Pages

Monday, 25 November 2013

monster

 bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum,

semalam masa suami dan anak-anak tido dok baca entry-entry lama pasal maryam. macam biasalah mak-mak, rasa macam tak percaya anak dia dah besar. entry yang masa sebelum ade adik, walaupon tak sampai setahun lagi, lain sangat dia. cepat sangat dieorang ni membesar. alhamdulillah la diberi peluang tengok dia membesar.

bila baca entry-entry lama, i dok cakap maryam still tak nak bercakap lagi masa tu. dalam masa setahun ni perkembangan dia sangat cepat. sekarang dia bercakap macam mok cik. tapi banyak in english lagi dari bahasa melayu. campur. hehe. cute jugak bunyinya. macam mak2 datin dalam cerita drama tv kan. campur-campur bm-bi. ade orang cakap nak cakap ngan anak guna bahasa english penuh kalau nak ajar english. kala nak guna bm guna bm sepenuhnya. gasak lah anak. asal kan awak bercakap dan ape awak nak cakap ummi paham. ummi sehari-hari pon bercakap bukan bm sepenuhnya. bukan juga bi sepenuhnya. kelate sepenuhnya =P

di dah sampai stage why why tu. bangun pagi jer mesti cari walid.

 where is walid?

walid pergi work.

 why walid pegi work?

walid cari duit la, nak bagi kakak makan, nanti nak pergi school, nak beli baju, nak beli toys.

ooooo...okey okey. never mind (suka sangat guna never mind) malam ni walid balik.

kesian hari-hari cari walid. sejak datang sini walid tak cuti lagi. hari-hari kerja. dah la sampai malam. malam main ngan dia kejap. pastu tido. bangun pagi walid dah pergi kerja. pukul 6 lagi walid dah pegi kerja. 

suka kacau adik dia. adik pon suka la kakak buat ape pon. kakak tindih dia pon dia gelak. ummiyang menjerit. haih.

sebenarnya nak cerita pasal satu hobby maryam. dia ni kadang-kadang terlalu kuat imaginasinya. dia memang suka pretend play. memang tu la aktiviti harian. tapi biasanya memang ade objek yang kita nampak la yang jadi ape-ape yang dia nak jadi tu. macam lego jadi phone, kereta mainan rayyan dia balut selimut jadi baby, botol losyen jadi botol susu baby-baby dia. sampai lah sebulan dua ni, dia suka main ngan kucing. imaginary cat dia. kalau dia dok main tiba-tiba dia cakap ngan kucing dia tu. bagi makan. gosok, as if kucing tu memang ade dpan dia. kalau dunia reality jangan harapla dia nak pegang kucing. dia geli. suka, tapi tengok je. bila tanya kucing kakak nama ape, dia cakap cat dia kaler hijau. kadang rasa macam seram je budak ni. tapi biasa dia main macam tu siang. ok je. i perasan imaginary cat ni ade bila walid dia tak de la. kut la dia boring nak perhatian kan. so dia mencipta satu watak. ummi memang tak terlayan dia kadang-kadang.

datang sini, rupanya imaginary cat dia ikut. huhu. tapi sehari dua je watak tu. satu hari tu di cafe, sempat bertegur sapa ngan isteri ofismet husband. dia ade anak lelaki lebih kurang baya fateemah. dia panggil baby small. sebab budak tu kecik dari fateemah. sejak hari tu baby small pulak yang dia dok main. nak suap makan baby small kene suap jugak. nak mandi, ajak baby small. nak jalan-jalan pon ajak baby small. tapi i tak tanya dengan lebih lanjut baby small tu camane rupa bentuk dia. kalau dia jawab merapu benda yang tak nak dengar camane?

tapi mak rasa tu memang watak ciptaan dia sebab lepas tu baby small dia tu balik semenanjung. lama tak jumpa terus hilang watak. lama jugak la takde ape sebarang watak. sampai la suatu malam tu,dok borak-borak ngan dia. camane entah tiba-tiba dia cakap,

"ummi, kakak ade monster"

"monster kakak dok mane?"

"tu, dok kat pintu kat shoes ummi"

"monster kaler ape?"

"monster kaler red"

masa ni memang tak rasa takut pon. sebab dia memang suka mereka-reka watak ni kan. cerita kat husband rupanya memang tiap-tiap malam dia sebut monster ni kalau borak ngan dia bila husband balik kerja. pon masih tak rasa pape.

esok nya seharian dok main dalam bilik, dia tak sebut pon pasal monster. sampai lah lepas asar, nak bawak dieorang pergi jalan-jalan tengok ikan dok bersiap pakai baju tu, maryam cakap,

"ummi, ade monster. ade daddy monster, ade mooy dia, ade kakak dia, ade baby dia. (logic je kalau dia mereka, macam family dia jekan. ade mak ayah kakak adik. pastu bila dah keluar bilik dia cakap,

"wait ummi, baby monster nak ikut. come, come. faster. kita g jalang-jalang"

ape-ape je lah budak ni. malas nak layan. kata dalam hati. so sepanjang jalan tu melayan la dia si baby monster tu sampai la dia dapat aiskrim. dia tak sebut dah baby monster dia.

sampai bilik, dia tak nak mandi. so mandikan adik dulu. masa i nak masuk toilet dia jerit,

"ummi!!! moster ummi. kat shoes ummi."

melompat la maknye terkejut plus mak nya bukan nye berani sangatttt. maghrib-maghrib ni anokkk. mengundang amarah betul la anok. cakap kat dia,

" mana ade monster kakak. tak baik tau menipu"

"tuu. ade. daddy monster nak tangkap ummi."

astaghfirullahalazim. pegi pasang surah albaqarah dalam latop kuat-kuat. berani sikit. cakap kat dia,

"pegi la ajak monster masuk"

"monster tak nak masuk. dia nak dudu situ je"

monster tu memang dari awal cerita dok situ je. dok kat kasut. masa nak jalan-jalan tengok fish tu je monster tu gerak. bila husband balik kerja tanya dia lagi,

"monster ade lagi tak kakak?"

"tak dok doh. monster pegi work"

i dok meyakinkan diri sendiri. imaginasi dia je tu. imaginasi. budak dah boleh cakap mane nampak. menenangkan diri sendiri yang berani ni.

tapi husband pulak dok bercerita. anak bos dia umo 8-9 tahun tu nampak lagi.

"bieeeee!"

"alah. benda ni mana-mana pon ade. dia tak kacau nak takut buat ape. u tak nampak kan?"

senang la dia berkata-kata. yang dok bilik ni 24 jam ambo. yang dok bilik ni malam-malam ngan anak-anak dia balik lambat, ambo. yang dok sorang-sorang ngan anak bila dia pegi main badminton ke dinner ngan contractor ke, ambo.

tapi elpas-lepas tu memang dok pasang je sokmo surah albaqarah tu. dia dah tak sebut monster. sesekali i tanya,

"kakak, ade tak monster kat kasut ummi?

"monster pergi work macam walid kannn" (muka malas nak layan)

amboih...marah ke orang tanya.

tapi alhamdulillah la. tolong la kakak. bo la dok sebut benda pelik-pelik. ummi mung ni berani. tobak pong.
besar kan pokok ni. belakang bilik je.

kalau nak main sini, memang mak baca ayat kursi.

kat belakang tu bilik


sekian dari saya berimaginasi lebih

astaghfirullahalazim

8 comments:

cplud miera said...

assalam. hihi,seriau baca citer maryam ni. hehe

Azziah Nawawi said...

takut jugak. budak2 ni kadang2 nampak. tapi bnyk2 baca ayat kursi, insyallah takda apa2..

.Edi.Jie. said...

slm..tinggi nya imaginasi maryam...i pun serams jugek...tapi untuk u yang duk situ, mcm hubby u cakap..selagi dia tak kacau..anggap positif je la...huhhuhuhu

shiela said...

hihi..mmg seram

madihah manshor said...

besarnye pokokkkkk..huhuuu

Byzura Mj (By) said...

aku tgk gambar pokok tu sekali ibas...sekali tkejut ade budak. sekali maryam da -____-"

Rizziela said...

Buai laju2..sampai pucuk atap..
aku nak kawin..dengan anak raja

NORZATIHANANI said...

huaaa scary umi zara niii