Pages

Thursday, 13 June 2013

Don't judge



Maryam memang cermat orang nya. Kalau I suruh dia kutip mainan dia, dia akan kutip sampai habis. Korek habis semua bawah- bawah sofa. Dia suka sepahkan kain dalam laci( yer, cermat pon suka sepah jugak) dia akan sumbat balik betul-betul. Yang berjuntai-juntai pon dia akan betul-betul masukkan.

Kalau dia lipat sejadah, dia akan pastikan hujung kehujung. Hehe. Ummi dah nampak dah hala tuju kain setimbun dalam bilik tu. Get ready kakak. Haha

Ni dia lipat towel kecik. Not bad la kan. Untuk budak umo 2 tahun. Dia suruh ummi amik gambar bagi walid tengok. Haha

I tak suka bukak facebook sekarang. Tapi kadang-kadang bukak jugak sebab nak mencari ilmu. Facebook tu dah jadi macam medan perang menyesakkan dada dah. Dulu hal politik, sekarang hal ibu-ibu.

Pasal susu ibu. Pasal susu formula.

Pasal makanan tin. Pasal makanan homemade.

Pasal natural birth. Pasal epidural segala.

Pasal vaksin. Pasal unvaksin.

Pasal sabun baby Johnson. Pasal parabel sls segala.

Pasal baju mahal baju murah pon nak jadi issue.

Baby gemuk. Baby kurus.

Berak banyak berak sikit tak nak jadi issue?

Penat kan jadi mak. Sokmo nak berperang. Bagi orang yang memilih untuk berperang.

Tolong la ibu-ibu. Hentikan. Jangan kata orang tak cukup ilmu. Jangan kata orang tak sayang anak. Jangan kata orang tak sanggup korbankan masa. Jangan kata orang tak pandai manage masa.

Jangan rasa kita terpandai. Jangan kata kita paling pandai jaga anak. Jangan kata kita paling banyak berkorban masa. Jangan kata kita paling penat jaga anak.

Bagi yang nak menyampaikan ilmu. Alhamdulillah. Mulianya anda. Semoga semua mendapat manfaat.

Tapi kita ni? Jangan jadi nasi tambah ye. Jangan sentap, jangan menyentap.

Mana yang rasa baik, kita nak ikut, kita ikut.

Mana yang rasa tak baik, kita tak payah ikut.

Anak kita. Hak kita. Anak orang. Hak mak bapak dieorang. Don't judge!

Semua orang ade sebab. Kita tak rasa ape orang rasa. Kita tak tahu masalah orang.

Kita hadap anak kita. Jaga lah dengan sempurna yang kita paling mampu. Banyak lagi cabaran depan sana yang kita kene hadap. Banyak lagi benda kita nak buat dengan anak sendiri untuk mereka jadikan bekalan dunia akhirat.

Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Banyak jugalah dalam dok rasa nak memyedarkan orang, kita terjudge orang. Termenyakitkan hari orang. Masa buat saya tak pikir. Bila teringat balik. Hurmphh. Niat nak menyampaikan ilmu. Tapi orang kata niat tak menghalalkan cara? Maaflah kalau ade yang terguris sebelum-sebelum ni. Dan mungkin yang akan terasa dengan entry ni.

Maaflah. Saya hanya muak. Mari kita buat kerja masing-masing. Tanpa perlu judge orang. Nak?

Umpat-umpat orang pon tak yah la. Nak?

posted from Bloggeroid

18 comments:

liza♥aufa said...

betui tu, lepas kawen ni, ada anak, kawan2 smua jadi lawan, smua nak jadi bagus, semua nak tunjuk bagus.

atas pengalaman saya juga , so skang saya close dah akaun fb, bio x jumpa terus, sekali jumpa say hai dan bye je.

paling x leh tahan pasal issue bsalin normal and czer,

bsalin hospital private dan gov.

pon nak jadi issue.

pasal umpat2 ni dah lali dah...

sebuk nak judge org...

diri sendiri tatau mcm ne...

:)

achiek anis said...

tu la sis...ada jugak draf entry pasal hal ni...tapi tak terbit2 kan lagi..

muak dengan mcm2 isu yang mcm nk ajak gaduh tu...huhu

yUmiE AzuRa said...

i'm ur silent reader n silent ig follower before..

yess mmg sgt2 muak.rata2 group berperang.seriously annoying.baek silent je sng.mne yg bgs kte amik.mne yg -ve lantak kau lah xpyh ikt.huhu
but i'm still proud of u.u umie gigih tahu..huhu

iLLy said...

biarpun saye tade anok lagi. saya amat bersetuju dengan post ini. Amat, amat bersetuju.

iLLy said...

wait.... 3rd pregnancy?

izzahazfar said...

magh : akak suka sederhana :)

mmg sakit bila baca..emm so baca sekali lalu je :)

shark said...

nak nak nak!!
saya tak join lgsung group2 mengarut ni..
nak nak plak pasal susu ibu ni..
ada eh org cam tu??
idup biase2 je x bole ke?
haihhh..;(

Anonymous said...

kalau iLLy tak sebut, saya pun tak perasan.

3rd pregnancy?

CONGRATS!!

Maryam kena up jadi kakyong la camni.
sebab fatimah nak jadi kakak.

yay!

Nietanozie said...

betul magh...
niat menuntut ilmu dan memberi ilmu dah disalh ertikan sesetengah org...

Tak kisah ler bagaiman caranya, kita sebagai ibu dan human kena decide sendiri apa yg terbaik utk diri sendiri dan keluarga. Jgan sampai menyusahkan diri dan menyusahkan org lain. memasing ader pendapat dan pandangan memasing.

Apa yg penting yg memberi ilmu, beri secara ikhlas dan terbuka, jgn paksa org lain nak terima aper yg kiter sampaikan. Yang mencari ilmu, pikir untuk keperluan dan keadaan kehidupan sendiri bukan memperlekehkan usaha orang lain...

just my 2centh...

huhuhu...

LadyHas said...

i dah jrg tgk wall fb org. if response pun dgn yg update psl cite Teduhan Kasih ke? hahahaha.

Cik Puan Rara said...

betul tu sis.sume benda tu ada group.sampai menyesakkan dada.saya bukak fb,upload pic sy.update status sy.org xsuka dorg punya hal.

Mrs.Farhana said...

betul2..ape yg baik utk kita ambil kita ambil, rasa xsesuai utk kita abaikan je..:)

eja said...

magh... sy suka entry ni, kdg2 sy terfkir juga apa niat org yg cuba sampaikan ilmu ni tp dlm masa yg sama herdik, maki, saling salah menyalahi, kutuk mengutuk, paling sadis cuba menutup periuk nasi org lain. Betul ckp magh xde ibu bapa yg x syg ank,semua nk bg yg terbaik utk ank masing2. jd mereka yg cuba sampaikan ilmu jgn la terlalu taksub,juz bg ilmu shj xperlu marah,bantah dll. hemmm sorry kalu melepaskan di sini plk,nway sy mmg silent reader blog magh... good luck ;-)

Siti Haslinda Sadiken said...

betul tuh..kdg2 x paham org2 yg jenis mcm nie..apa2 pun kita sebagai ibu jalankan tanggungjawab yg sebaiknya

Lia said...

Btul. Same here. Muak buka fb. Buka fb terus scroll down je..Just nk baca status from ikon2 + nk tgok kot2 ada invitation. Huhuu. Skng layan instagram je. Tenang n private sikit.

Norlidawati Jaafar said...

Salam,
ehm betul tu
FB tok lepas kan semua
untuk peringatan diri sendiri gak
Thanks ye mengingatkan
Jom meriahkan blog saya
saya ni newbies blogger
umielman.blogspot.com

Zaila Mohamad said...

betul tu Farah..kena betul niat dulu..

kak ila malas nak ambik port semua tu, banyak lagi benda nak kena buat..buat cara kita je

mama leen said...

setuju..