Pages

Monday, 10 September 2012

6 bulan 3 hari

dah 6 bulan dahhhh... cepat jer kan kali ni. husband dah suruh listkan barang nak beli. dah boleh slow-slow beli barang baby dah. baju-baju rasanya memang semua kene beli baru. baju kak maryam dia dah buruk sangat dah. sebab maryam dulu kiteorang beli tak banyak pon. and beli pon bukan baju mahal. yang murah-murah sajor. so selalu basuh dok recycle baju sama, cepat la dia buruk. tapi bagus lah jugak, boleh la adik pakai baju baru kan. booties, mitten, barut perut, selimut, tilam, besen mandi, semua tu boleh guna lagi. so sikit2 jelah yang kene beli.

weekend hari tu sangat penat makan. =D

tahun ni jemputan tak sebanyak tahun lepas. orang dah tak buat open house sangat ke? kiteorang pon tak buat tahun ni. rasa macam tak larat jer. tapi walaupon jemputan tak banyak still jugak tak terpergi sebuah dua rumah sebab tak sempat. jadual lari sebab jem teruk. plus malam pon ade jemputan lagi. di campur ngan nak bawak diri dan perut pon tak larat so pergi yang mana sempat jer. keluar rumah tengahari, balik rumah malam. penat nye ya allah. tapi rejeki tak payah masak. masakkan breakfast dengan food maryam jer. food maryam macam biasalah, berbekal lagi. guna thermos bertingkat-tingkat. boleh asingkan lauk, nasi segala. lauk simple-simple jelah tapi. xde lah nak merendang segala kan. =D

layan menu breakfast maryam.

steamed banana bread pudding with blueberry yogurt sauce

bahan-bahan:

setengah cawan fresh milk
sekeping roti
sebiji telur
sebiji pisang

rendam roti dengan fresh milk sekejap. pastu pecahkan telur, kacau sebati. masukkan hirisan pisang. steam selama 5 minit.

sos:

natural yogurt + blue berry lenyek

done!





k lah bye!

nak kemas rumah, basuh baju. terabai rumh 2 hari tuan rumah beraya.

5 comments:

wardahkamaruzzaman said...

eh,sama la smlm pn buatkan amani banana bread pudding hehe..tp msuk oven je la mak malas nk kuarkan periuk nk kukus bagai huhu..

puanungupunyecerita said...

awk..maryam brp thn da?nak try menu nie..hadiff mesti suke.TQ

mrs.spicy said...

wardah: nak cepat, kukus senang masak..heheu

puan gunung, menu ni 1y++ boleh dah..sebab guna fresh milk dan sebiji telur. kalau xnak guna fresh milk, boleh guna fm ke, ebm ke

shark said...

dh 6 bln..
sekejap je eh

LiTtLe^m3 said...

kagum ni ummi maryam.. bawa bekal suap anak dulu. cemerlang melayan kerenah anaknya.