Pages

Wednesday, 12 September 2012

durian

 assalamualaikum dan selamat pagi~

semalam hujan, mak pulak menjemur di balkoni lupe nak angkat. petang semalam tak kering lagi sebenarnya. jadinya basah lah towel-towel dan selimut yang di basuh. kene buat kerja dua kali. >.<

ade orang teww yang keluar masuk ke balkoni tewww sepuluh kali sehari membakar paru-paru pong bukan nak tolong angkat pon kain tewww.. lagi suka kalau tengok kain-kain tewww mereput di balkoni tu tewww. -_____-"

i adalah emosi tak stabil dua tiga hari ni.

boleh emo ngan sekecil-kecil benda.
boleh sedih ngan benda-benda yang remeh.
merajuk ngan benda-benda tak penting.

i rasa sebab i penat. penat dengan semua benda. dah la duit tak dak. rasa macam nak kerja pon ade.

sampai lah pagi ni, sedar awal dari biasa. bangun awal dari husband. (mungkin allah nak tunjuk sesuatu) tengok maryam ngan husband tido dengan nyenyaknya. rasa tenang pulok. bersyukur allah bagi sehari lagi bangun dengan sihat dapat jaga anak-laki. ko nak merungut ape lagi maghfarah? bahnyak-bahnyak lah bersyukur.

vocab maryam dah makin banyak tambah 2-3 hari ni.

dah pandai mintak nasi. dah pandai cakap poopoo (baru semalam pandai). dan banyak lagi perkataan seketul-seketul yang kita faham tiba-tiba dia sebut. alhamdulillah. i memang selalu doakan, biarlah dia bercakap dengan bahasa yang i faham pon dah ok, sebelum adik dia keluar.

sebab dia sangat kuat tantrum sekarang. selain sebab dah nak dekat 2 tahun dah menghampir terrible 2 , dan emosi berubah nak ade adik, i rasa sebab dia frust bila ape yang dia nak kita tak faham. camane nak faham kalau maryam tak cakap. sekarang at least dah tahu cakap benda-benda basic. nak makan, nak milk, nak tido, nak tv, poopoo, nak bubble.

tapi kemanjaan melampau tu tak dapat nak tolong lah. kadang-kadang suka mak melayan, kadang-kadang bila penat tu. hurmmphhh... i dapat rasakan dia macam makin rapat ngan mak sekarang.

ramai jugak cakap, tak boleh bayangkan camane maryam nak jadi kakak nanti. memaaaaaaang. mak lagi lah tak boleh nak bayangkan. cuma boleh berdoa dan berharap, bila sampai masanya nanti allah permudahkan segala-galanya. amin. ade 3 bulan lagi. sempat lagi maryam nak berubah peranagi kut. mana tahu, bila keluar-keluar jer adik nanti terus jadi kakak penyayang. sekarang pon dah nampak dah sifat-sifat penyayang bila dia jaga baby-baby binatang peliharaan dia tu.

maryam sangat suka durian. (ape jer budak ni tak suka kan)=P

bila dia tengok gambar durian ni, dia cakap " sedap" hehe

tiger tu pulak dia cakap cat. siap buat bunyi lagi. miaammm. yer. kucing dia bunyi miamm. kucing mana entah dia dengar bunyi macam tu.

benda first dia tunjuk bila beli gambar-gambar ni adalah banana

memang kenal betul dia dengan banana. huhu

cucur "sedap" maryam

 buatkan maryam cucur durian

sedap kan cucur "sedap" ?

8 comments:

shark said...

bykkn bersabar..
Allah uji wanita ketika dia x der ape2
dan Allah menguji lelaki apabila dia ada segala-galanya..

NenetPenne (NP) said...

she is so cute
harap2 dia tak pelat..kalau anak pelat kita jangan encourage dgn menyebut pelat mcm dia... tapi setengah orang tak!..

♥MAMASYAZA♥ said...

cumel kakak manja ni. insyaallah bila dia ada adik, otomatik dia pandai bwk diri sendiri, selalunya camtula.

ederq said...

cute aje maryam ni! eisya pon sebut miamm la aunty farah. hehe hi 5 maryam!!

wardahkamaruzzaman said...

bijak la maryam ni!amani xpndai ckp nk susu pn,kalau nk mnum nangis,merengek ja..susah sgt kot nk sebut susu..tp nmpak dog pn musti sebut cat gak hehe..

maya amir said...

baru nak tanye tu cucur durian ke? baguslah maryam, mkn durian..:) sabar farah..kdg2 i pun camtu, tetibe jek mcm nak marah sume mende, mende besar kite nmpk kurang sgt, bile tgk yang kecik2 mcm anak2 sihat, membesar, happy, hsbnd makan pakai cukup..baru kite ter"sedar"

goblogbyfarah said...

Iman pun sangatlah mencabar keimananku sekarang. dah pandai berguling kat kedai kalau dia tak dpt apa yg dia nak. dahla laki jauh kena handle anak sorang2..hmmmm

Fay Farah Rahim said...

Macam pernah alami masa nak bersalin Mimi dulu :)

Dont worry, banyak bersabar. Tatau2 je eh Syasya dah mintak nk dokong adik dia yg baru lahir masa dia melawat kat PPUM hehehe - gitulah lebih kurang :)

Then now, macam dah immune rasa risau tu