Pages

Sunday, 24 November 2013

3 minggu


 bismillahirrahmanirrahim....assalamualaikum,

dah genap 3 minggu dah dok kat resort ni. alhamdulillah, masih lagi selesa dok disini. semakin mesra dengan house keeper. =P hehe. sapa lagi mak nak borak hari-hari kan. setakat ni keluar malam je bila husband balik kerja. pergi putatan. semalam pergi kk sekejap. sekjap je la meround sebab ikut bos dia ade hal. mak dok dalam kereta je.

 
pokok mengkudu

lebat buah dia. banyak yang dah nak masak dah pon. rase je nak ambik blend ngan epal buat smoothies. tapi nak mintak ngan sape. huhu

 
anak-anak sebelum pegi breakfast. bagus la semua habag besar. terlindung lelemak ummi

lepas breakfast biasa jalan-jalan pantai, tapi semalam g main buaian.

 baru perasan buaian ni setelah 3 minggu boleh? padahal belakang bilik je ni

 berpeluh-peluh main

 
ni housekeeper datang kemas bilik. malas nak mengganggu dieorang buat kerja. keluar bilik ambik angin. kakak dok merengek gatal la sakit la. tanda-tanda dia mengntuk macam tu la. nak suruh orang garu-garu urut-urut, gosok-gosok. sampai la dia tido. manja kededek anok sulung ni, adik rilek je

 
nasi goreng kampung untuk adik, nasi goreng tuna untuk kakak

beras perang dah habis. haritu pergi beli beras kat pasaraya survey beras perang ecobrown gold je ade. dia ade tambahan beras hitam macam nasi dagang ke pulut hitam tu. bila masak jadi colour purple. omei omei

i blend bawang putih dengan bawang merah. blend kering. pastu tumis bawang skali ngan serbuk ikan bilis disangai sampai wangi n garing, masukkan sayur. bila sayur lembut asingkan. untuk fateemah terus tambah nasi. done! 

untuk maryam. tambah tuna lagi, pastu baru tambah nasi. siap!

makan ngan telur mata. 

nasi goreng ummi jauhhhh lagi sedap dari nasi goreng beringgis ni. hahaha. maryam tak nak nasi goreng kat beringgis ni. ummi masak ni makan bertambah2. sentap tak chef beringgis? =P

adik pulak kalau nasi tak berapa nak laju makan. makan pon tak banyak sangat. kalau pasta kejap je habis

 sejak datang sini susu merudum. tak tahu la pasai apa. nak kata stress, nawok la stress. nak kata tak cukup makan, perut dah macam wanita mengandung. belakang pulak mencucuk-cucuk. hasil pagi-pagi dok tawaf hotel bawak beban 11-12 kilo kut. dua sessi plak tu tawaf. pagi ngan petang. ditambah plak tim sekarang ni kerap sangat bangun menyusu malam. biasa dia jenis tido sepanjang malam. sekarang dah ambik perangai kakak dah. lenguh pinggang mak.

so semalam husband ajak keluar g makan kambing i on sajor walaupon bos ngan ofidmet dia ade sekali. kambing biasa milk booster. datang sini makan kambing je meriah sikit. tu pon sikit jela. bila dah keluat ade orang lain, i pon malu la nak ambik gambar. haha. so tiada bukti makan kat amir khan lagiii. soh husband ambik sekeping, tak lepas piawaian. -___-" memang selalu mcm tu la kalau dia ambik gambar

so upload gamba sebelum keluar.

gambar ni pon tak focus sebab husband dah bising dah lambat pon nak bergambar lagi. hehe
 


1 comments:

Raieza Hanim R said...

Magh aku kagum la. Camne kau masak ni? Pakai rice cooker ke? Cuba cerita kat aku bleh aku ada idea kalau travel ke apa nanti