Pages

Monday, 22 July 2013

27

i sebenarnya dilahirkan dalam family yang tak menyambut sangat pon birthday. bila dah besar-besar ni lah baru sambut pon. kalau lah sambut pon beli kek sebiji potong makan ramai-ramai kat rumah. tapi tu dah besar lah. berlaku kat adik-adik jer. birthday i macam tak ingat pon pernah dicelebrate. huhu

oleh yang demikian. birthday adalah hari usia makin bertambah jer pon. yang cutenya macam biasalah, mak saya memang tak pernah gagal tak inagt birthday saya. haha. pagi esoknya dia call,

mak: ayah (panggilan manja gue kat rumah), abah post dah barang kak long tadi. kuih tepung gomok ayah skali.

anak : ouh. yoko. terima kasih. mok, marin birthday ore.

mak: lah. yoko. mok tok ingat. marin 17 haribule ko?

anak: bithday ayah 16 la mokkkk

mak: hehe. ya allah. astaghfirullahalazim. mok tukar sokmo.  tak polah gitu gak. tepung gomok tu kiro hadioh birthday lah

hahahah. comel kan. bukan setakat tak ingat tariikh. dia memang selalu tertukar 17 ke 16. kalau zaman tak cukup kasih sayang dulu, dah merajuk dah. hahaha. tapi sekarang boleh gelak-gelak jer. begitu la mak saya. =) terima kasih sebab lahirkan saya di dunia ni. kalau tanya abah saya lagiiiii lah. walaubagaimana pon, terima kasih kerana membesar dan mendidik saya dengan penuh kasih sayang.

i pon dont expect orang wish birthday sebab birthday orang pon i tak ingat. haha. mak memang gagal bab-bab ni. kat fb pon tak letak tarikh sebab malas nak balas 'tq' bila orang wish. bajet retissss sangat kannn. macam la berkoyan-koyan orang nak wish kalau letak. =P

orang cakap kita takde lah nak kecewa sangat bila kita expect less kan. malah, kalau lebih dari jangkaan, kita akan melompat keriangan. hari birthday saya yang biasa-biasa sebalum ni biasanya akan ade surprise dari husband. (terima kasih suami) tapi surprise tu biasanya dia suruh kawan saya yang buat (terima kasih kawan-kawan. kerana sanggup melayan permintaan suami saya. hahaha. dah banyak kali dah surprise masa baby shower pon surprise yang lebih kurang sama. tapi setakat ni memang berjaya lah meng-surprisekan saya.

kali ni, husband jauh (walaupon boleh je dia whatsapp suruh buat surprise kan). tapi i tak bajet ape-ape. berjanji ngan kawan-kawan nak bukak puasa sama-sama jer sempena birthday.

tapi petangnya, sampai lah sebiji kek


cakap la tak expect ape-ape macam mana pon. bila dapat ape-ape yang memang khas untuk kita. happy tak terkira. ape lagi dapat sebiji kek di hari lahir kan?

tulisan atas kek? lagi yummyyyy

kek itu memang menceriakan. menceriakan maryam terutamanya. 

terima kasih suami diatas ingatan. 


yang surprise sebenarnya adalah rakan-rakan lah kan. sebab tiba-tiba kene buat surprise. hahaha. sebab cakap last minit kut. dah la hari bekerja. tak sampai separuh yang datang. tak ape. semangat-semangat yang tak dapat join memng sentiasa ade bersama-sama bila berkumpul. tak kira ramai ke tak ramai.

yang surprise kedua nya. i adalah masih surprise dengan surprise ulangan begini. hahaha

i rase lepas ni u kene buat cara lain bie. lepas ni i tau doh la. ekekeke

i'm so blessed. syukur ya allah diatas rezeki, diatas nikmat dan kurniaan.

1 comments:

~lalala~ said...

oh! ini kawan cik hanimeme! slalu prasan cik meme slalu letak gambar maryam. hehe. anyhoo, selamat berkenalan ^_^/