Pages

Monday, 28 October 2013

nasi air dua beradik

assalamualaikum...

sekarang ni i sendiri pon tak ingat ape last post kat blog sendiri. boleh update blog seminggu sekali tu dah kira hebat lah sekarang. hehe. ni cerita bila entah. daging korban tak habis-habis lagi. buat kan sup untuk adik beradik dua orang tu (ummi sekali lah kira). pastu masak nasi lembik. jadilah nasi air. makan sama-sama suap serentak baru laju sikit dieorang ni makan. laju bagi istilah fateemah 4-5 suap lah. hehe. asalkan makan dik. 4-5 suap pon takpalah.=)

mak tak boleh tahan kalau fateemah buat muka macam ni. adikkkkkkkk~~~
 
beratur tunggu kene suap. hehe

juruh kakak korek hidung -___-"

 
hah! lesek mano tu?

ade sape-sape nak buat menantu? hahahaha


 nasi air adik

sup daging dengan carrot, tomato dan brokoli dan nasi beras perang lembik

nasi air kakak dan adik

sekarang nak cepat, kebanyakan masa akan masak menu yang semua orang boleh makan, cuma adik tak letak garam lah. maryam makan sama je ngan orang besar makan dah sekarang. so untuk sup daging fateemah ni, buat macam sup biasa cuma lepas tu asingkan untuk dia periuk lain.

1. daging dihiris , rebus sehingga empuk.
2. tumis dalam kuali asing dengan menggunakan pure olive oil, tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah sup bunjut sampai wangi. masukkan bahan tumis kedalam periuk daging yang direbus empuk tadi.
3. campak carrot dan celeri.
4. lepas carrot lembut, asingkan sedikit kuah, daging dan carrot ke dalam periuk lain. cincang daging rebus sampai halus. masukkan tomato cancang, brokoli. tunggu masak, done lauk adik punya.
5. lauk kakak dan ummi pon campak-campak sayur. perisakan dengan garam dan asam limau. siap dah jugak.
6. makan lah ngan nasi lembik.

siap lah meal yang semua peringkat boleh makan. =)

1 comments:

Ismaria Dean said...

Saya nak Tanya rempah sup bunjot mcm mana eh? Mcm bunjot biasa or dia nye rempah?