Pages

Tuesday, 29 October 2013

cerita sabtu

jahak dok? 

pavlova by Dr. munie

assalamualaikummm...

bukak-bukak jer gambar pavlova kan..haha. berdosa gila pavlova ni. ni pavlova yang paling sedap yang pernah di try. kalah pavlova serai. dah berpuluh-puluh kali (ok tipu la puluh, belas jelah kut) makan pavlova ni rasa tak pernah muak dan xpernah cukup sedap dia tak manis sangat, kemanisan dia tu cukup-cukup dengan kerangupan sampai kedalam, buah -buah beri yang tak kedekut dan cream yang sedapppp. sebab tak pernah cukup kali ni mak beli sebijik. hahaha. hadap sampai puas hati. buruk perangai kan? 

tu pon tak puas sebenarnya. sampai laki mak cakap mak merandung. -____-"

dengan lambakan orang berniaga sekarang sebab senang nak berniaga sekarangkan kan upload jer gambar mengiurkankat fb ngan instagram pastu jual. maka ramai lah orang yang bakat membaking suam-suam susu pon sibuk nak menjual jugak. bila kita order huk alohhhh kita buat lagi sedap macam ni kan. tapi dr munie ni i boleh jamin dia jual ape yang dia terer buat je. dah lama dia prektis buat pavlova ni, sampai sekarang tutup mata pon bleh buat barulah dia jual, dan dia ramai food tester nak jadi pengkritik. kekeke. so kalau nk mencuba pavlova ni dan lasagna sedap boleh contact dia. kat link fb kat atas. serius tak menyesal.

sabtu lepas di kedai kak mah selera pantai timur kut nama dia.

memang the best nasi belauk lauk ikang. nasi lain sedap tapi nasi belauk lauk ikang tersedap ah. hehe

plan nak breakfast dengan girlfriengsss tapi ni je yang berkelapangan. girlfreng lain banyak komitmeng. hehehe. kerinduan rauhah yang jauh nun di kerteh. kalau rauhah ade di kl mak rauhah on je bila-bila masa nak ketemu. 

masing-masing mengorde sambil tapau dengan dessert segala pastu bila datang bila terkejut. hahaha. takdelah mahal pon sebenarnya, tapi sebab mak tak pernah bayar sendiri makan. biasa husband yang bayarkan. bila semua bayar sendiri ni baru lah rasa. cepat nya duit mengering. =P 

tapi walaupon kat kak mah ni dah makan nasi belauk, makan pengat tapai ubi, curi makan pulut pagi, curi makan laksam, i still boleh menelan 2 hirisan pavlova. hahaha. mau tips susu badan melimpah ruah? tiru macam sayaaaa. lemak pon melimpah ruah. =P

keriangan peryt tak habis disitu. ade lagi siri-siri kegembiraan selepas itu. tapi yang paling penting haritu kegembiraan anak-anak. suka bila anak-anak gembira kan? hehehe








ni bergembira sambil dapat ice cream free. 

dalam gambar ni obviously bukan anak-anak je gembira. mak anak pon. hahaha. balik tu ambik rayyan ngan along pastu keluar lagi. pagi along ngan rayyan tak ikut sebab rayyan demam. lepas tu sihat walafiat dah. maka bergembira lah anak-anak dari pagi sampai malam.

maryam kebanyakan gambar dia nampak happy je kan. sampai orang komen maryam ni happy sokmo. happy sokmo la sangat! hahaha. dia budak yang sangat perlu dijaga moodnya. cukup makan, cukup minum, cukup kasih sayang, happy lah dia. tak cukup sikit salah satu dari 3 tu berdrama la dia. and my girlfriengs memang tahu melayan mood dia. so kalau keluar ngan dieorang sepanjang hari pon takpa. tak risau sangat. mak boleh rilek. anak-anak mengendeng dengan diaorang je. =)






0 comments: