Pages

Thursday, 19 September 2013

masuk gear 1

assalamualaikum....

wahh..merujuk kepada entry sebelum ni, alhamdulillah. masih ade yang rindu. hehehe terima kasih  kawan-kawan. anak-anak dah tidur, perut mak kelaparan. so kita menaip sambil minum ayaq milo bersama oat.

kesihatan diri 2-3 hari ni tak begitu mengizinkan. lepas satu-satu. mak cik ni umur ja muda ha. macam orang tua dah badan ni haaa. alhamdulillah. semoga kurang la sedikit dosa yang menimbun ini. ade hikmah nya sakit ni. tapi sebab terlalu awal, hikmah tu lain hari kita cerita. bukan pregnant ya. (spekulasi ini memang selalu timbul. baik mak tamatkan awal-awal sebelum dia bermula)
 
nak jaga budak-budak ni, badan kene la sihat dan kuat sentiasa. emosi pon kene sihat. badan tak sihat, dok terperuk dalam rumah buat i makin tak sihat. mari lah kita turun berjalan-jalan anak. ambik udara segar sedikit (walaupon sebenarnya udara tercemar) ummi nak tengok orang selain kamu-kamu.

fateemah yang happy sokmo. 

sebab masa kecik dia asyik tidooooo je, sekarang susah sangat nak tido dia. nap pon macam kene paksa. nak mengintai je kakak dia buat ape. 

sambil suap anak-anak dinner. tukar persekitaran.

 maryam yang sibuk nak berkawan. orang tak nak kawan dengan dia pon. hahaha

kesian. =P



last-last kene tinggal main sorang-sorang. 

naseb baiklah senang ajak naik. malas turun bawah ni sebab nanti bila nak balik berdrama. tak nak balik. hari ni senang palk pujuk. kalau tak jenuh lah nak kene dukung dua-dua orang.

maryam memang tak makan saman. kalau dia nak tu cakap la camane , pujuk camane pon. dia naaakkk jugak. susah nak alih perhatian dia ke benda lain. tapi i perasan dua , tiga hari ni. eh bukan dua-tiga hari la, seminggu dua ni dia semakin senang dipujuk. dah besar dah kut kan. nak masuk 3 tahun dah maryam ni. kalau ade rezeki tahun depan boleh sekolah dah. tapi pakai lampin lagi. hehehe. camano ni kakak?

1 comments:

MoK NaNiE said...

maryam n fateemah semakin comelllllllll.....