Pages

Thursday, 14 November 2013

selamat pagi cikgu!

 bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum

beberapa hari ni awal betul bangkit. sabah ni awal bebeno gelapnya. jadi mood ngantuk tu datang awal. semalam husband balik dia pening muntah-muntah. angin kut. beliau bukan nya boleh jadual makan tak betul. urut-urut dia sikit, i yang sedawa lebih. dia relex je tak de ape. pastu bila dia dah ok sikit i la pulak yang pening kepala rasa semua angin nak kelar dari semua saluran. tapi saluran mcm tersumbat. jadi tutup semua lampu kerah anak-anak yang masih nak main ngan walid tido. semua tido. hehehe

hasilnya pukul 2 pagi bangun  dah tak ngantuk tapi kelaparan. hehe. makan sebiji pisang buat oat dengan milo. mengadap latop. ngehehe. bejurusss. kalau buat tahjud boleh pahala dah stokol. upload gambar sekali. tapi stended la kan internet laju ni, semalam upload pagi ni baru boleh mengarang.


kat sini tiap-tiap petang hujan. bila hujan lapar macam-macam rasa nak makan. semalam buat sweet corn. snek petang maryam dan ummi.

sweet corn

jagung frozen
gula (untuk pilihan lebih sihat ganti molasses, i tak bawak plak molasses, guna guna hotel je)
butter
freshmilk

rebus jagung frozen dengan sedikit air dan gula. bila air dah kering tutup, gadul butter dan sedikit fresh milk. makan!

sedap hujan-hujan makan ni panas-panas. heee

sedap blako =P

 ni pagi semalam, lepas breakfast balik bilik buat partey buih.

fateemah dah pandai sekarang. tunjuk perasaan. hehe. dah lama main buih tu, nak angkat la dia mandikan. marah dia jerit-jerit. tak puas main. hehehe. besar dah anak ummi. dah pandai.

 pastu masakkan mereka lunch dan dinner. ummi makan food hotel. ater tak larat dah ummi nak makan ayam ngan brokoli. makan la kome

sup ayam simple maryam dan fateemah

atas putih bersih tu fateemah punya. maryam yang kaler coklat sikit

simple jer, 

tumis bawang dan halia dengan pure olive oil, masukkan ayam dan jagung. bila ayam masak masukkan air tunggu jagung lembut masukkan brokoli.

kakak punya i letak sedikit sos tiram. rasa dia macam ayam masak halia tapi berkuah. hehe

smiley bebear

 lunch mereka

ummi jer yang tak larat nak makan macam ni. dieorang laju je makan. lapa la kut. hujan-hujan baru sudah main air


 bila dah kenyang, sorang dah pengsan, sorang tak nak tido-tido jugak


petang nya kakak suruh lukis walid, ummi dia dan baby main kat playground

pastu  siap soh lukis ibu ngan rayyan lagi. rindu la tu. pastu i lukis tree, tanya dia nak lukis buah ape. dia cakap nak strawberi. i cakap pokok strawberi bukan macam ni. nak orange ke apple ke, rambutan ke, durian ke? dia cakap kakak nanak, kakak nak strawberi.

hurmmm... nampak sangat la tak kenal pokok-pokok ni. nanti ajak walid pegi kundasang kita tengok pokok strawberi. tak pon balik nanti kita ajak walid pegi cameron. 

pastu dia kaler gamba. semua benda kaler merah. soh ambik kaler lain tak nak. boleh la kakak. bolehhh

astagfirullahalazim

3 comments:

CikNaa said...

adik dah besar laa..comei pakai baju same..

Cik Puan Rara said...

hahahahaha.sabo jelah.siap suruh melukis lagik.baju dorg mmg sama eh semua kak.

f halida said...

mintak share blog awak di wall fb sy..tertarik bab makanan untk anak2 tu... thank