Pages

Wednesday, 21 November 2012

ucu

ucu maryam

ni adik i yang paling bongsu. lama tak bercerita pasal dia. dia sangat special dalam family kiteorang. anak bongsu, gap umo jauh, istimewa (sindrom down) so dia adalah macam maharaja dalam family. hahaha. semua orang kalah dengan dia.

suka sangat main air. kalau datang rumah i suka sangat lah kalau boleh mandi pool. tapi biasanya jarang ade orang nak bawak turun dia sebab penat nak kawal. =P memang penat pon. abah i pulak sakit pinggang. memerlukan bantuan dari anak-anak. 

masa dia kecik, dia sangat rapat ngan awoh. boleh dikatakan dia terjaga lah. dan boleh berdikari and terkawal (saudara kiteorang, merangkap helper kat rumah kiteorang) sampai lah awoh kawen, dia macam memberontak, plus my mom ngan my dad kerja xde masa nak melayan dia 24 jam. siang dia tinggal ngan mak cik i. sampailah i habis belajar, menunggu hari nak kawen, tengah buat preparation kahwin sambil-sambil jaga dia selama 3 bulan. masa tu i jadi penjaga dia sepenuh masa, mandikan, bagi makan, hantar sekolah, balik sekolah. masa tu dia manja giler ngan i. and i rasa perangai dia pon terkawal lagi masa tu.

dia dah boleh berdikari sikit-sikit dulu sebab masa tadika dia bersekolah untuk budak-budak special macam dia. sekolah under lion club tapi dia macam charity, atas budi bicara kita nak bayar berapa. tapi puas hati hantar kat situ sebab cikgu memang terlatih dan shahir belajar banyak benda kat sana. dia pon suka pergi sekolah. tapi jauh lah. kat kota bharu. tapi ok jer semata-semata nak shahir belajar something kan. kalau kat rumah ape jer dia belajar. tapi sekolah tu sampai 7 tahun jer. dia tak terima budak besar.

jadi shahir didaftarkan di sekolah kebangsaan, kelas kanak-kanak khas la kan. sebab i kat rumah tak de ape pon nak buat, kadang-kadang i tunggu jer dia kat sekolah. tapi dia tak boleh nampak i lah. tak pon i datang awal. i nak tengok keadaan dia. ape yang dia belajar. ade la jugak parents or nenenk datuk budak-budak kat situ yang memang datang awal, ortak balik. berbual-bual lah dengan mereka. tapi pembantu and cikgu kat situ tahu biasanya i ade jer sekitar sekolah tu, so kalau shahir buat hal, keluar kelas masuk main dalam bilik air ke, dia try cari i dulu. i yang kene handle. kalau i tak de dieorang la kut handle. kuttt

(no offense eh, cikgu pendidikan khas, maybe ni cikgu yang i jumpa. tapi kalau korang menjalankan tugas dengan baik. alhamdulillah berjaya memikul tanggujawab dengan baik. tahniah! so jangan terasa) sepanjang 3 bulan i dok jaga shahir tu, ape yang i perhatikan budak-budak memang baik dengan pembantu lah. pembantu lah yang banyak uruskan mereka. yelah. tulah tugas pembantu kut. cikgu-cikgu ni tugas dia mengajar eh? so banyak masa dieorang dalam bilik cikgu. masuk kelas kejap-kejap dalam 5-10 minit ajar menyanyi. pastu kembali ke bilik dieorang buat kerja. shahir pernah terlepas masuk bilik dieorang, so pembantu panggil i suruh panggil shahir (benda macam ni pon i kene buat, mentang-mentang dia tahu i ade kan) i ternampak lah cikgu-cikgu dok berbual-bual sambil makan. pembantu sedang uruskan budak. (mungkin kebetulan i masuk bilik tu dieorang tengah makan sambil berbual. sebelum i masuk memang selalu buat kerja berhenti rehat sekejap. bersangka baik)

i banyak stay kat sekolah sebab i nak belajar sebenarnya. camane cara dieorang handle budak istimewa ni kan. cara bercakap, cara memujuk, cara mengajar. boleh i praktikkan dirumah. tapi maaflah. 3 bulan i tak belajar ape-ape. tapi sekali lagi bersangka baik. baru 3 bulan jer. mungkin dia nak shahir sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dulu. bukannya nak suruh shahir pandai sampai upsar dapat 5A pon. at least pandai berdikari la kan. tapi mungkin la. 3 bulan tu terlalu singkat sebenarnya. i pon tak nampak sangat ape yang dia belajar. pernah la tengok cikgu dia bawak radio pasang lagu. masa belajar lain mungkin masa i keluar kejap-kejap pergi kedai , masa i balik rumah kejap tu. lagi pon mengajar budak macam ni macam ajar baby lah kut eh? sesi dia kejap-kejap jer. kuttt

tapi i ade ikut lawatan sambil belajar dieorang kat hospital. kat situ banyak lah i belajar. i kene ikut kalau nak shahir ikut. sebab dieorang takut shahir takleh nak handle. takde masalah. since my mom pon kerja kat hospital tu. kalau bawak keluar budak istimewa ni tanggungjawab lebih la sikit kan. kalau budak hilang naya. kat sini baru lah nampak cikgu-cikgi memainkan peranan. bukan semua pon yang lepas tangan kat sekolah tu, memang nampak la ade jugak cikgu yang bagus layan budak-budak ni. nampak keikhlasan dan kasih sayang. maybe i yang nampak yang tak cukup kasih sayang. biasalah kan. manusia nampak yang buruk jer. ade lah yang berminat dengar taklimat dari pihak hospital, tanya masalah pelajar dieorang, cara nak mengatasi, masalah kesihatan. baguss. ade jugak yang duduk jer belakang berbual, bila akhir majlis mintak nak slide show sebab nanti senang nak buat assignment sebab tengah sambung belajar. =O

sekali lagi, 3 bulan terlalu singkat. pejam celik, pejam celik dah 3 bulan. tiba masa i kahwin dibawa suami. tugas ambik shahir dipikul oleh abah i pulak. bermula drama lepas tu. shahir main air kat sekolah pon dia call my mom. call my dad yang tengah bermesyuarat kat sekolah. sampai satu hari cikgu call shahir tak boleh berdikari. dia kene masuk sekolah lain dulu. masa tu i belum pon sebulan kahwin. and yang bagusnya, cikgu tu buat report, my parents yang mintak shahir keluar pergi sekolah lain. hurmmm...

kat sekolah baru tu, cikgu sikit dan student ramai. tapi cikgu-cikgu adalah baik. cuma dia terlalu bagi kebebasan kat kat shahir. pergi sekolah shahir tido jer. -____-" lepas tu lamaaaaa dia tak pergi sekolah sebab takde orang nak jaga dia kat rumah lepas balik tengahari , hantar bagi mak cik i yang jaga. lepas abah pencen baru hantar g sekolah balik. dia dah seronok kat rumah. perangai susuah nak kawal, agak degil, dah remaja pandai memberontak. abah i dah tua, sakit pinggang tak leh nak handle dia sangat. dia pon semakin hari semakin besar. so sekarang i rasa dia makin susah nak handle.

kesimpulan dari cerita ni, korang tahu tak kat mana nak hantar budak macam ni. kat kelantan or kalau kat kl pon sesi yang jarang-jarang tapi berkesan je lah yang boleh join since my mom kerja lagi nak suruh dia pandai berdikari jer. kat sekolah pendidikan khas i tak nampak benda ni akan berjaya. ke tak cukup lama tak tahu lah. ajar kat rumah korang tahu lah anak dengar parents sendiri kan. bukan dia nak dengar. lagipon dia memang dimanjakan oleh my parents. susah jugak terlalu dimanjakan ni.

ke sapa-sapa nak share pengalaman ke, umur 11 tahun ni memang masa dia cepat memberontak ke, maklumlah nak remaja kan. dulu kanak-kanak. sebab i ade jumpa mak-mak yang ade ank sindrom ni, umur ni dieorang cakap memang susah nak handle. bila makin besar makin pandai. tapi i tengok ade jer yang ok. cikgu dia cakap atas budak lah.
ok sekian kisah ucu maryam. 

ni kesah mak tok maryam melayan cucu pulak.

rayyan kecik-kecik dah terer main slide besar

dan memanjat. hehe

ngan ayoh mi dieorang



7 comments:

SURIA AMANDA said...

seronok bebudak ni kan....

Super Semangat said...

comel la maryam..

ettyzukhair said...

i have BIL with syndrome down, dr kecik memang sekolah khas, kemudian masuk sek keb Jln Reko kajang, ade kelas utk special..now 20y dah..now masuk sekolah Kebajikan Kanak-kanak Kajang..so far memang sgt berdikari, n pandai..pandai dikalangan dia lah..mmg pandai bawak diri..& dah pernah sampai singapore wakil bola sepak (tanpa penjaga juz coach)..rasanya if dr awal sekolah special, khas insyaallah boleh membantu..kat rumah pun boleh ajar dia berdikari mintak dia buat benda simple2..

erna said...

seronok maryam. bukan main lagi dia =)

darthvader said...

assalamualaikum sis.

cousin kite pun mcm adik sis, hantar sekolah kebangsaan yg ade pendidikan khas x membantu sgt, maybe membantu dari segi pergaulan. lepastu tetiap petang aunty akan panggil teacher dtg rumah utk ajar reading dgn writing sbb dia ni klu dgn family mmg x jalan. manja, so kena panggil org lain yg ajar. tapi time belajar tu jgn bagi dia nampak family membert. hehe. and every wekend aunty hantar anak dia kat sini http://www.wqpark.com.my/ utk lancarkan cakap, reading and how to writing.

SKA said...

Assalamualaikum.

terpanggil utk komen since ur adik sama mcm my adik. b4 teruskan just nak tny,adik awak jenis mcm mana? syndrome down ada 2 kategori - hyper & pasif. adik saya jenis pasif. pendiam & x byk kerenah tp sgt sensitif & kuat melawan kalau dgn org2 yg mmg hari2 ngadap muka dia (cth: my mom). adik saya dr umur 5 tahun mak dah masukkan sekolah khas. klu kt Johor ada satu skolah khas nama dia PDK - Pemulihan Dlm Komuniti. skolah ni mmg khas utk org kurang upaya & x de had umur. majoriti yg masuk budak2 syndrome down. teknik belajar x mcm skolah biasa. dia more to mcm mana nak berdikari. so far adik saya alhamdulillah. byk peningkatan. dia dah sgt2 kenal ABC, 123 & pandai eja nama sendiri. boleh diharap ambil brg, faham apa org ckp cuma dia x pandai nak balas apa org ckp sbb dia mmg x reti ckp (sebut satu dua perkataan simple bole la tp buat ayat mmg failed), pandai lipat baju, mandi & berus gigi sendiri. paling ketara, dia pandai cuci pad sendiri tiap kali dtg bulan. my adik sekarang umur 18 thn. nak handle kanak2 istimewa mmg nak kena byk sabar sbb diorg belajar ikut angin diorg. klu dia x nak mmg x nak la. so cikgu2 yang ajar mmg flexible. ikut rentak anak murid & x boleh paksa. klu dipaksa mereka akan kuat memberontak. cuba try search kat internet psl skola ni. kat johor ada byk rangkaian kat hampir setiap daerah tp x pasti kat negeri lain. sepanjang saya tahu, skola ni ada link dgn JKM (jabatan kebajikan masyarakat)


in the same shoe,
SKA

zailamohamad said...

anak buah kak ila pon ada srang sindrom down (kalu farah perase ada kat rumah kak ila haritu)..nama dia Fawaz, memang special..ahli syurga penghibur abang ipar sekeluarga..suka tgk gelagat dia kalu jumpa ngan Fawaz..Haziq & Husna meme suka main ngan Fawaz ni