Pages

Wednesday, 20 November 2013

mari kenal rumput

 bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum...

salah satu benda yang i suka sangat dok sini adalah sebab anak-anak boleh explore benda-benda outdoor ni lebih. duduk di kl, atas kayangan pulak tu, ape sangat lah depa ni boleh main kan. i pernah nak cuba letak fateemah atas rumput secoet area pool kat rumah nun, i belek-belek ade semut. tak jadi. so balik-balik air je lah dieorang main. hehe. pasir naseb baek ade pantai tiruan kat putrajaya nun.

pagi-pagi, kalau sape-sape jumpa maryam memang comot habis. hahaha. anak sape la ni kan? i boleh je nak bagi dia dok diam-diam pasang hi-5 ke, pasang la ape-ape vid kegemaran dia kat phone i ni. insyaallah dia boleh diam. tapi sementara ade depan mata ni, biarlah dia main sepuas-puasnya.

baru balik berlari dari padang belakang sana tu.

sebab tu i suka duduk kat gazebo hujung sana. i boleh tengok dia main kat padang tu, kat area cafe pon dekat. tapi panas kalau lambat keluar makan. kesian ummi ngan fateemah pulak tak selesa makan. hehe

setiap kali weekend, resort ni akan ramai orang. sebab ade je orang datang buat family day. ade sekali tu maryam siap join lagi game dieorang. anak sapa la tak malu tu. haha. selalu jugak la dia tengok orang menari ngan senaman kat padang tu beramai-ramai. kadang dia menari la sorang-sorang kat situ.


penat berlari dia datang la mintak air masak. makan semulut dua.

tapi fateemah jarang join explore alam ni sebab dia kene duduk ngan ummi. teman ummi makan. hehe

tapi dia suka la gelak-gelak tengok maryam berlari-lari. 

kawan dari korea


 kakak biasala gaya kene lebih

bagusnya fateemah ni, dia dok diam lama. hehe. kalau tak de benda ransangan dia memang akan dok statik je. melainkan ade benda yang dia tuju. memang laju.

so ummi kene bagi kemuncup bagi dia pegang.

 ouh..macam ni rasa kemuncup. geli-geli sedikit

 lepas boring ngan kemuncup tu, baru lah dia berusaha turun nak ambik kemuncup lain pulak.

 
turun sekejap, naik atas batu balik.


 ni letak dia atas rumput padang. luas sikit dia nak bergerak. 

tapi dia tak nak gerak. i pon tak de benda menarik kat tangan nak tarik perhatian dia. ade muffin je seketul. tak boleh. ummi nak makan.

 duduk sekejap, ummi pergi jauh sikit dari dia sebab nak suruh dia gerak dia nangis. 

langsung dia tak nak sentuh rumput tu. ataupon masa ni mood dia dah tak ok. ngantuk ke, nak susu ke. kita cuba lagi esok.

 
lunch semalam. macaroni dengan sup ayam

sup ayam semalam, sebelum i campak sayur-sayuran, i asingkan sedikit untuk difrozenkan. jadi harini kerja senang, panaskan balik, tambah air sedikit lagi, masukkan macaroni, bila dah lembut tambah sayur-sayuran.

memudahkan kerja =)


maryam ni sokmo beri kejutan kat ummi

i tahu dia kenal shape. masa dia start belajar mewarna dulu, i mula dengan shape-shape simple. lama-lama dia tengok dia boleh sebut. kat tv pon selalu ade kan shape ni. dia boleh ikut. kalau flash kad tu pon bila kita point dia boleh sebut. bentuk circle tu dia selalu la lukis dan sebut. tambah-tambah kalau buat muka, mata kan. walaupon tak bulat mana. haha

semalam dia melukis dia tunjuk kat ummi yang kuning tu circle, coklat tu, square, yang biru tu triangle. walaupon tak cukup lagi satu sisi. tapi dia dah dapat dah idea tu kan. alhamdulillah. ummi tak tahu kakak pandai lukis. lepas tu ummi suruh dia lukis bentuk love. sebab tu pon shape dia suka jugak. dia lukis, tapi tak nampak bentuk love langsung. hihihihihi. tak ape kakak. ummi meme sokmo bangga dengan kakak. tak your time. banyak lagi masa nak belajar =)

astaghfirullahalazim

5 comments:

mama leen said...

bestnya.. ni resort kat mana..

dhiera said...

amboi.. nakal mariam.
anak kawan korea sis ni sangat comel! geram je tengok!

salam perkenalan sis

sarah said...

suka la blh explore mcm2..

Cik Puan Rara said...

amboi.kwn koreaaa~ kemahennn kan.

didoTaz said...

btw,my son pun akan react mcm tu kalo bubuh kt rumput...kalo kite bubuh die kt atas rumput, mmg statikla die berdiri kt situ...samelah jgk kalo bubuh kt karpet kaler hijau...