Pages

Sunday, 17 November 2013

memuding

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum

macam makin malas je nak update blog. hehe sebab macam cerita sama je kan. food pon lebih kurang sama. sebab kekurangan bahan mentah. pastu boring dok tengok food sama, try beli food, anak tak makan, pastu masak bali. gitu jelah cerita dok berulang-ulang. tapi husband dah pesan awal-awal, dok sini banyak susah la sikit. jangan merungut. hehehe. mane ade merungut. hati manyak senang maaa

puding oat

agak terhad lah sebenarnya pilihan breakfast untuk fateemah. selain buah dia makan french toast. dia dah lepas dah ujian telur. dia boleh makan telur kalau telur tu dimasak sepenuhnya. pernah terkene telur raw, terkena  je, bukan makan, habis merah-merah gatal. so agak berhati-hati la nak kenalkan menu bertelur kat dia sebelum ni. tapi semenjak dok sini, sebab i masak sekali je dia ngan kakak, i malas nak asingkan telur putih ngan kuning. alhamdulillah dia ok. sampai lah suatu hari, pergi makan kat cafe order french toast telur tak letak garam (kene order asing sebab yang dah digoreng masin sedikit) dia naik merah-merah kat mulut. amuk gatal. bf kejap, lepas bf tu hilang dah. alhamdulillah. kene sebelum ni yang raw tu lagi teruk lah sebenarnya. tapi lepas tu tak berani lah nak bagi dia makan. french toast kat hotel telur dia tak betul-betul masak kut. sebab nak kekalkan kelembapan tu, kalau masak spenuhnya kita masak sendiri tu, kering dan kejung sedikitkan. makan mmg la kurang sedap, tapi tu lah selamat untuk dimakan. ke sebab faktor telur tu tak fresh? entahlah

yang pasti lepas-lepas tu mak masak sendiri la food breakfast fateemah. tak pon makan roti kosong ngan buah-buah je. tu ultimate kemalasan la. rajin sikit buat oat segera racik kurma/ kismis. ape-ape pon jalannnn. hehe

tapi sebenarnya at segera ni stok ummi, untuk ummi minum milo + oat dikala lapar dimalam hari. anak-anak i bagi rolled oat. tapi malas nak masak, so try la buat puding dengan kelengkapan serba kekurangan ni. alhamdulillah jadi. resepi asal pon mak dah tak ingat lama tak buat. resepi lama boleh tengok kat link sebelah tu. ni new version main belasah tapi texture fateemah ngan maryam suka. jadi ok le tewww

puding oat

4-5 sudu makan oat
 ( oat direndam dengan air dan sedikit perahan lemon seelok eloknya 12 jam. tapi i xsampai pon ;P)
sebiji telur
air(dalam secawan, tapi xpenuh)
3 biji kurma
7 biji kismis
sebiji buah tin

blend semua bahan.  letak dalam bekas tahan kukus, balut plastic wrap. kukus.

i takde pengukus, so i isi air dalam rice cooker. letak je cawan berisi oat ni dalam rice cooker tu. muat-muat je cawan tu dalam rice cooker. sebab rice cooker bersaiz comel. makesure air tu tak melimpahi cawan la. tutup ngan plastic wrap tak nak air dari penitup tu menitik masuk dalam. kukus dalam 15-20 minit sampai dia naik kembang macam muffin. bila sejuk dia kecut balik.

 sedia untuk dimakan. 

boleh gabungkan kurma, kismis buat tin sekali dalam satu puding. bagus lah. kurma ngan kismis senang nak bagi maryam ngan fateemah makan. buah ara/tin/fig kering ni kan dia keras sedikit. 

 dapat 2 cawan.satu breakfast fateemah, satu snek maryam. dia bukannya makan sangat breakfast, balik bilik kelaparan

 anak dara ummi

memang baya ni suka sangat meniru kan. kalau nak keluar pegi beranda kalau malas nak ambik tudung dalam almari, i pakai towel jer atas kepala. very the mok cik mok cik i know. tapi mak malasss.jadi suatu hari, dihari i pakai tudung proper datang sorang makcik berselubung selimut

'Mi, kakak pakai toddong mcm umi kua' 

sambil pakai selimut keluar g beranda. (skirt pendek :p). Dok kejap mai ckp, 

" alaaa.. Kakak mannass" (kakak panas) 

haha. Sape entah suruh pakai selimut kan. lain kali ambik towel. eh

 alhamdulillah la dikelilingin orang yang pemurah. rezeki anak anak

tapiiii bila sampai bilik, mak tengok tray. hurmm..saya tahu lemak-lemak ni akan masuk perut mana. besar jugak portion dia. ditambah dengan pries tambahan tu.maryam makan 1/4 dada je untuk lunch. pastu tak nak dah. fries ambik la seketul dua. konon nak bagi masa dia snek petang. nan ado dia nak. pastu masuk perut sapa? perut mak diaaa jugak. rezeki mak. kekeke ( gelak sambil kaver perut bergegar) -___-"

 dia happi disini. sungguh happy

petang hujan, jadi main air dalam bilik

 hasilnya. hehehe lepas isyak je terus pengsan. dah la sini isyak awal.

kenyang sebenarnya haritu sebab kene habiskan food maryam. food sendiri. tapi husband bawak balik nan dengan kambing goreng amir khan. kul 9 lebih kurang masa tu. hayya, ini olang aaa suka kasi bini gumuk. (padahal suka). mana boleh menghampakan tok laki. dia beli kene makan dengan wajah yang gembir. jadi makan la dengan gembira. tak sampai kul 10 dah tido. 

astaghfirullahalazim

0 comments: