Pages

Thursday, 13 September 2012

kene tinggal pada malam jemahat


 walid maryam ke bintulu pagi tadi. semoga selamat sampai and selamat kembali. tak lama pon. esok petang pulang lah ke pangkal jalan. so maryam anggap jelah walid balik lambat kerja, maryam tido awal, tak sempat nak jumpa walid. esoknya walid pergi kerja awal maryam tak bangun tido lagi. petang esok boleh jumpa walid lagi. pastu weekend kita ronggeng ke tampin tengok cik sima naik pelamin.

dinner semalam. prawn olio dengan sotong celop tepung rangup.

husband nak main badminton malam. so dinner dia tak nak dinner yang sangat kenyang. kalau makan nasi mesti sangat kenyang sebab ade lauk, ade sayur asing. menambah pulak. hari dia main badminton memang dia tak nak makan nasi. mak lah yang pening pikir menu kan. lakna, goreng, bandung, hailam, dok putar-putar menu sama. dah la semua menu pon guna pasta. jarang rumah ni beli mee, kue tiaw. pastu menu yang sangat selalu keluar balik-balik olio, balik-balik olio. yang tukarnya lauk ngan bahan-bahan sayuran jer. jangan kata orang yang makan, tukang masak pon bosan. 

so setiap kali hari dia nak main badminton mak paksa dia cakap menu nak makan ape. tak payah pening kapla pikir menu. biasanya dia tak membantu pon. jawapan standard dia, " ape-ape jelah yang. semua i makan bini i masak". -____-"

tapi semalam, dia cakap nak makan bihun tomyam. erkkk. tak dak bahan la pulok. tu yang dia malas membantu tu kan. kang kalau cakap nak makan ape, bukan nye dia tahu bahan ape ade dalam peti. hehe.

 goreng sotong asing tak campak sekali ngan olio sebab nak kelainan. ade lah sdikit kelainan kan kan kan. =D

breakfast pagi tadi. nasi goreng nenas. dengan sotong celup tepung lagiiii 
>.<

nampak sangat dah takde idea sangat nak masak kan. i kene beli buku satu hari satu masakan tu lah. mak vuntu lah. vuntu. 

sebab tepung semalam berlebihan. buat la lagi.

walid maryam suka sotong celup tepung versi ni. i is main campak-campak jer semalam. boleh la simpan untuk rujukan untuk masa hadapan.

resepi sotong celup tepung rangup

4 sudu tepung jagung*
2 sudu tepung beras*
setengah sudu teh garam (setengah sudu tak membukit)*
serbuk lada sulah*
serbuk lada hitam*
telur

 campur semua bahan bertanda* dalam bekas tertutup. supaya jimat tenaga, goncang2 jer bekas bekas tu supaya semua bahan bercampur dengan sebati. buang kulit sotong, hiris suka hati nak tebal mana, bentuk camane. celup telur, masukkan kedalam bekas ade campuran tepung tu. tutup dengan penutup. shake-shake lagi supaya tepung tu menyaluti sotong sepenuhnya. goreng lah dalam minyak yang banyak.

 i loike cara ni. sesenang abc, dapur tak bersepah. tak payah risau adunan terlebih cair ke pekat. hihi

kalau terlebih tepung tu. boleh simpan balik dalam peti. guna lain kali.

kekenyangan sepasang suami isteri di pagi hari. tu kira bekal ubat pengasih sebelum keluar outsteseng =P

akibat ummi kenyang. maryam bangun tido ummi dah malas nak masak dah. hahaha. 

ni jer menu breakfast maryam pagi tadi. roti whole grain dengan madu. dan mango lassi

 good girl. anak ummi tak memilih. makan ape sahaja. weeee

 kalau nak minum dalam gelas i kne tuang sikit-sikit dalam gelas dia. kalau dak habis tumapah. kalau minum sikit-sikit clean and clear.

kadang-kadang kalau i lambat dia yang tuang sendiri dalam bekas dia minum tu. sekarang dah pro. tuang dari gelas ke gelas dah tak tumpah. berkat selalu prektis. masa prektis tu jangan cakap laaaa. minum air masak pon dia selalu prektis, pastu habis lantai. pastu siap boleh main pijak-pijak lagi air tu. so sebenarnya tak payah ade masa yang khas untuk belajar pon kan. sambil-sambil makan pon boleh buat montessori aktivit kan. boleh asah motor skill. gitewwww~

tapi comot kat mulut mulut tu tak moleh tolong lah.

takpe, nanti saya jilat-jilat. tak pon kalau ummi tak bagi tisu saya lap ngan tangan. pastu saya sapu tangan saya tu kat meja, kerusi, sofa, baju. -___-" 

saya still kanak-kanak la ummi. what do you expect~

4 comments:

NenetPenne (NP) said...

comelll....maryam...
akak lagi senang..beli jer sotong celup tepung versi pacific west punya kat giant..ha ha ha.. dasar lagi pemalas...

♥MAMASYAZA♥ said...

sedapnya tgk prawn olio tu...terliur seketika

dyanayusuf said...

Farah, sotong kena rebus dulu tak?
Tepung2 tu sume x perlu tambah air ehh?
Mcm senang, cepat, setap. ;)

mrs.spicy said...

dyana yusuf, xyah rebus. goreng terus jer kejap. sampai nampak adunan tepung garing. kalau goreng lama sangat nanti sotong keras. xyah tambah air. senang =D