Pages

Saturday, 6 April 2013

kakak

Sekarang ni maryam selalu bahasakan diri dia kakak

"baby ' mai' kakak"  (baby smile kat kakak)

"kak eat" ( kakak nak eat, sambil gosok perut. Lapa. Heeee)

Byk lah. Semua kakak

I suka bila naik kereta, dia akan excited tengok kenderaan.

Woww, red kar, white lowi
Car kakak
Lowi kakak
Woww woww woww

Gitu lah sepanjang perjalanan. Heheh

Alhamdulillah la. Walaupon merangkak- rangkak bercakap tapi dah banyak menunjuk kemajuan.

Suka main masak-masak. Selalu la mintak nak masak kek. Sebab I pernah buat brownies ngan dia. Tapi masa ru selalunya tak kene. Bila tak bagi amukan la di situ. Setakat bagi bekas bagi dia main tak main dah sekarang. Nak tepung, nak ade isi dalam bekas. Kalau bagi maib playdoh suka sangat la dia

Suka sangat berlakon. Kalau adik nangis, dia akam tumpang nangis sekali. Pastu suka main sipi-sipi katil or sofa. Bila I tegur ' kakak nanti jatuh' dia akan buat-buat jatuh sambil jerit 'help! Help!'

Suka buat lawak. Tapi kalau dia buat lawak, nanti dia yang akan gelak lebih -lebih dari orang.

Suka paksa orang dengar dia bercakap. Huhu. Selagi tak repeat balik ape dia cakap dengan bahasa yang betul selagi tu la dia dok jerit.

Budak tengah membesar and tengah sedap main. Tapi ummi la pulak ade banyak benda nak buat selain bermain ngan awak maryam. Kadang- kadang tal terlayan ummi.

Sekarang ni hari-hari bangun tido I berazam nak berlembut dengan maryam. Tak nak tinggikan suara. Hampir hari-hari tewas. Menyesal bila tengok anak-anak dah tido dimalam hari. Dan mulalah berazam balik nak berlemah lembut.

Tak tahu kenapa. Kesabaran sekarang sangat lah kurang. Sebelum maryam ada adik susah sangat lah I nak marah dia. Sekarang ni susahnya nak bersabar ngan dia. Maybe sebab dia kakak so I expecy dia behave sedangkan dia still kanak2 yang usianya baru 2 tahun 3 bulan. Tapi I rase dia macam dah besar bila ade baby ni.

Kesabaran pon kurang sekarang sebab kepenatan kut. Sebelum ade fateemah ni, I yang selalu suuh husband bersabar bila maryam buat perangai. I share ilmu-ilmu parwnting dengan dia dengan harapan sama-sama belajar dan saling ingat mengingati. Alhamdulillah. Dia sangat lah sabar sekarang melayan kerenah maryam. Terbalik la pulak sekarang. Dia yang tegur I pulak sebab sekarang I cepat nak marah-marah. Hurmmm

Maryam pon tak membantu ummi. Disebalik perangai comel dia yangvsuka dilayan tu, ada la jugak perangai kurang xomel nye. Dia ni serba serbi susah. Nak mandi, nak gosok gigi, nak sabun, nak lap, nak pakai baju, pakai pampers, basuh poopoo, makan, semuaaaaa susah. Sama je perangainya dari dulu. Tapi sekarang bila dah ade 2 anak ni semua bemda I nak kene buat dengan cepat, xleh la nak melayan perangai dia. Dan kalau mak xkuatkan suara takdenye dia nak dengar. Pujuk elok-elok kadang- kadang ok, kadang tak ok. Ti belum lagi part berebut susu, part nak tengok kartun, part nak main bemda ummi tak bagi, part sepah kan rumah, part conteng dinding.

I tahu tu normal. Sebahagian dari proses dia nak membesar kan. Memang hebat la terrible twos ni. Padan la siap ade nama. Ok. Bila semua tu normal makanya I la yang tak normal disini. Tapi mungkin juga ni proses pembelajaran bagi i. Tuhan suruh belajar bersabar sikit.

Mintak maaf sayang ummi tak sempat sangat nak main ngan awak. Nak bagi sepenuh perhatian. Nak berjanji supaya akan lebih sabar pon tak berani. Tapi ummi cuba ok. Ummi love u kakak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

10 comments:

Lady Windsor said...

Salam Farah,
Bila nak bawak Maryam dan Fateemah ke Windsor lagi hehe...bestnya nak main dgn Maryam ni..

Akak cadangkan Farah lebihkan Maryam so that dia tahu dia tetap kesayangan umi dan walidnya walaupun ada adik..just my two cents :)

MUMMY AISY said...

dear...perangai maryam samelah ngan perangai my aisy...tahap kesabaran mmg hilang bila melayan karenah dia...my hubby plak yang sabarnya lbh tinggi pd i skang ni...lg plak i skang tgh prenen ...em...mmg tak terkawal di perangai2 kecomelan dia...nak kata kurang kasih syg dah sepenuhnya dah bagi,...hehe

DoodleDesign said...

suker dgr citer progress Maryam :). Bolehla nolong i dlm what to expect dgn my baby yg almost 1 year old. ( maybe i can expect 'worst' since he's a boy!) waaa..skrg pun dah makin ligat.

mama lieyna said...

Yela farah, ketara berbeza bila anak dh masuk 2 ni kan, hari2 kena tinggikan suara, huu.. taktau dah mcamana cara nk sabarkan diri lg, aduhaii..

MisZ FyZa said...

Farah..i yg anak sorang ni pn asyik tertinggikn suare..ssh btol nk jd ibu yg mpunyai tahap kesabaran yg tinggi..;(

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

kakak dah besar..

ederq said...

haha suka tengok gambar kakak mayam peluk adik pipi. hehe
sabar farah, nanti adik cha kuar agaknya nanti i pon macam u haha.
sekarang ponn cha mmg macam2 perangai. samala dgn mayam yg u tulis ni.
semoga kita bertabahhh!

goblogbyfarah said...

jaga anak dua ni kena ada kesabaran yang tinggi kot, farah yang baru sorang pun stress je melayan perangai macam2 dia. tak sanggup bayangkan kalau tambah lagi sorang dengan suami jauh..

Siti Hawa said...

Salam..sebelum ni silent reader jer...hari ni teringin nak komen...Maryan sama besar dgn anak sulung saya..my son 2y2m and I ada baby 2 month old.. lebih kurang jer kan production kita..hehehhe...memang mencabar..penat kat opis, penat kat umah tp sangat happy dgn perkembangan n celoteh dia...

jemput la ke rumah saya
http://dandandiri.blogspot.com/

Norani Shuhada Blogspot said...

seronok baca. memang macam ni lah bila dah ade adik utk yg sulung. mesti rase dia dah besar. :)