Pages

Wednesday, 18 December 2013

angin kinabalu

bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum... =)

rasanya sejak balik kundasang malam ni lah yang paling bertenaga sikit. siap buat exercise sikit-sikit lepas tengok gambar-gambar pegi kundasang. ya allah. kurus nyaa ambe ( amin!) T_T

tapi gambar-gambar kundasang dan cerita kundasang nanti lah. mood tak mari lagi. lemau nya masih terasa, mungkin esok lah kalau mood datang. ni publish je gambar yang sudah di upload sebelum pegi kundasang lagi. malam sebelum pegi kundasang tu, bos husband balik awal, so dia balik sekali sebab ade masa lapang beberapa jam, boleh spend masa ngan anak bini sekejap, bawak pergi makan, pastu dia pergi kerja balik. balik tak tahu lah pukul berapa, mak dah tido. esoknya kerja lagi macam biasa, balik kerja bawak anak bini bercuti pulak. drive dua hari sampai hotel ni dah tengah malam, esok nya kerja macam biasa. mak tengok dia pon mak penat. i memang shut down la dua hari ni. penat gilaaa. malam ni baru bertenaga. baju setambun hantar dobi jah. masak asal nampak macam food. hehe

kadang-kadang kan, penat jaga budak-budak ni memang rasa tak tertanggung. penat emosi penat fizikal. tapi bila mengenangkan husband kerja pon penat jugak, dan dia still cuba yang terbaik nak spend masa ngan family buat mak insaf. nak merungut banyak-banyak pon tak jadi. tapi merungut tetap merungut. =P sikit-sikit jelah. hehe

tq bie




ni makan kat kedai tomyam kat hotel ni jer. kedai kelantan. menu special kedai ni telur hancur kat belakang tu. sedap. ala-ala telur atas butter prawn tu. rangup. mesti digoreng dengan minyak setimbun. hehe. tomyam poktek ngan siakap 3 rasa.

ni start makan tak ingat diet. 2 hari di kundasang pon rosak diet. sejuk, asyik ingat nak makan jer. 

sekarang dah kembali ke jalan yang betul dan kembali exercise. insyaallah.

astaghfirullahalazim

1 comments: