Pages

Friday, 1 February 2013

mariye, fatimoh

Maryam dan fateemah adalah nama yang orang tak akan letak kalau dok kelantan. Nama cantik, tapi kalau dah dok kelantan dah tak berapa nak cantil dah. Bah tok dieorang selalu sangat panggil dieorang ni 'mariye' dan 'fatimoh'. Bah tok dieorang muda lagi, bukan nye tak boleh sebut betul. Tapi dah memang giti lidah orang kelantan. sindrom lidah malas nak berusaha lebih sikit. Kalau moyang dieorang memang tak boleh tolong la. Memang mariye, mariye. Mak redhaaa.

Naseb korang dok key ell nak, kalau tak orang panggil korang mek ye ngan timoh jer nanti kat sekolah. Huhu.

Maryam dah 25 bulan ++, fateemah pon dah lebih 40 hari.

Maryam makin lasak hari demi hari mak berpantang ni. Makin banyak akal dia. Dia nak bermain jer sokmo. Sampai kadang -kadang mak naik angin sebab tak larat nak melayan.

Banyak dah cakap. Tapi still xboleh buat ayat la. Tapi dah boleh mengadu, mintak sesuatu denfan baik. Kalau mengadu kat i mesti ade 'mi' belakang

'ucu mi'
'sakit mi'
'baby mi'
'cantik mi'

Suka dengar dia sebut mi kat belakang tu. Tapi kalau panggil ummi masih lagi panggil 'abah'. Apakah anak? Bila nak betul2 panggil ummi?

Suka nyanyi and joget. Ade vid i recod first time dia menyanyi. Kat kl tak de lagi skill menyanyi ni. Belajar kat kampung. Kuat sangat tengok tv kat kampung ni kut. Vid nanti kat kl i.syaallah upload. siap berdikir dimalam hari.

Sayang adik. Selalu kecoh kalau adik nangis. I memang selalu libatkan dia dalam aktiviti adik. Mandikan adik dia akan tengok *ehem* kacau. Basuh poopoo adik dia akan tolong ambik kan pampers. Sambil cakap 'eee dirty' bila tengok poopoo adik. Muka bangga senyum cheeky tepuk tangan kalau orang puji dia pandai bila tolong ambikkan barang. Dia susah nk diurut sebab pakai baju pon berperang. Sekarang, kadang-ladang datang mood baik dia, nak diurut lepas mandi. Sebab tengok adik dia selali kene urut kut. Suka jugak kiss baby, tepuk baby. Tapi tak boleh dibiarkan sangat sebab kadang2 kasar.

Tahu orang marah dia. Bila tau orang marah terus buat muka cheeky datang peluk and kiss kiss.

Suka sangat baju baby. Bukan baju jelah. Semua barang baby dia suka. Ade satu baju nenek saudara dia kasi fateemah dia suka sangat sebab pink and besar. Saiz dia pon. Sebab dia dok ambik nak pakai, i bagi jelah baju tu kat dia. Bila tanya,

'ni baju sape ni?'
'baju baby'
'ouhh..tau pon baju baby. Pastu kenapa maryam pakai'
'pink..pink'

Nak cakap cantik sebab kaler pink kut. Huhu. I jemur baju tu dalam bilik hari tu. Dia suruh ambik baju tu, sambil sebut pink.pink.

Susah sangat nak nap. Sebab dok main ngan ucu dia. Tak boleh ucu tak de. Kalau ucu pegi sekolah kecoh la dia dok cari ucu.

Manja sangat ngan mak tok. Marah if mak tok pegang baby. Jeles kut. Huhu

Kalau nak menyusu masa i susukan fateemah. Dia datang kat kita sambil heret bantal. Sebab kalau tandem i memang lapik2 bantal. Dah la bantal lagi besar dari dia. dua plak tu. Nampak la dia heret dengan susah payah. Ummi xkan boleh kata no. Terharu ke sedih entahlah. Sensitip mak ni. Mesti rasa macam alahai kesian. Dulu ummi saya sorang jer punya. Nak menyusu anytime. Now, nak nyusu kene heret bantal. Kalau dia.tgh nyusu. Tiba2 fateemah nagis. Dengan sendirinya dia lepas. Kalau hampir bak tdo tu, dia berpaling arah lain, sambung tido sendiri. Pandai anak ummi. Ummi sayang maryam sangat-sangat.

Masih lagi menyusu susu ummi sepenuhnya. Dia hanya nak fresh milk kalau campur ngan oat ngan buah2. I bagi lah masa breakfast ke, snek ke kadang-kadang. Air masak pon susah nak minum sekarang. Kalau dia dahaga memang dia cari ummi je.

Kat kampung berat dia bertambah. Dah 10 kg + + dah sekarang. Berkat lelemak susu ummi yang dishare dengan fateemah. Makan oon banyak masa awal-awal balik kampung dulu. Sekarang dah kurang makan sikit. Sebab tengah naik gigi geraham.

Fateemah pulak. Tidoooo je. Alhamdulillah lah. setakat ni anak-anak memang senang nak jaga masa dalam pantang. Lepas pantang tu lain kira la kan. ;p lagipon lepas pantang kita dah larat. Masa maryam dulu, rasa senang dah nak jaga. Tak banyak perangai pon. Fateemah ni lagiiiii super senang. Sampai mak risau. sampai sekarang dia.memngahabiskan hampir 20 jam sehari masa dia adalah dengan tido kut.

So perkembangan dia memang mahal la. Dah pandai senyum kadang2 masa tak tido. Suka tengur orang. Time tak tido dah banyak keluarkan bunyi mcm nak cakap mulut muncung-muncung. Tapi mahal la kan. Jarang-jarang berlaku.sebab asyik tido jer. Hehe

Cepat bambam. mungkin mewAwisi ke-michelin-an kak maryam dia. Takpelah.kecik-kecik ni kumpul lemak. Buat bekal bila besar macam kak maryam mengurus pulak. Masa timbang guna penimbang buah rumah pil haritu 5 kilos masa hari yang ke 39. Membesar dengan jayanya. Alhamdulillah.

Tu jela kut update anak2. Update mak tak yah la. Gemuk lagiii. Hurmphhhhh...nak kuruss. Nak kurusss.

Tak sabar nak pulang ke pangkuan suami. Nak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Dan hidup sefamily dalam rumah comel kami.

Published with Blogger-droid v2.0.9

7 comments:

mamalieyna said...

Macam2 cerita..mcm2 lerkembngan anak2x .. :-)

Alhamdulillah dua2 sihat dgn jayanya ...

Sure rindu giler kt kinraramas kan..dh blk bgtau, kot2 ada kesempatan melawat :-)

Irfa said...

hehe.saya gelak
me asal kelantan
mak ayah ofkos la kelantan

masa letak nak anak no 1
xde mslh-nama dia takde peluang org nak panggil sesuka hati.kena sbut dgn sebutan yg betul

anak no 2..irfan,tapi ada sedara mara panggil 'irfe'..panas je telinga letak nama lawa2 di panggil mcm tu.tp saya dah sound awal2 suh panggil 'irfan'hehe

anak no 3..hajar,pun dipanggil dgn sebutan yg betul

mmg sakit ati bila
aminah dipanggil aminoh
fatimah jd fatimoh
khadijah jd khadijoh
maryam jadi mariye :)

cuma saya cdgkan awak mulakan dulu.
bila diorang panggil mcm tu awal betulkan..lama2 diorang akan ikut cara sebutan awak

Irfa said...

komen ke 2..
teringat masa bersalin no2
perangai maryam sebiji dgn anak no 1 masa memula dpt adik
part heret bantal masa nak nyusu dan nak tido :)

sedih pulak

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Seronok baca cerita akak.. bulat nya adik. tido je keja nya ye

Alyyani Anuar said...

MEK YE DGN TIMOH? NAMPAKNYA FATEEMAH MACAM ADEL MASA KECIK2. 24 JAM SEHARI, MORE THAN 20HRS AKAN DIHABISKAN DGN TIDO. HABIS PANTANG, TERUS 360 DARJAH BERUBAH. HOPE FATEEMAH BEHAVE2 AJE SAMPAI KE BESAR YE. DAN JUGAK KAK MARYAM. :)

CikNaa said...

hehe.. mcm2 la kan. 1st time jumpe blog ni bleh senyum sorang2 dah.. btw, cantik nama anak.. jarang dh orang bg nama indah sebegitu skrg ni. indah cuma pd sebutan, tidak pd maksud nya..

DoodleDesign said...

Sukanya baca blog awok. Byk dpt ilmu mmasok utk budok2 dan dgr criter anok2 comey awok tu... Best.