Pages

Thursday, 3 January 2013

balik kampung

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah. Dah selamat sampai kampung. Dah selamat bertungku mengurut dah. Badan pon dah best. Dah rasa sihat sepenuhnya.  HnTapi nak jalan laju kene marah. Heee. So kene la berkepit-kepit jgk jalan.

Masalah kesihatan fizikal insyaallah boleh handle. Alhamdulillah, kali ni cepat pulak rasa sihat bertenaga. Maybe sebab nak ken handle 2 orang anak. Lagi 2 hari walid maryam and fateemah cuti. Sekarang ni dia handle maryam, u handle fateemah. So senang la kerja mak. Cuma time menyusu je lah berperang. Maryam xnak fresh milk. I malas nak pikir lagi nak bagi dia susu ape since dia tolak fresh milk. So sekarang dia minum susu i jelah. Tapi yang lagi memenatkan, kekerapan menyusu tu sama dengan baby. Makan dah banyak dah alhamdulillah. Tapi tak boleh tengok fateemah menyusu. Mesti dia nak.

Kadang-kadang i boleh pujuk. Tunggu fateemah siap baru dia boleh minum. Tp kadang-kadang dia tak dengar. Nak jugak menyusu. So kene la susukan serentak. Dia nak perhatian je kut. Sbb kalau masa walid dia xde, boleh je dia mengalah tunggu sekejap, tapi kalau walid ade habis lah dia amukan. Lagi satu kalau dia ngantuk pon boleh mendatangkan amukan jugak.

Balik kampung hari tu memang antara dua. Nak drive ke nak naik flight. Tengok keadaan maryam. Orang kata perangai berubah. Mungkin maryam senang handle bila dah dapat adik, terus jadi kakak-kakak. Tp non adoooo. Dia yang jadi adik, fateemah yang jadi kakak sekarang ni. Manja dia tu makin menjadi-jadi. Memang susah kalau naik kereta 8 jam dengan dia. Naik flight jugak. Kalau nak mengamuk pon at least sejam jer bersusah payah.

Pergi ke KLIA along ngan abang helmi yang hantar. Dalam kereta ok lagi. Since husband yang drive kereta, i dengan fateemah, dia elok jer duduk ngam abang helmi. Sampai klia, i duduk je dengan fateemah, urusan check in segala bagai husband yang urusin sambil dukung dia guna boba carrier. Dari kejauhan i dengar suara amukan dia. Menangis sepanjang husband dukung tu. Bergema satu klia. Kuat betul suara dia. Bukan menangis sangat, menjerit je lebih. Since mak pon xmampu nak tolong, buat-buat xkenal jelah. Anak sape entah meraung macam tu. >..<

Bila dah selesai semua. Susukan dia atas wheelchair, lepas tu dia tertido pulok. Fateemah pulak nangis berak. Tak selesa. So camane lah nak tukar? I tak boleh nak angkat maryam. Terpaksa letak fateemah atas kerusi sekejap. Kesian adik. Klia pulok tak mesra baby, 3 toilet berdekatan xde pon yang ade changing room. Yang hujung sekali baru ade. Kesian budak yang tolak wheelchair. Dia kecik jer, kene tolak beban 76 kilo. Campo baby ±3kilo Heheh.

Dalam flight, maryam dah sedar, sekali lagi drama. Dia nak milk. Fateemah pon tengah minum lapar poopoo setambun. Jadinya kene la tandem dalam flight tu bersempit.sempit. mintak bantal 2 bijik. Pakai nursing cover. Setel. Senyap. Lepas tu ok jer maryam makan minum ngan walid. Sampai dia bosan nak turun. Masa tu dah nak sampai dah. Terlalu banyak drama dalam masa 2 jam. Mak pon tak larat.

Tapi yang penting selamat sampai.

Ade yang cakap sampai bila maryam ni nak minum milk ummi. I cakap sampai dia tak nak. Or sampai i ready nak lepas. Orang cakap menyusahkan, sebab menyusu sampai 2 tahun pon dah cukup. Bila berebut macam ni susah. Tapi nak lepaskan susu pon macam la senang kan? Lagipon memang ni la dugaan kalau nak tandem. Memang la susah. I hope kesusahan ni berbaloi. Semoga kesusahan ummi ngan walid rasa sekarang berbaloi. Membesarlah menjadi anak yang solehah berguna dunia akhirat wahai anak-anak. Kamu-kamu, harta kami yang tak ternilai.

Published with Blogger-droid v2.0.9

11 comments:

Amanda Suria said...

Maryam lebih kepada jeles tu..x per..kejap jer tu..esok2 dia dah serasi dah..

puan jari said...

balik kg doh...kurus la pahne...hehe...selamat berpantang farah.

Papa, Mama & Azra said...

Memang susah sikit nak wean off. Pelan2 kayuh yeah. Harap tak stress. Terus je offer fresh milk tu or any alternative milk walaupon mula2 dia tolak. Azra also macam tu. Lama proses wean off start masa umur 2 tahun last2 masa nak masuk 3 tahun baru dia nak benti. Now rancak plak minum fm 2 tin besar tak cukup sebulan. Tu semua berkat kesabaran mama dia wean off walaupon peringkat awal berlaku banyak pembaziran. Lagi kita nak wean off lagi kerap plak dia nak menyusu. Hope you do well taking care ur girls.

[ naim | fira ] said...

salam ummi maryam & fateemah,

nak tanya, kalau kita direct breastfeeding baby kita kena bagi dia burp tak? ada kata kena, ada kata x. confuse plak.

lg 1, baby baru lahir selalu berapa lama skali dia minum susu badan? berapa kerap eh? based on demand kan?based on ur experience la k :)

mamalieyna said...

Alhamdulillah..

Selamat berpantang...!

Byzura Mj (By) said...

semoga tabah ok. Ketabahan ko buat rujukan aku nanti. InsyaAllah ;). Nak baby gakkkkk! eh :D

C.H.E.R.M.I.N said...

insyaallah,,,moga2 payah kejap je.sementara semua pihak nak rasi.

ederq said...

terharu i baca hok last tu farah. insaf ni. huhu ameen semoga kak maryam n fateemah yg mcm twins ni jadi anak solehah dan menyenangkan ummy walid n aunty ederq. eh tetiba hehe

Lady said...

magh. royak ko peja, amboiii... jersi merah putih tu tak tinggai aih. mementang balik klate eh. hehehe.
apa pun selamat berpantang darling! semoga semakin hari semakin diberi ketabahan hati dan kesabaran yang tinggi nak ngurusin "harta pinjaman" duaorang tu. take care tau!

Wan Afzan said...

Selamat berpantang yer. Nnt lame2 maryam xnk dh..

Irfa said...

pergorbanan seorang ibu ;)