Pages

Wednesday, 13 November 2013

budak susah makan

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum..

alhamdulillah dah 10 hari dah dok beringgis ni. maryam pon dah cakap bilik ni rumah dia. bila housekeeper datang bersihkan mesti nak golek-golek atas katil cakap "woww... cantik rumah kakak" huhu

semenjak dua menjak ni, budak ni senang makan. 

mungkin tgh growth spurt kut. menyusu pon banyak. malam sedar banyak kali. jadi sekarang budak ni adalah budak senang makan. masak la ape pon. jalannnn

budak ni yang susah

pagi-pagi bila bangun tido cakap nak pergi makan tu beria macam lapar sangat. mengorder pon beria. bila makan semulut dua je. pastu ratah lauk kalau ade lauk yang kene dengan selera dia.

2-3 hari lepas mak malas nak masak. masak untuk fateemah jer. malam-malam walid bawak makan kat luar. kalau dia kerja beli jelah kat hotel ni. susahhhh sangat nak makan budak ni kalau makan kat luar. kalau tapau makan kat bilik insyaallah lah boleh dipujuk tapi tu pon tak laju sangat la. 2-3 suap.

sampai lah kelmarin, breakfast dia makan ratah ayam, tengahari i tapau nasi goreng dia tak nak makan sesuap pon. pastu order fish and chip, dia makan la ikan separuh, pastu tak nak.petang pon makan sikit. pastu dok makan roti. pastu malam tu dia cakap dia sakit perut nak susu sebelum dia tido tu. tak tau la betul-betul sakit perut ke saja dia buat alasan sebab nak susu. budak ni bleh tahan jugak lakonan. kalau tak nak makan tu dia cakap sakit perut jugak. kadang sakit mulut.

jadi semalam nak tak nak ummi masak la

mac and cheese adik

 
 mac and cheese kakak

bahan dia sangat la simple ape yang ade je la kan.

garlic
bawang holland
isi ayam
macaroni
cheddar cheese
brokoli

tumis garlic dan bawang holland dengan pure olive oil. bila wangi masukkan isi ayam, masak sampai masak, masukkan air, macaroni, dan cheese. bila macaroni masak masukkan brokoli, masak sampai kuah pekat sikit

*boleh tambah lada hitam sikit kalau nak. biasa i letak, tapi sini xdok pulok. huhu

untuk adik, xyah dah tambah pape. untuk kakak, kalau perlu tambah la garam sikit.



 makan kat luar sambil tengok bird, butterfly.

banyakkkk la sangat dia makan. balas dendam ke ape entah. adik pon sama. nak jugak ummi masak biar simple pong.






ni dok mengail la konon nya ni. banyakkk dia dapat ikan. dah la ummi kene paksa makan ikan mentah-mentah. soh masak tak nak. siang pon yak ;P

astaghfirullahalazim..

2 comments:

Cik Puan Rara said...

hehehehehe mcm mcm kerenah anak ye.hehe.anak sy pon lately suka sgt spegetti.macaroni.nt nk buat mac n cheese gak.hehe

Nadia said...

teeeeeeeeeeeeemmmmm!!! n kakak amboii..makin cantik lah. dah anak dara sangat!