Pages

Saturday, 29 December 2012

alhamdulillah








masih dalam labor room. lepas bf



fateemah belum pon 24 jam dilahirkan



 fateemah semalam. 8 hari sudah.

Nama baby: fateemah maisarah bt mohd faizal
Berat: 3.37 kg
Tinggi : 51 cm
Tempat lahir: prince court medical centre
Tarikh lahir : 21/12/12
Masa: 5:22 petang

Dah seminggu lebih baru berpeluang nak update blog. Alhamdulillah, i dah selamat melahirkan zuriat kedua. I ade banyak cerita nak dikongsikan, insyaallah akan mencari masa yang sesuai nak mengarang. Sekarang ni masih di kl. Petang esok akan terbang balik kelantan berpantang. Bestnyaaaaaaa. I masih lagi belum berurut dan bertungku ni. Kesakitan di sana dan di sini dah ni rasa. Dah la active gila kali ni. Macam orang bukan dalam pantang kekdahnya -___-"

Dalam pantang ni ade misi besar yang tak tahu akan tercapai ke tak. Misi menjadi slim. Tapi tak tahu lah tercapai ke tak since makan macam ape je kan. And setiap kali lepas menyusukan dua-dua orang anak kesayangan ni mesti shaking kebuluran. Lapoooo.

Sekarang pukul 3 pagi pon tengah ngap ngap. Baru lepas menyusukan dua-dua. Bangun serentak plak tu menyusu. Semoga ade kelapangan bila kat kelantan nanti, insyaallah i akan update lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 19 December 2012

2 tahun maryam


Esok maryam cukup 2 tahun. Mak mengarang awal-awal sementara ade mood ni. Akhirnya. Adik dia ni, tak menunjukkan ciri-ciri nak keluar pon lagi. Memang mengikut kata ummi dari dalam perut. Tunggu kak maryam 2 tahun baru keluar. Hahaa. Esok check up 39 minggu adik maryam. Doakan xde pape semua ok. Pastu doakan cepat la sikit baby keluar. Mak dah tak larat. Heheheh.

Alhamdulillah, rezeki maryam berjaya menyelesaikan misi penyusuan 2 tahun. Tak banyak sangat pon cabaran nak menyusukan dia. Yelah, sebab surirumah, i boleh direct feeding dia. Cabarannya hanyalah bila i pregnant, milk production merudum, kene menahan sakit sebab kesensitive-an yang melampau masa pregnant ni. Tapi still bearable. Cuma kadang-kadang mak cranky bila dia nak mengempeng dengan super lama. Heeeee....

Teringat masa first time susukan dia dalam LR, keluar je dia memang budak yang bijak. Terus pandai menyusu. So walaupon first time menyusu kan dia, i tak berdepan dengan masalah sangat. 2 jam dia menyusu masa dalam LR. Nurse banyak kali jenguk. Tak siap-siap. Hehehe. Ciri-ciri mengempeng memang dah ade disitu.

Sebab susu tak keluar banyak lagi, malam tu pon dia asyik menyusu. Sebagai ibu baru, i tak kisah langsung dia nak menyusu and asyik menangis nak beriba jer. Sebab excited kut. Sepanjang malam rasanya tak tido pon. lagipon masa tu nurse cakap, dia asyik menangis sebab terkejut, smlm dia selesa dok dalam perut ummi lagi, warm dan sempit jer. tiba-tiba keluar, jadi luar siap ber-ekon lagi. olololo. sian anak ummi. meh ummi amik peluk.

Esoknya baru lah rasa penat, bahu, lengan lenguh sebab cara pegang baby salah menyusu. rasa sakit perut maryam menyusu sebab rahim mengecut. masa ni along yang bagi semangat and banyak menolong. thanks along! masa ni nurse jugak yang banyak mengajar. tukar position menyusu. ajar cara yang betul menyusu pelbagai position. terangkan mengapa maryam tak nak dok bawah, nak beriba jer. nak menyusu jer. sebab tu lah kut memilih hospital yang menyokong penyusuan ibu penting. walaupon dah belajar kat antenatal class, dan kononnya dah membaca pasal penyusuan ni, bila berdepan dengan real situation kita jadi hopeless. penting nya orang yang berpengalaman ade disisi kita masa ni. alhamdulillah. disebabkan saya adalah orang yang cengeng, menangis itu biasa. hahaha. lagipon rindu laki kut masa ni. =P

ni cerita masa maryam lahir 2 tahun lepas.

part 1
part 2
part 3

lepas-lepas tu alhamdulillah bila susu keluar, rezeki maryam melimpah ruah. sampaikan bila dah 6 bulan, dia dah ready nak diberi solid food dia still nak menyusu. tak nak makan sampai umur 8 bulan. 8 bulan makan la sesuap dua. pastu 9 bulan tak nak balik. begitu lah selera makan dia. memang manjang tak nak makan. ramai cakap i untung sebab maryam suka makan. takkkk. sebab maryam tak nak makan la i berusaha masak macam-macam. tapi resultnya sama saja. dia still nak susu jer. makan adalah sikit sangat. biasanya, i masak, i makan. tak pelah, dia dapat jugak ikut susu kan. sampai lah umur dia 1 tahun 5 bulan, i disahkan pregnant 2 bulan, tiba-tiba selera dia naik mendadak. makan berganda-ganda. syukur alhamdulillah.

perkembangan terbaru dia sekarang dia sangat suka melukis. ayoyoyo. asyik ajak melukis jer. dah la bila dia melukis kita kene melukis sekali. kene paksa. tak buat kerja lain la mok mung.



kalau kita ajar 1,2,3 ataupon a,b,c masih lagi ikut mood dia. kadang-kadang dia nak ikut. kadang-kadang dia tak nak. joget-joget jer nak. alif ba ta jagan cerita lah. marah terus kalau orang bukak. yappada maryammmmm...dulukan awak suka.

tapi perkembangan yang tak disangka-sangka, dia dah kenal kaler-kaler. oren, pink, hijau, biru, kuning, merah. biras i yang perasan dulu bila dia mintakblock ikut kaler semua maryam bagi dengan betul. i dengan excited cerita kat walid dia, walid dia cakap,

"laaa. u tak tahu lagi ke, dio sokmo main bola-bola tu ngan i. kalau i mintak ikut kaler dia bagi la"

hurmphhh..yelahhh. i sokmo excited bercerita kat dia hari-hari pasal perkembangan terbaru maryam. tapi bila dia yang discover dulu, tak cakap pong.. T___T

kalau i ajar and tanya guna buku dia buat tak tahu jer. sampai hati maryam. T_T buku boring kut. mak kene creative la ni. 

shape dah kenal circle, star, rectangle, square, triangle. ni hasil melukis hari-hari la ni. dia soh lukis, mane la mak pandai nak lukis benda hebat-hebat. balik-balik shape. balik-balik shape. sekarang tengah berusaha ajar a,b,c sambil menulis plak. nampak macam cara ni jer berkesan. huhuhu

seorang budak yang happy, manja, pandai memujuk, cepat faham arahan, suka ajak main, budak yang sangat aktif. kene selalu peratikan dia. if terleka ade jer benda yang dia buat yang boleh buatkan ummi. 'gembira'. tapi still berat mulut bebenor nak cakap. hehehe. kalau datang mood cakap dia cakap jer. kalau tak dia ngguk-angguk jer. menjerit rajin pulak. huhuhu. ape-ape jelah maryam. asalkan awak happy, ummi ngan walid happy. =)


kak maryam semalam, di playground giant kinrara

suka bersosial, tapi malu-malu. tapi tak suka budak yang suka sentuh-sentuh, tarik-tarik tangan ke, rimas agaknya. main sama-sama je boleh. pegang-pegang tak boleh.

 naik benda ni free kat giant. tapi dia naik kejap-kejap jer. lagi suka lari-lari sambil jerit, naik slide, memanjat.


bila nak balik. selalu macam ni. tak pernah rela hati nak balik. hahaha

melayan gambar my baby 2 tahun lepas. cepat sangat masa berlalu. =)

masih dalam LR. baru lepas menyusu

sehari

 
juga sehari. keci sangat rasa masa ni. hehehe

hari ke 3. berjuang menyusu direct dan pump sebab nak soh dia menyusu banyak cepat sikit turun. rasa macam kilang susu masa ni, sebab lepas pump, kene df, pastu pump. dah susu xbanyak sangat masa tu. demi mu maryam~

kecik-kecik dah membuas. =)

i suka tengok gambar ni. hehehe

semoga maryam membesar menjadi anak yang solehah sayang. jadi anak yang berguna dunia akhirat. ummi ngan walid love u so much. 

Monday, 17 December 2012

ilmu baru

assalamualaikum... baru jer jumpa blog ustazah ni. tadi browse kat phone jer. tapi macam tak puas. bangun bukak lappy tengah-tengah malam. baru baca sikit jer entry nya. tapi i rasa semua menarik untuk kita aplikasikan untuk mendidik anak. biar bukan cikgu pon kan. so saya adalah sangat excited nak share blog ustazah ni, supaya kita dapat manfaat bersama.

blog Ustazah Siti Khadijah.

entry pertama yang yang i baca kat blog ni adalah entry INI yang di share oleh seorang sahabat kat fb. suka kalau ade kawan kat fb ke mana-mana yang suka menyebarkan aura-aura positive, peringatan, ilmu-ilmu. boleh la jugak kita manfaatkan masa-masa mengadap fb tu kan. so i copy paste entry ustazah ni, harap jadi panduan bersama.

"Kalau Ustazah Emak Saya, Saya Akan Peluk Ustazah Sekarang."

Petang Jumaat seminggu yang lalu, sedang saya ralit menyiapkan tugasan yang tertangguh di meja sendiri, seorang pelajar lelaki yang tidak bersongkok dan berstokin datang ke pejabat untuk meminta plastik sampah. Sebaik terlihatkan saya yang sedang menulis catatan di dalam buku rekod mengajar, dia berpatah kembali dari pejabat  menuju ke meja saya.

“Assalamualaikum, ustazah.” Sapanya ramah.

“Wa’alaikumussalam. Oh, kamu.” Saya membalas sapaan pelajar tersebut.


“Saya mahu minta plastik sampah. Tapi apabila nampak ustazah, saya rasa mahu berbual dengan ustazah.” Terangnya jujur.


Saya senyum mendengar kata-katanya. Kemudian saya memberitahu kepadanya, “Kamu boleh minta plastik sampah dengan meminta kepada ustazah yang ada di dalam pejabat. Di sini tiada plastik sampah.”



“Saya tahu. Tetapi saya tetap mahu berbual dengan ustazah.” Sambungnya lagi.
Mengenangkan masa itu bukanlah waktu rehat, saya menyambung lagi, “Nanti pada waktu rehat, kamu datang lagi. Kita boleh berbual lebih panjang. Sekarang masih belum waktu rehat. Pelajar tidak dibenarkan berada di luar kelas kecuali dengan kebenaran guru. Lagi pula, tidak baik buat orang tertunggu-tunggu. Mana tahu rakan-rakan dan guru kamu sedang menunggu plastik sampah. Kasihan mereka.”
Dalam Teknik Nabi Muhammad mendorong orang corot, apabila seseorang melakukan kesalahan, Nabi Muhammad tidak akan memarahi mereka. Sebaliknya, Nabi hanya menerangkan.
Anas bin Malik melaporkan, pada suatu masa dia dan orang-orang lelaki lain sedang berada di dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Arab daripada kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu berdiri dan membuang air kecil. Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ terus mengherdik lelaki tersebut. Sebaliknya, Nabi Muhammad berkata, “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan sahaja.” Lalu semua yang ada membiarkan sahaja orang kampung itu menghabiskan kencingnya. Selepas itu Nabi Muhammad memanggil lelaki itu dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.” Kemudian Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada di situ pergi mengambil setimba air, lalu disirami kencing itu. ~Hadith Rekod Sahih Muslim
Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan prinsip-prinsip berikut:
  • Ada kesalahan yang yang mesti dibiarkan ia dilakukan sampai selesai, seperti dalam kes ini Nabi Muhammad tidak membenarkan lelaki itu diganggu sehingga menyelesaikan kencingnya.
  • Faktor menjaga kesihatan pesalah adalah lebih utama daripada menyuruh pesalah itu menghentikan kesalahan yang sedang dilakukannya.
  • Ada jenis kesalahan yang pesalah tidak disuruh membetulkan kesan kesalahannya, sebaliknya orang lain yang diminta melakukannya. ~Buku Bengkel Mendorong Pelajar Kelas Corot 
Dalam situasi yang berlaku pada hari itu, ada beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Antaranya ialah;
  1. Tujuan asal pelajar tersebut datang ke pejabat untuk meminta plastik sampah. Sebaik melihat saya berada di meja guru, dia langsung melupakan tujuan asalnya.
  2. Masa tersebut adalah masa belajar, namun dia berada di luar kelas dengan tujuan mahu berbual.
  3. Tidak memakai songkok dan stokin.
Berpandukan hadith Badwi Kencing, saya telah mengaplikasi Teknik Menegur dengan Menerangkan.
  • Saya tidak memarahi pelajar tersebut dengan berkata, “Kenapa kamu berada di sini, bukankah sekarang masa belajar?” (SALAH)
  • Saya tidak menasihati pelajar tersebut dengan berkata, “Masuklah ke dalam kelas untuk belajar. Nanti kamu akan jadi pandai.” (SALAH)
  • Saya tidak mengkritik pelajar tersebut dengan berkata, “Sudah tahu mahu meminta plastik sampah, mengapa kamu datang berjumpa saya. Di sini bukan tempat meminta plastik sampah.” (SALAH)
Sebaliknya saya menegur dengan menerangkan kepada pelajar tersebut dengan berkata, “Nanti pada waktu rehat, kamu datang lagi. Kita boleh berbual lebih panjang. Sekarang masih belum waktu rehat. Pelajar tidak dibenarkan berada di luar kelas kecuali dengan kebenaran guru. Lagi pula, tidak baik buat orang tertunggu-tunggu. Mana tahu rakan-rakan dan guru kamu sedang menunggu plastik sampah. Kasihan mereka.”
Sebaik mendengar kata-kata saya, pelajar tersebut akur dan kembali kepada tujuan asal mengapa dia datang ke pejabat. Namun setelah mendapatkan plastik sampah, dia menyinggah lagi di meja saya untuk meninggalkan pesanan.
Katanya, “Ustazah, nanti masa rehat saya mahu datang berbual dengan ustazah ya.”
Saya mengiyakan kata-katanya, dan kemudian sempat mengaplikasi satu lagi Teknik Nabi Tidak Menegur Kesalahan, Tetapi Menerangkan.
Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” ~Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim
Dalam hadith ini, seorang lelaki melakukan beberapa  kesalahan secara terbuka di dalam masjid semasa orang-orang lain sedang sembahyang. Namun Nabi Muhammad sama sekali tidak menegur kesalahan lelaki itu dengan berkata:
  
"Orang lain sudah mula sembahyang tapi kamu baru sampai." (SALAH)
"Perbuatan kamu itu mengganggu orang lain sedang khusyuk sembahyang" (SALAH)"
Apabila saya tanya, kamu tidak menjawab." (SALAH)
Di sebalik sikap Nabi Muhammad yang tidak menegur kesalahan lelaki itu adalah prinsip 'menyelamatkan maruah orang yang melakukan kesalahan'. Apabila lelaki itu tidak ditegur oleh Nabi Muhammad dia tidak berasa  dirinya dimalukan di hadapan orang ramai, dengan itu maruahnya tidak  jatuh.
Oleh kerana pelajar tersebut tidak memakai songkok dan stokin, saya berkata, “Ustazah suka melihat kamu memakai songkok. Pakaian kamu akan kelihatan lebih kemas dan rapi sekiranya kamu memakai songkok.”
  • Saya tidak memarahi pelajar itu dengan berkata, “Kamu tidak pakai songkok. Perbuatan kamu ini salah. Kamu telah melanggar peraturan sekolah.” (SALAH)
  • Saya tidak menasihati pelajar itu supaya tidak mengulang kesalahan yang sama dengan berkata, “Lain kali, jangan tidak pakai songkok lagi. Nanti saya akan bawa kamu jumpa guru besar.” (SALAH)
  • Saya juga tidak bertanya apa-apa soalan bagi menyiasat kesalahan pelajar tersebut dengan berkata, “Kenapa kamu tidak pakai songkok?”, “Mengapa kamu ini selalu sangat tidak pakai songkok?” (SALAH)
Tiba-tiba pelajar tersebut menyambung kata-kata saya, “Kalau pakai stokin mesti lebih bagus kan ustazah. Nanti masa perhimpunan, saya tidak akan didenda lagi.”
Saya mengangguk membenarkan kata-katanya. Sebelum menuruni tangga, sempat dia berkata, “Ustazah, rehat nanti saya akan datang lagi untuk berbual dengan ustazah. Saya akan pakai songkok dan stokin.”
“Baik. Ustazah tunggu kamu.” Balas saya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis buatnya.
Sebenarnya, pelajar tersebut adalah pelajar tegar tidak bersongkok di sekolah. Setiap kali perhimpunan sekolah diadakan, dia akan ditarik oleh pengawas sekolah supaya berdiri di hadapan perhimpunan kerana kesalahan tidak bersongkok. Sudah berulangkali dia didenda berdiri di hadapan perhimpunan sekolah dan kadangkala dicubit perut oleh guru disiplin, namun dia masih juga liat mahu bersongkok.
Saya tidak mengenali namanya kerana dia bukan pelajar darjah lima. Saya hanya mengenal wajahnya lantaran dia berulangkali berdiri di perhimpunan sekolah kerana kesalahan tidak bersongkok. Kami baru berbaik-baik sejak pertemuan pertama di pejabat beberapa bulan yang lalu.
Ketika itu, dia berlegar-legar di ruang pejabat tanpa tujuan. Melihat saya duduk di meja sendiri, dia datang menegur. Tegurannya disambut baik. Kami berbual beberapa perkara. Saya tidak menegur perbuatannya yang tidak bersongkok dan berlegar di pejabat tanpa tujuan. Sebaliknya hanya mengaplikasi Teknik Nabi Tidak Menegur Kesalahan Tetapi Menerangkan sama seperti situasi di atas. Hasilnya, semasa perhimpunan sekolah petang hari itu, dia tidak didenda lagi atas kesalahan tidak bersongkok.
Barangkali, kerana saya jarang bertemu dengannya, dan jarang dapat mengaplikasi Teknik Nabi kepadanya, dia tetap mengulang kesalahan yang sama. Di hari-hari perhimpunan sekolah seterusnya dia masih tetap didenda atas kesalahan yang sama.
Pada waktu rehat petang hari Jumaat itu, dia datang lagi menunaikan kata-katanya. Kali ini, dia datang lengkap bersongkok dan berstokin. Saya memujinya menggunakan Format Pujian Nabi. Pujian saya berbunyi, “Wah, bagus! Ustazah suka melihat kamu bersongkok. Tentu kamu tidak akan dihukum lagi kerana telah memakai songkok.” (Baca Teknik Format Pujian Nabi di sini)
Dia hanya tersenyum-senyum mendengar pujian saya. Saya mempelawa dia duduk bersama di meja. Makanan yang dibekalkan suami pada hari itu saya hidangkan di atas meja. Saya menjemput dia makan bersama. Dia sangat teruja.
Semasa makan, kami berbual bercerita pelbagai perkara. Barulah saya tahu bahawa dia salah seorang pelajar kelas corot bagi tahun empat. Kawan-kawannya yang kebetulan mahu pergi ke perpustakaan juga menyinggah di meja saya. Saya ajak mereka semua makan bersama. Jelas kelihatan di wajah mereka rasa terkejut. Mungkin hairan bagaimana rakannya boleh mendapat layanan istimewa daripada seorang guru.
Kami berbual lagi. Di hadapan kawan-kawannya saya disua pertanyaan, “Ustazah, kenapa ustazah tak garang macam guru-guru lain? Ustazah tidak marah-marah saya tidak pakai songkok dan stokin.”
Saya menjawab, “Kerana Nabi tidak pernah memarahi atau memukul orang yang buat salah. Nabi buat baik pada semua orang tidak kira orang itu orang baik atau tidak. Ustazah mahu ikut Nabi, kerana itu ustazah tidak mahu marah-marah dan pukul kamu.”
Dia dan rakan-rakannya memandang saya lama setelah mendengar jawapan tersebut. Ketika berdiri mahu menghadiri perhimpunan sekolah, dia berkata, “Ustazah, salam. Saya mahu turun ke perhimpunan. Nanti ustazah turun ya. Saya dan kawan-kawan tunggu ustazah.”
Saya mengangguk kepala. Baru beberapa langkah berjalan, dia memanggil saya. Katanya, “Ustazah, kalau ustazah emak saya, saya akan peluk Ustazah sekarang.”
Kalbu saya dibuai sayu dan keharuan. Walaupun bayang pelajar tersebut telah hilang di pandangan, kata-katanya masih terngiang-ngiang. Benarlah Teknik Nabi ini mukjizat. Pelajar corot itu apabila dilayan mengikut perlakuan Nabi, menatijahkan impak yang tidak dapat dijangkakan. 

Pelajar corot ini menjadi sangat istimewa apabila dilayan dengan cara yang betul
 
 
* jadi parents ni adalah tanggungjawab besar. banyak yang perlu kita belajar. banyak yang perlu kita tahu. i banyak lagi nak kena belajar pasal parenting. selalu terpikir-pikir, betul ke ape aku yang aku buat ni. betul ke cara aku didik maryam ni. banyak lagi persoalan. kene banyak lagi menggali ilmu-ilmu. kene lagi banyak membaca dan belajar. so kalau korang tahu buku-buku best pasal paernting, blog-blog, website mendidik anak, plis share! TIA.i love you.

Saturday, 15 December 2012

guano lamo tok update blog?

Ade orang rindu penulisan yang entah ape-ape ni. Gitewwww.

Hari ni 38 minggu and still going strong! Takde tanda-tanda pon lagi. Baby la yang strong dok dalam tu. Ummi nya dah tak larat sangat dah rasa. Cepat sangat bateri weak ni. Dia nk bagi kak maryam manja puas-puas kut.

Memang dok melayan maryam jelah kan sekarang ni. Tapi dah kurang dukung dia dah. Atas nasihat gynae. Memang amukan la dia ummi tak nak dukung kan. Tapi try pujuk-pujuk dia faham jugak. Kalau mood ok la. Kalau nak cepat i dukung jugak. Kadang-kadang kesian jgk, tp perlu la biasakan. Mana boleh nak dukung dia pon dalam pantang nanti kan. Harap kak maryam faham eh sayang.

Tapi dia bermanja cara lain plak sebab xleh dukung kan. Dia minum susu macam baby sekarang ni. Kejap-kejap nak milk. Malam pon sampai lenguh. Tapi kalau i lenguh sangat mintak dia stop kejap dia faham. Tapi lepas tu mintak balik.

Suka hug org, kiss orang. Dan dah pandai mintak hug jugak. Bosan-bosan dia g dok tepi tarik tangan suruh hug dia.

Tu jelah dulu kut. Sbb tu tak update. Nothing much to share pon. Masak pon ala-ala jer.

For those yang bertanya pasal instagram tu, nun atas sekali nun instagram mak. Kalau sudi sila la follow. ;D tapi lepas follow jangan la bosan. Instagram i tu lepas gambar food, gambar maryam, pastu gambar food, pastu food, pastu maryam. Hehe. Live update ape yang surirumah buat hari-hari. Gitewww

K bie, dah update. Puas hati?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 12 December 2012

12.12.12

"Yang, u beranok esok lah"

*muka pelik*

"Esok 12.12.12"

"Ehhh...suka hati. Beranok la sdiri"

Assalmualaikum!

Hari ni 37 minggu 5 hari, dan masih sihat dan kuat. Isnin lepas ade dia bagi false alarm, dan rasenye tu braxton hicks je kut. Now dah sihat walafiat macam takde ape-ape tanda pon adik maryam ni nak keluar dalam masa terdekat.

Hikmah disebalik kejadian adalah sekarang dah ready sepenuhnya dah. Bag dah packing, barang keperluan maryam, baby, walid, ibu merandung untuk ke hospital semua dah ready. Hehe. Dah lama walid maryam bising suruh kemas sebab dulu masa maryam awal gila kemas, tapi i tak rasa nak kemas. Rilek-rilek jer dulu.

Gambar kat atas tu gambar maryam di playground giant kinrara. Anak mak dah big girl. Slide palung besar gambar first tu dia dah boleh panjat dari bawah. Terkejut plus kagum sekejapan. Ade 2,3 orang budak tengah main jugak, nampak ok je dia bersosial. Tp xbercakap la. Dia follow jer budak tu. Pastu dua-dua buat hal sendiri. Heheh

Banyak dugaan semenjak dua menjak ni. Tapi i malas nak tambah unnecessary stress, tak bagus untuk baby. Tapi untuk peringatan, nikmat dan rezeki semua datang dari allah. Semua hak Dia, tak ade satu pon yang ade pada kita ni hak kita. Selagi ade masih dipinjamkan, bersyukurlah dan hargailah. Sebab bila-bila masa yang Dia mahu, dia tarik balik.

Bye!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 7 December 2012

bittersweet

Makin kerap dia tido sendiri sekarang. Macam berita baik kan since i yang nak sangat dia berdikari sikit sekarang. Supaya senang i nak handle 2 budak dalam satu masa nanti.

Tapi bila dia dah tak memerlukan sangat nenen untuk tido. Terutamanya nap pagi, buat i rasa sedih tak diperlukan. Pulokkkkk!

Anak ummi dah big girl. T-T

I love u maryam. Tido macam tu macam dok dalam perut je kan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

maryam pergi world breastfeeding conference 2012 di new delhi!

tapi gambar maryam jelah. muahahaha

semenjak dua menjak ni ramai sangat kenal dengan mommies yang hebat. saya adalah sungguh kagum. terasa diri ini sungguh kerdil kecik tapi obese. eh. 

insyaAllah, bukan nak kagum jer. i nak follow step dieorang dekat-dekat, rapat-rapat supaya jadi mak yang hebat macam diaorang jugak. xdapat sama hebat pon sipi-sipi pon ok lah kan. =)

Wednesday, 5 December 2012

maryam banana

Buah yang maryam paling suka anggur ngan pisang. Last week masa pergi amcorp mall masuk giant kejap sebab nk beli pampers murah. Masuk giant amcorp hadap buah dulu. Habis lah dia amukan disitu nak 'nana'. Buah bawak bukan anggur. Kalau bawak anggur boleh pujuk lagi. So terpaksa la ambik timbang. Makan kat situ jugak. Lepas tu baru bayar.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, 1 December 2012

baby shower





Assalamualaikum dan selamat...pagi!
Tak boleh tido. Update blog lah kan. Hehe

Syukur alhamdulillah walaupon i bukan ditakdirkan untuk mendapat rezeki harta yang melimpah ruah, tapi selalu dilimpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Gitewww!

I tak pernah terpikir pon akan ade baby shower lagi bila dah pregnant ank ke 2 ni kan. Masa maryam dulu kira ternanti-nanti jugak lah (eh alamak bocor rahsia). Tapi thanks to husband nd rakan-rakan yang aturkan surprise baby shower ni. I kene berhati-hati lebih no? Bahaya ade kawan- kawan dan husband yang pandai berlakon ni. Terutamanya husband la kan!

Thanks. Thanks. Thanks. Sebab buat mak buyong terasa sangat happy semalaman. Dan maryam pon sangat lah happy malam tu. Gelak and main sepanjang malam. Nangis masa nak balik sebab terhantuk kat meja. Hehe rosak terus mood . Thanks jugak yang tak dapat datang sebab jauh. Tapi terlibat dengan dengan lakonan pon ok dah. Hehe. saya sayang semuaaa orang. Sebelum entry ni jadi macam speech retis menang anugerah baik i stop.

Sebelum tu. Lagi pasal NIP. Seriously ade org horny bila tengok perempuan dok menyusu lagu ni apa pon xnampak? Masalah dah tu kalau ade orang terasa ape-ape. Ni adalah situasi biasa i kalau keluar. Maryam adalah budak tak kenal ebm. Botol susu apatah lagi. Kalau keluar makan memang masuk kedai cari tempat strategic yang i boleh menyusu. Kiranya walaupon tercover, i still cari tempat yang tersorok. Lagi yakin. Kawan - kawan pon dah tahu sangat. I akan dapat special seat biasanya. Yang paling kedalam. Tapi if terdesak, belasah sajor. Dah pro yo!


Nursing cover pon dari yang cute cantik, bila anak besar macam-macam gaya menyusu ni dah tukar ke yang saiz selimut. My friends panggil apron. Perempuan bukan senang-senang sajer -sajer suka-suka nak tunjuk tetek dikhalayak ramai yg bukan muhrim. Insyaallah kalau yang waras akan cuba cover cmane pon. Dan nasib baiklah suami mak jenis ok kalau nk nip. As long as tercover. And dialah pon yang beli baju nursing, nursing cover. Supaya isterinya boleh bagi anak dia makan bila perlu dalam keadaan tercover. Dia lagi bising kalau i pakai baju ketat tudung singkat. Pasal nip dia tahu i tahu ape yang i buat.

Last sekali, rindunya zaman bujang berjimba dengan rakan-rakan. Dan bila main kad memang akan mengimbau kenangan lama. Skrip lama pon berulang. Orang yang sama yang akan kalah. Org yang sama yang akan jadi orang yang "10 minit kemudian". Walaupon kejap jer main atas faktor 'hoi esok kerja la', 'arghhh..maryam dah bosan so kene balik' , tapi cukup lah untuk mengimbau kenangan lama. ;)

dan bie, i love u soooooooo much!
Published with Blogger-droid v2.0.9