Pages

Wednesday, 19 September 2012

food maryam semalam

 i adalah cemerlang semalam. eheheh

cemerlang sebab berjaya melipat setimbun kain. tapi kerja tak setel lagi sebab princess maryam dah amukan separuh jalan. kain dah siap lipat and kemas, tapi baju dia yang tak kemas lagi. susah jugak anak dara yang rajin 'mengemas' ni. kerja mak dok susun baju dia jer 3-4 kali seminggu. dah la mak dia ni 'rajin' bab2 kemas kain baju niT_T

mak buat kerja rumah ikut mood. kalau bab lipat kain. lipat kain adalah benda paling malas nak buat didunia. ade mesin lipat kain mak berlapar ikat perut beli tau. ade? ade? kalau datang mood malas lipat kain, maka penuh lah katil maryam dengan kain=D tapi semalam datang mood rajin dengan dapat suntikan semangan from husband.

suami memang memainkan peranan penting dalam perubahan mood dan hormon bini kan? kalau cakap baik-baik beserta ciuman dan pelukan insyaAllah hajat akan tertunai. ekekekek. walaupon mintak lipat kain jer pon. hahaha.

apelah masalah bini. lipat kain pon kene laki merayu kan. again. salahkan hormon. =D

i tak de idea nak update blog. tapi nak update jugak. ade request (wah request. dah macam retis) nak tengok food maryam masa lunch. lunch untuk budak-budak setahun ke atas yang masih belum kenalkan garam gula, bahan perisa, msg dan sebagainya. sebab i dok tayang breakfast jer. bukan tak nak tayang, gambar berlambak ambik, tapi akhirnya simpan jadik pekasam tak update. lagipon simple sangat jer pon food maryam. dan menu sama jer dok ulang. buek malu jer masuk blog. tapi akan diusahakan, nanti i akan kumpul letak dalam beberapa entry dalam masa terdekat. tapi dok janji. tunggu mood rajin datang. (salahkan hormon lagi. =D) ni food semalam.

breakfast: lempeng labu

kacau jer sekali telur, tepung atta, labu steam yang dilenyek. masak atas pan letak sedikit minyak. maryam kalau labu buat sayur dia dah macam kureng suka dah. dia lagi suka sayuran hijau. macam sayuran berdaun or brokoli. kalau buat cucur ke lempeng ke, ok la dia makan.

snek pagi. friut salad dengan yogurt

ade yang bertanya pasal yogurt ape yang i guna untuk maryam. i guna full fat natural yogurt jenama Fram fresh untuk maryam. jenama ape pon boleh asalkan dia bukan low fat (budak-budak memerlukan lemak-lemak tu untuk tumbesaran), takde apeape penambahan gula, preservative, perisa. selalu-selalu lah check lebel bila membeli belah. tapi malangnya dekat pasaraya yang selalu i pergi biasanya farm fresh jer memenuhi ciri-ciri. jenama lain macam nestle ke, kalau botol kecil tu memang dia tambah macam-macam walaupon plain xde perisa, pastu kalau bekas besar tu ok, cuma dia low fat. if terdesak tempat takde jenama farm fresh ni ok lah. kalau area kl-selangor ni biasanya ade jer faram fresh kat giant, mydin, jusco, cold storage. tesco jer mak jarang jumpa. setakat ni i guna farm fresh jer lah. kalau takde yogurt ni, habis stok ke ape, tak makan yogurt la maryam sekejapan. i pon makan yogurt ni memandangkan bekas dia besar dan bila dah bukak tahan seminggu jewww. sebab tu la mak lemak bercream disukai ramai. eh

sudu nenek maryam kasi

ni sudu tupperware (betoi dak eja cam ni?) ni adalah first sudu yang dia berjaya guna untuk masukkan food dalam mulut. masa mula-mula belajar makan dulu lah. 

lunch maryam

ikan sardin grill dengan sayur tumis bayam. 

lunch maryam kebanyakan hari ninya macam ni jer. heeee. dia suka ikan. kalau masak macam ni dia boleh marah-marah masa makan sebab lambat suap. =D

senang kan jaga dia. kalau mak dah tak de nanti ade sape-ape nak jadi mak tiri maryam? eh eh eh

5 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

akak kalo dgn ikan, hari2 pun takpe, suka sgt, anak2 pun camtu.
sedapnya lempeng labu tu

Madi @ Aed said...

eh eh eh

alyyani said...

heheheh kenapa dgn last sentence itu? sabarjelah. ;)

Azreen said...

bab lipat kain memang sgt la x sukanye...bile la org nak cipta mesin lipat kain ni ye..

Azreen said...

sgt la x best lipat kain ni kann...bila la org nak cipta mesin melipat kain...alangkah bestnye ;)