Pages

Monday, 11 November 2013

baju nursing calomera

assalamualaikum....

ni cik fateemah yang baru habis menyusu

masa issue nip dulu (nursing in public) orang cakap tak perlu pon nip ni sebab kalau anak nak susu pergila nursing room. macam la semua tempat ade nursing room kan. ni tengah i tengah makan breakfast sambil tunggu maryam main sand. pagi-pagi ni memang masa fateemah kejap-kejap nyusu kejap-kejap nyusu. pilih duduk gazebo pon sebab senang nak susukan dia bila-bila masa. terlindung sedikit. tapi still la ade orang lalu lalang kadang-kadang. so kene la pandai-pandai cover jugak. baju nursing adalah wajib dipakai sekarang bila nak keluar.

masa maryam dulu senang. pakai nursing cover. fateemah ni dia rimas ngan nursing cover. dok selak-selak. jadi penyelesaian nya pakai baju nursing. pakai tudung labuh. bagus fateemah suruh ummi labuhkan tudung sebenarnya. huhu

tapi nursing cover tetap benda yang wajib ada dalam handbag. i akan guna kalau kalau open sangat walaupon bergelut la ngan fateemah. ia dipanggil double protection. huhu

jadi sekarang ni kalau nak beli baju, kene pilih baju yang nursing friendly. kalau tak saja la tu menyusahkan diri.sekarang adalah kegilaan memakai dress. tengah mengumpul dress. sedap pakai dress. pakai dress lagilah kene cari yang nursing friendly. takkan nak selak dikhalayak ramai. >..<

ni baju mak jahit sendiri. jubah nursing A-cut

komen husband bila i pakai baju ni dia cakap baguslah menutup aurat. terlindung lemak-lemak berlebihan. =P

tapi memang selesa. dan senang je nak nursing. macam dalam gambar ni pon, fateemah nak susu masa dalam dewan. walaupon dah susukan kenyang-kenyang sebelum masuk. meja i makan tu ade jugak lelaki. suami kawan. pandang arah lain, dan susukan fateemah. tips nak nip kene cool macam takde ape pon berlaku. make sure semua tercover. peluk anak kemas-kemas jangan bergerak sangat. memang takde orang perasan pon sebenarnya anda tengah nip. tapi kalau ade orang perasan pon takde masalah sebab kita tengah bagi anak makan je pon. yang penting ape yang perlu dikaver, terkaver.

tu cerita di kl dikala tiada laki, jadi ademasa lebih boleh la nak menjahit bagai. sekarang kat sini ade jugak masa lebih. tapi mesin jahit nya enggak ade. huhu

haritu kawan i jemput tengok fb page dia. so click lah memberi sokongan kepada kawan-kawan. bila tengok. wahhhh

 ini yang mula-mula mencuri perhatian

 dia jubah
dia A-cut
dia kuning
dan dia jubah nursing

ehem *jeling tok laki*

semua baju yang dijual adalah baju nursing. bagus. untuk memudahkan ibu-ibu nak menyusu sambil cover ape yang sepatut di cover.


bila i tengok baju ni, terpikir kalau along tengok mesti dia cakap " ore napok dio sangat kat baju ni"

suka design macam ni. simple je. i suka baju kosong pon dari yang bercorak-corak. kaler tu memang kaler mak. purple.

banyak lagi pilihan warna di SINI

ehem *jeling lagi*

suka jugak kaftan ni. sebab dia labuh sampai ke pergelangan tangan kan. biasa kaften tang dijual mesti 3/4 lengan je. kaler-kaler dia pon menarik. sebenarnya i suka jugak kaler cream dia. warna dia memang cantik-cantik. dan yang penting material dia tak jarang. memang idok la mak nak pakai berlapis-lapis. rimas.

pilihan kaler di SINI

ni pon suka

kalau rasa nak ceria bersama anak-anak. pakai skirt kaler pastel.

banyak lagi la baju-baju nursing yang cantik design nya, menarik kaler nya, guna material yang berkualiti, dengan harga mampu milik. design dia bukan design biasa yang selambak dipasaran dan sesuai untuk pakai ke tempat kerja ataupon bersantai-santai. 

boleh click FB page CALOMERA ni untuk usha design-design lain

boleh seach calomera di instagram jugak

ia adalah butik online milik orang melayu islam yang kecik molek comei lagi baik hati. 

selamat menjamu mata!

6 comments:

~lalala~ said...

alamak dah terkena racun! tidaaaak!
tapi seriously, takut gilak nak NIP ni. aha. belom ada pengalaman, tapi kalo boleh nak sangat2 NIP tanpa perasaan. hehe

Nieza said...

memang..i skrg dah puasa dari beli baju selain nursing.. i prefer beli yang nursing..masa nk kuar ngn baby senang..

Mixed-family in da house.... said...

cantikk....jom klik!

Byzura Mj (By) said...

jahit sendiri? Nak tengok bahagian dada tu magh! Boleh?

Alyyani Anuar said...

cantik! tq bagi link.

Zaila Mohamad said...

comey2nya baju..akak sekalo paka jubah buko jenis nursing pon, time mat azzam nk neneng gak selok sampai atas..haha tp kn make suelah pakai seluar kalu dok gak....

apa kata farah jahit lebih jual pula..boleh buat biz..hahaha (maklumlah aku kan otak biz)