caitttt. salah bagi jawapan. patut cakap, sebab ummi nak sihat.

tolong doakan semoga istiqamah. 

astaghfirullahalazim

1 comments:

shark said...

tang suami u senyum u cakap gemuk tu kiut..
hahaha..
dia gemuk x pe lak kan..
kite gemuk macam2 bunyik pulak diorang nih..
haih..;p