Pages

Friday, 19 October 2012

puding oat

 puding oat bersama pisang dan kismis

sejak maryam sangat lalu makan ni, dah lama jugak tak berpuding dengan oat ni. dah 5 bulan dia lalu makan ape sahaja! cepat jer masa berlalu kan. teringat dulu macamana hari-hari mak struggle masak macam-macam. end up, sendiri masak, sendiri makan. hahaha. 

resepi puding oat boleh rujuk kat sini PUDING OAT jugak.

kali ni i lebihkan air. untuk air boleh guna air ke susu. suka hati. kesedapan puding aot ni bergantung kepada buah. oat pulak, kalau nak rendam pon boleh semalaman. perah lemon sikit. selin membantu nutrient senang diserap oleh badan, boleh cepatkan process memasak jugak. tapi boleh kurangkan air

1/4 cawan rolled oat
3/4 cawan air
telur sebiji
pisang sebiji saiz besar
kismis

campur jer semua. kukus sehingga masak dalam remekin. dalam 15 minit gitu. nak bakar pon boleh. lama la sikit ambik masa. 

layan gambar maryam makan puding oat.






i buat dapat 2 remekin tu. dia dah habiskan satu bekas dia makan sorang-sorang. lepas dia makan, i ambik lagi satu bekas ingat nak makan, tapi offer dia jugak. pastu dia datang mengendeng cakap "nakkk". so i tak makan lagi, suap dia dulu. mak makan kang tak cukup anak plak kang. tengok-tengok habis jugak lagi sebekas. =O banyak nye makan. mak nye terpaksa la breakfast benda lain. akibat kekenyangan snek ngan lunch tak makan sangat. huhu

*resepi ni untuk 1y+ sebab guna sebiji telur. kalau bawah setahun, nak makan jugak bila dah 8 ++ and tak allergic boleh la guna kuning telur jer dan make sure masak sepenuhnya.

6 comments:

genuine1224 said...

yeaaa..balik kang nak buat...
pandia maryam, mkn banyak. syok bila anak lalu mkn

Nor Arinee Mat Saaud said...

sis ,
boleh share tak cmne turning point yg Maryam boleh jadi sgt berselera tu? i worry sb anak I dh 2 tahun tak nak makan ape2 sejak lepas kena HFMD haritu.

YaIs_JM said...

Assalam...hi
Salam kenal...
Suka bc ur blog...best tgok byk resepi...i follow u..hehe

SyAyUs said...

selalu buat kan puding mcm ni utk wardah..mmg die suke sgt mkn..

Amyz Patrickz said...

mak,mcm mne nak wat blog cantik mcm mak? saya ni bru belajar nak blogging..plz bg tunjuk ajar..TQ :)

eta305 said...

nak tanya kismis per yg sesuai beli utk baby..pastu remekin tu nak beli kat ner selain daiso..