Pages

Tuesday, 20 November 2012

setahun 11 bulan.


assalamualaikum dan selamat pagi!

my baby dah 23 bulan hari ni. lagi sedikit nak cukup 2 tahun. kalau dulu ummi tak nak awak awak besar, sekarang ummi dah tak sabar-sabar nak tunggu awak 2 tahun. heeee

alhamdulillah. masih lagi menyusu susu ummi. fully bf. masa kecoh-kecoh pasal NIP 2-3 minggu lepas mak ade lah jugak membuang masa membaca komen. best jugak tengok orang gaduh kan. >..<  ade orang sibuk nak komen as if dia tahu semua benda tapi fully bf ngan exclusive bf pon tak tahu beza. how laaaa? mak rasa if tak tahu pape baik senyap no? kalau tak nampak sangat lah kepandaiannya. eh. ok. mak senyap. nak cerita pasal anak niiii

sekarang ni susu ummi tengah banyak dah kut. akhir-akhir pregnancy ni. breast pon asyik membengkak. sesuai lah dengan mood dia baru lepas baik demam. demam dah ok. tinggal batuk and selesema kadang-kadang. so selera makan dia menyusut. sangat susah nak agak. nak makan, tak nak makan suka hati dia jer. huhu. lagi suka mengempeng. if dibiarkan dia boleh baring sepanjang petang mengempeng. mak lenguhhhhh. dah la ngan sakit pinggang ni kan. dia macam balas dendam lepas ni ummi bukan dia punya sorang-sorang, so nak bermanja mengempeng puas-puas.
`
kemanjaan pon boleh tahan la sekarang. sampai tahap nak keluar bilik ke ruang tamu pon tak nak jalan. nak dukung. sangat la sensitive. suka sangat nangis *eh bukan memang suka nangis ke?* hahaha. makin kronik la dengan kata lain. tapi entah lah, i rasa lagi boleh sabar dari sebelum-sebelum ni bila mengenangkan lepas ni i dah tak boleh nak tumpukan perhatian kat dia seorang. so baik lah maryam. dalam masa sebulan ni, awak boleh buat suka hati awak nak. adik keluar nanti. siappppp! =D

dah boleh harap bab mengambil barang. heee. umminye kan dah susah*ehem* malas*ehem* nak bangun bergerak, kadang-kadang phone dok luar, i dok dalam bilik, suruh jer dia pergi ambik. nanti dia terkedek-kedek la keluar cari. kalau dulu boleh suruh ambik benda depan mata jer. dah boleh suruh simpan pinggan dalm sink. tolong buang sampah dalam tong sampah. makin senang kerja mak kau. =p

bercakap. alhamdulillah. setiap hari semakin banyak cakap. makin nampak progress. dah mula ikut kita bila ajar 1,2,3 dan abc. alif ba ta tak nak ikut lagi. padahal alif ba ta yang ajar dulu. tak cukup kerap kut. huuuu. sekarang tengah ajar shape. dia kenal star dengan circle jer. yang lain senyap lagi. xpe baby. take your time. body part dah berjaya sepenuhnya alhamdulillah.

memang dah pandai sebut ummi. tapi bila panggil still nak sebut 'abah'..hurmm. kene betul kan selalu. walid dia kalau tunjuk dia cakap la 'led'. tapi bila panggil dia panggil 'bie'. siap ngan nada sama ngan i panggil pulak tu. walaupon rumah ku syurga ku ni cute jer, tapi bila dok dalam bilik, orang kat luar memang tak dengar la kalau panggil manja-manja kan. ke masalah sound system orang rumah ni tak tahu lah. so selalu kene panggil berkali-kali dengan nada yang main kuat and makin panjang. gitu la maryam kalau panggil walid dia. "bieee, bieeeeeeeeee, bieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee" -_______-"

dah pandai memilih baju. dia lagi suka kalau baju tu kaler pink. and ade bird xpon kucing. bru-baru ni aunty munie dia kasi baju tido hello kitty, tak boleh tengok ok baju tu. kalau siang pon mintak nak pakai. -___-" ade satu tshirt berjalan dia ade gambar kucing pon dia suka jugak. sangattttt suka kucing. sangatttt suka star. sekarang kan deko-deko kat mana-mana pasaraya banyak theme christmas, ade banyak bintang-bintang. dia tak nak gerak dari tempat deko tu, sampai la dia penat dok sebut "star, star, star"

 first time dia nak duduk dan tido dengan sendiri nya dalam car seat. biasa kene tunggu dia tido then i letak dalam dalam car seat.

ade drama berlaku di sini. yang orang lain tak tahu. husband mak pon tak tahu. ni hari nak balik kampung, maryam dok seat depan, and i dok seat belakang. maryam masuk kereta, terus nak duduk atas car seat, and sekejap lepas tu dia pon tertido. mak dok berdrama lah sorang-sorang kat belakang ayaq mata meleleh sebab anak dah berdikari dah nak dok atas riba. rasa macam dah tak diperlukan. -____-" macam beza seat depan ngan belakang tu jauh sangat. tapi husband xperasan sebab hari adalah hujan lebat dan dia tengah drive. naseb baik kalau tak kene gelak, tapi sedih yang sementara jer! bangun jer tido sibuk nak dok belakang jugak!!! dan rutin biasa kalau dalam kereta pon bermula. nak milk. pastu sleep. pastu nak milk. pastu sleep. sampai mak lenguh habis satu badan nak sampai ke kelantan. dah la masa tu hampir 12 jam perjalanan. masa tu tak de dah nak sedih-sedih rasa anak dah besar ke ape. rasa nak soh dok diam-diam dalam car seat pulok. lenguh pinggang anok~

ni pulak cubaan tido diatas katil sendiri malam pertama.

malam-malam i dah susah nak tido. kene cari position yang selesa. so memerlukan space yang besar. lapik perut. peluk bantal, lapik belakang lagi. jadi i pon masukkan katil dia letak sebelah jer ngan katil kiteorang. dekat bersambung pon. tapi katil dia lagi rendah la dari katil kiteorang. tapi tak berjaya cubaan pertama. sebab end up i yang tido sekali ngan dia atas katil kecik tu sampai pagi. sebab tertido dia bangun menyusu banyak kali. begitu jugak ngan malam kedua, dan ke tiga. asyik sedar jer. tak pon dia melompat naik tido atas katil mak. rindu bau ummi. =p so sampai sekarang katil tu terbiar. dia tak nak tido. nak tido atas katil kiteorang jugek. so bersempit la kami 3 orang dengan bantal nya lagi. nantilah nak try lagi. sebab masalah tido malam makin kronik.

ok maryam. awak dah besar tau. dah nak dekat 2 tahun. dah tak baby langsung dah tau. dah nak jadi kakak dah insyaAllah. so please act like one. hehe. jangan mengempeng kuat sangat sayang. nanti ade baby bukan ummi suruh stop pon. ummi suruh share je. ummi ngan walid love you so muchhh!

7 comments:

NenetPenne (NP) said...

as farah tahu, akak memang tak ada anak kan jadi biarpun tak ada anak..kita ada ramai anak sedara... kita observe je lah anak sedara dan kakak kita tu....

jadinya kakak akak dia kalau ada baby baru, dia kurang peka pada anak sebelum ni membuatkan anak sebelum ni rasa terpinggir. disebabkan rasa terpinggir, siabang jadi benci pada adik dia. suka usik suka sakat adik dia, kdang sampai dia lepuk adik dia.. masa tu beza umur antara yang baby tu dengan yang abang tu lebih kurang 2 tahun...

akak cakap kat my kakak, lain kali jangan buat mcm tu..jangan lah memberi sepnuh perhatian pada baby baru sehingga mengaggap anak sebelum tu dah pandai berdikari.. dan membiarkan anak tu gitu jer...

senang kata, kita ni kenalah mengamalkan demokrasi berperlembagaan lah...

mrs.spicy said...

tq net. nasihat berguna. insyaAllah akan dipraktikkan=)

shark said...

dah nak ber adik pun :)
takecare mummy :)

♥MAMASYAZA♥ said...

sekejap aje maryam dah besar. insyaallah bila dia ada adik nanti, mesti dia makin pandai bawak diri

Madi @ Aed said...

luv u maryam..hehe

ederq said...

bab suka star tu sama k. kat ikea ari tu kan byk star xmas tu. setiap kali lalu nak pegang. kalau jalan je marah huhu

Minnie said...

Salam i nk tnye, i hv a baby baru 14 mnths. Saya just curious if kite breastfeed until she's 2, what sort of milk should we give after that? Kalau nak minum susu tepung baby mcm tk berminat je?