Pages

Saturday, 1 December 2012

baby shower





Assalamualaikum dan selamat...pagi!
Tak boleh tido. Update blog lah kan. Hehe

Syukur alhamdulillah walaupon i bukan ditakdirkan untuk mendapat rezeki harta yang melimpah ruah, tapi selalu dilimpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Gitewww!

I tak pernah terpikir pon akan ade baby shower lagi bila dah pregnant ank ke 2 ni kan. Masa maryam dulu kira ternanti-nanti jugak lah (eh alamak bocor rahsia). Tapi thanks to husband nd rakan-rakan yang aturkan surprise baby shower ni. I kene berhati-hati lebih no? Bahaya ade kawan- kawan dan husband yang pandai berlakon ni. Terutamanya husband la kan!

Thanks. Thanks. Thanks. Sebab buat mak buyong terasa sangat happy semalaman. Dan maryam pon sangat lah happy malam tu. Gelak and main sepanjang malam. Nangis masa nak balik sebab terhantuk kat meja. Hehe rosak terus mood . Thanks jugak yang tak dapat datang sebab jauh. Tapi terlibat dengan dengan lakonan pon ok dah. Hehe. saya sayang semuaaa orang. Sebelum entry ni jadi macam speech retis menang anugerah baik i stop.

Sebelum tu. Lagi pasal NIP. Seriously ade org horny bila tengok perempuan dok menyusu lagu ni apa pon xnampak? Masalah dah tu kalau ade orang terasa ape-ape. Ni adalah situasi biasa i kalau keluar. Maryam adalah budak tak kenal ebm. Botol susu apatah lagi. Kalau keluar makan memang masuk kedai cari tempat strategic yang i boleh menyusu. Kiranya walaupon tercover, i still cari tempat yang tersorok. Lagi yakin. Kawan - kawan pon dah tahu sangat. I akan dapat special seat biasanya. Yang paling kedalam. Tapi if terdesak, belasah sajor. Dah pro yo!


Nursing cover pon dari yang cute cantik, bila anak besar macam-macam gaya menyusu ni dah tukar ke yang saiz selimut. My friends panggil apron. Perempuan bukan senang-senang sajer -sajer suka-suka nak tunjuk tetek dikhalayak ramai yg bukan muhrim. Insyaallah kalau yang waras akan cuba cover cmane pon. Dan nasib baiklah suami mak jenis ok kalau nk nip. As long as tercover. And dialah pon yang beli baju nursing, nursing cover. Supaya isterinya boleh bagi anak dia makan bila perlu dalam keadaan tercover. Dia lagi bising kalau i pakai baju ketat tudung singkat. Pasal nip dia tahu i tahu ape yang i buat.

Last sekali, rindunya zaman bujang berjimba dengan rakan-rakan. Dan bila main kad memang akan mengimbau kenangan lama. Skrip lama pon berulang. Orang yang sama yang akan kalah. Org yang sama yang akan jadi orang yang "10 minit kemudian". Walaupon kejap jer main atas faktor 'hoi esok kerja la', 'arghhh..maryam dah bosan so kene balik' , tapi cukup lah untuk mengimbau kenangan lama. ;)

dan bie, i love u soooooooo much!
Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

zailamohamad said...

takut tengok perut Farah..besarnyoooooo..

apa2 pon moga selamat bersalin..bestnya ada saing2 yg nak buat baby shower..

CtNurwaty Samsudin said...

Wahhh best nye dh second baby. Congrats :)