Pages

Monday, 21 October 2013

main pasir

assalamualaikum...


fateemah sayang ummi. dah 10 bulan dah hari ni. masih maintain bulat. haha

ummi mintak maaflah fateemah. ummi tak banyak bercerita pasal perkembangan adik. anak sorang dulu pon ummi tak tiap-tiap bulan update perkembangan, anak dua ni lagi lah malas dik. hahaha. yang pasti adik berkembang pesat. alhamdulillah. =P

dengan pesatnya perkembangan adik ni, orang selalu tanya ummi, ummi bagi adik makan ape?

ummi bagi adik makan macam-macam dik. yang adik dah boleh makan lah. tapi adik yang tak nak makan. susah nak makan. macam kakak jugak. hai yayayaya. tapi alhamdulillah lah. seminggu dua ni nak la jugak makan 4-5 suap. tapi alhamdulillah, setiap kali check up. berat adik doctor kata cantik je dalam graf. berkat lemak ummi yang mengalir ke badan mu la kut. tapi awat lah lemak ummi masih banyak ni?

walaupon perkembangan fizikal adik berkembang pesat, tapi perkembangan lain takdalah berbeza sangat ngan kakak. sekarang adik dah boleh berdiri. merangkak dah laju. dengan syarat jangan nampak ummi. nampak ummi terus lembik tak nak gerak suruh ummi angkat. yer dik, alhamdulillah. ummi dikurniakan dua anak yang manja kededek. haha. tak banyak beza pon kededekan kamu dengan kakak dulu. 

dari zaman kak maryam sampai lah adik baby carrier lah yang menjadi penyelamat keadaan. dah asyik nak bertempek je, terpaksa la ummi dukung sambil buat kerja rumah. bezanya kakak dulu carrier murah sikit. carrier kamu mahal sikit. alhamdulillah lah rezeki kamu boleh duduk atas carrier selesa sikit. tapi pendukung nya sama je dik. ummi. sakit pinggang ummi dik hehehe. tapi takpa lah. selagi nak berpek tu, bertempek lah. besar bila dah tak nak bertempek ngan ummi, ummi rindu.
 
kamu ni kelakar dik. selalu buat aksi menggelikan hati. banyak bunyi jugak dan baby yang ceria. suka senyum (sengih sepet) . kebanyakan hari, kamu akan start hari dengan senyuman sepet. bangun-bangun tido tunjuk sengihan sepet. bahagiakan semua orang. bagus dik, teruskan sampai adik besar.

gapo lagi eh, haaaa. lepas anak dua ni, kalau walid ada kebanyakan tugas berkaitan dengan kakak walid uruskan. berkaitan ngan adik, ummi uruskan. masa anak sorang dulu, bergilir-gilir (tapi banyak ummi laaa of cosss *ehem*) tapi kakak kamu tu tetappp jadi manja walid. so ummi ingat bila kamu ni lagi banyak ummi uruskan, ingatkan kamu ni manja ummi. rupanya bila ade walid manja walid jugok. sampai hati anok-anok. cari ummi bila nak susu je kalau walid ade.


dah 10 bulan dah dik! lagi 2 bulan nak setahun. 

kakak maryam pon dah 2 tahun 10 bulan. lagi 2 bulan nak 3 tahun.

budak niiiii sangattt lah cakap banyak. haha. cakap banyak masa biasa-biasa tu mak suka jugak lah melayan. tapi bila orang suruh makan, mandi, gosok gigi dia sibuk nak buat cerita sebab tak nak buat ape yang orang suruh. 

alhamdulillah anak yang bijak. tapi masih lagi anak yang tak nak ikut kalau ummi ajar. dia pandai semua benda dari tv dan pemerhatian dia jer. kalau kita suruh dia buat. jangan haraplah. orang lain ajar rasanya dia ikut jer. walid ajar pon dia ikut jer ikut mood. kalau ummi jangan haraplah. why anakk...whyy..???

kalau masa kecik-kecik ummi selalu pening ape lah nak masak untuk dia ni. susaaaahhh sangat nak makan. sekarang, bila dah besar. ape saja ummi suap. dia makan. petai, budu, tempoyak, semua dia makan. alhamdulillah. setakat ni tak memilih. tapi lagi laju kalau makan nasi lah. tekak melayu. macam walid.

semalam kami 3 beranak dan juga along dan rayyan menghabiskan sisa-sisa weekend di pantai buatan kat putrajaya. kesian maryam, dah lama sangat dah sebenarnya dia mintak nak main sand. asyik tertangguh-tangguh nak pergi pantai. so bawak lah pergi pantai tiruan dulu. yang penting ade pasir. gembira la beliau. 
 

 fateemah tak geli pasir. tapi sibuk la nak makan pasir. ummi tak bagi awak makan ye dik?


 kesayangan saya. kakak saya yang kuat.


 amboi eksyen lebih. hahaha. 










rayyan ngan maryam tersangat lah happy bermain. sampai tak nak balik.

lagi happy dari pergi playground rasanya. bosan dah asyik pegi playground jer. nanti kita pergi lagi ok~

7 comments:

Zaila Mohamad said...

samolah farah weh, perangai anak-anak kita ni semua sama..bila demo ni menginjak koho besar lagi mencabar..Haziq nga Husna tu kade2 buat kak ila nangih soghe..ya Allah susahnya nak didik anak-anak ni, buke sene supo ustaz oyak..kalu takdok kesabaran gak memey hari2 sero seorang ibu yang jahat..bakpe eh gapo hok kita suruh demo mesti nak lawan (padahal itu yang terbaik untuk diorang)

takpolah, masa kito kecik dulu pom berehi lawe mok jugak (k.ila lah) loni baru tahu..kuang kuang kuang..pade mukakuuuuu

Rose Azadir said...

tembamnyer si kecik tu...anyway...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

Nadia said...

teem cembammmmm~~~

Mommy_Cha said...

salam im mommycha :)
best tengok anak main pasir kat pullman tu.
tetibe terus dpt idea nak bwk situ jugak.
hehehehe.
comel betul si adik.
tembam nyer lahai :)
neway salam kenal yek!

Mommy_Cha said...

salam im mommycha :)
best tengok anak main pasir kat pullman tu.
tetibe terus dpt idea nak bwk situ jugak.
hehehehe.
comel betul si adik.
tembam nyer lahai :)
neway salam kenal yek!

Cik Puan Rara said...

Allah fateemah.knp bambam sgt.

Mama LiaSyaAme said...

Hehehe awat ramai sangat pengantin photobomb gambar
Mesti tempat ni best utk ambik gambor nganten kan?
XOXO Kak Fay

My latest posting : No Salt & Sugar for below 2 years old