Pages

Wednesday, 24 July 2013

bad mom moments


i ade berjuta-juta gambar anak-anak tido. i suka tengok anak-anak tido. ade satu perasaan yang tak tergambar bila tengok anak-anak tido. perasaan lain kalau anak tido dalam kegembiraan. perasaan tu lain kalau anak-anak tido sebelum tu kene marah. walaupon sebelum tido tu dah bermaaf-maafan. dan berpeluk-pelukan. 

bila anak-anak besar nanti, i nak jadi sahabat baik kepada anak-anak. nak jadi contoh yang baik kepada nak-anak. nak jadi idola mereka. nak jadi orang yang akan mereka cari bila dalam kegembiraan ataupon kesedihan. dengan ummi yang semalam, i tak rasa anak-anak akan anggap i begitu. 

semalam hari tertarzan dan ternaga. tak tahu lah kenapa. maryam ni menguji kesabaran sangat 2-3 hari ni. eh. i tahu kenapa. sebab dia nak perhatian. bila dia nak perhatian i sepatut nya bagi perhatian. ni dok marah lagi. lagi la dia buat perangai. maryam ni anak manja walid. dah 2 minggu kan tak jumpa walid. dia rindu la tu. masa minggu pertama dia ok. yelah. sebelum-sebelum ni bukan walid tak pernah tinggal. tapi paling lama pon seminggu jer. so mungkin dia expect minggu ni walid dah ade. tapi walid tak jugak balik-balik. so masuk minggu ke dua ni macam-macam lahai.

rumah ade anak kecik jangan cakap lah nak bersih bersinar-sinar sokmo. mungkin lah ade. tapi bukan rumah i lah. rumah ni permainan dia ade segenap ruang. i akan kutip sekali sehari jer bila nak vacuum dan mop lantai. lepas -lepas tu memang bertaburan. kalau dia happy mainan dia bertaburan begitu biarlah. ummi boleh tutup mata. ummi happy bila anak happy.

i mop dan vacuum lantai hari-hari sebelum ade anak lagi. sebab walid dia memang sensitive bab lantai. so bila ade anak i tak kisah pon kene mop lantai sebab dia tumpah kan jus atau susu yang dia minum. i tak kisah pon vacuum habuk-habuk biskut yang merata-rata bila dia makan sambil bermain. i tak kisah pon lap sisa makanan melekit-lekit lepas dia makan. budak kan, tak sepah tak budak la.

tapi kalau tu betul sisa dari dia makan la. kalau dia makan bubur pastu dia sembur macam tengah gosok gigi habis semua kerusi lantai tikar. klau dia makan buah dia saja lenyek-lenyek atas carpet air dar buah yang dia lenyek tu dia g sapu kat dinding pulak buat 'hi 5' dia cakap. kalau dia minum susu bersepah satu meja solek. nak kene basuh benda atas meja solek tu lagi. pastu bagi minum kat luar dia g sembur dan tumpahkan dan siap berenang lagi. pastu jalan merta-rata penuh tapak kaki belengas disegenap ruang. amarah lah omak nye.

kita tinggal dia skejap je sebenarnya nak sembahyang ke, nak mandikan adik, nak susukan adik. pastu tengok dia buat project cepat-cepat sebab nak selesaikan project sebanyak yang boleh biar ummi ni marah semarah yang boleh. i memang tengok dia berusaha laju-laju tempek tangan dia kat dinding tu sebanyak tempat yang mungkin. sebab lagi sepah lagi ummi marah. itu yang kita nak. ummi marah!

adoi anak. bukan awok jer tak cukup kasih sayang ni. ummi pon tak cukup kasih sayang ni. kalau cukup kasih sayang mungkin kurang lah sikit baran nya ni. tapi dah selamat dah lah menaga. tapi lepas menaga baru i tahu, bubur lambuk yang dia main sembur-sembur tu rupanya pedas. lepas bukak puasa la baru tahu kan. pastu fresh milk yang i bagi dia minum tu rupanya masam. patut la dia tak nak minum. bukak botol lain yang baru pon masam jugak. rupanya memang susu tu rosak sebelum bukak lagi. alahai. kesian anak.

main-main dengan buah tu memang perangai dia kalau kenyang. salah ummi la bagi banyak sebenarnya.

so sebenarnya bukan salah maryam pon disini. ummi nak expect awak terus berperangai macam orang besar, bila sekali cakap terus dengar susah la kan. sori lah kakak.

so hari ni mari kita bukak buku baru nak? jangan difikir kan sangat pasal tak cukup kasih sayang ni. rindu-rinduan pon malam-malam kan kita cakap jer ngan walid. walid ade kat kl pon dia kerja jugak siang hari. kadang-kadang malam tu ummi layan awak sorang je bila walid g main badminton ke, keluar melepak ke. boleh jer ummi sabar tak menaga walaupon penat. so mari kita buang perasaan tak cukup kasih sayang dan kepenatan  ni. mind set jah ni. 

jom kakak kita bekerjasama. mana tahu walid balik nanti kakak dapat dapur mainan yang ummi nak tu. ke slide yang ummi nak tu (mainan kakak kenapa ummi yang nak?). mana tahu ummi dapat gelang baru barang seutas dua. kalau tak gelang cincin pon takpa. kan kakak?? *ehem*

11 comments:

DiilaNordin said...

huhu like =)

Mixed-family in da house.... said...

hihihihi...suko lah entry nih...sebab segho po luahan hati sendiri hok tok terluoh....huhuhuhu

hayati hashim said...

Sian kakak.
sian adik.
sian umi.

walid pun kesian jugak..



LiTtLe^m3 said...

huh.... cabarannya jadi ibu... farah.. lagi takut i nak ada anak sendiri... sekarang ni balik kerja ikut dan suka je nak mandi dulu ke nak makan dulu ke nak tidur dulu ke... kalau ada anak?? wahhhh cuakssss

Ayumieka said...

Perasaan yang sama dialami oleh semua mak/ibu/mama/umi apabila termarah anak dia... :( sangat sedih dan sayu + menyesal

ciksuen said...

selalu jugak terlepas marah2 sufi :(

shark said...

bagitulah hidup..
indah semata..tiada cabaran nya..
positif saja lah yg terbaik..
i doakan yg terbaik utk u..
semoga baik2 saja emosi kamu hari ni :)

Ribbon Circus said...

walid stop main badmintaon!!! :P :P

akak malam mmg lepas seme ke husband sbb mmg dia rindu kat anak dia.. so baguslah.. ni pun husband akak takde 2 minggu..so sama2 lah kita bertabah.. :)

ctee aton said...

suka dgn blog ni...banyak resepi untuk kanak2..sesuai utntuk saya yang pening nak masak apa.

Artikel yang menarik untuk di baca. Mohon share bersama di blog saya. Jemput singgah di www.esihat.com

Saya berminat exchange link dgn blog saudari. Jika berminat boleh emel saya di cteeaton@gmail.com

Awek Sakti yang Chumel..... said...

Salam.... suker sy baca blog awk... sebab my hubby pun outsation gak.... di obersea.. hukhukhuk... bila tgk time management awk tu hampir sama macam sy... huhuhuhu hubby balik terus.... pack2 and holiday... huhuhuhuhu

Fifi Nadhrah said...

kakak sangat cerdik!~

moge kite same2 dapat jadi ibu yang terbaik untuk anak2.. dikurniakan kesabaran yang tinggi.. amin..