Pages

Monday, 30 July 2012

sik mok tetek


teringin nak makan nasi lemak tetek sebelum puasa lagi. tahu nasi lemak tetek? ala nasi lemak bungkus murah-murah bentuk piramid. ade daun pisang segala tu. daun pisang yang mahal. nak buat sendiri tak kuasa nak beli daun pisang dan pembungkus semata-mata nak dapat aroma daun pisang tu

nasi lemak ayam berempah

wangi. tapi bukan bau daun pisang lah. bau halba, bawang dan halia. dan daun pandan. daun pandan tu wajib. dan masak sendiri mestilah kene dengan citarasa sendiri. nikmat giler bukak puasa makan sik mok! heheheh. tapi buat cukup-cukup jer laki bini tak boleh menambah. kang lepas berbuka jadi dugong terdampar. terawih entah kemana.


 nasi lemak maryam. dengan 'sambal udang'


untuk nasi kali ni masak sekali arung jer. cuma tak letak garam la sebab maryam nak makan sekali. 

untuk sambal udang:

4 ekor udang saiz kecik-kecik
1 biji tomato
1/2 biji kurma
1 sudu besar bawang merah, bawang putih, halia blend. (juga sekali arung, dah blend bahan-bahan untuk sambal orang tua punya, ambik satu sudu jer untuk kegunaan maryam)

tumis bawang, halia sehingga naik bau. masukkan tomato dan kurma yang telah diblend. masak sehingga masak. masukkan udang. done!

resepi ni boleh dah baby 10++ nak makan, tapi jangan lah guna udang. guna lah protein yang dia dah boleh makan. hehehe

lebihan sambal buat flat bread pizza untuk breakfast

huduh giler rupa dia sebab bangun pagi tadi mata tak leh bukak lagi dah ade budak amukan kelaparan. kantuksss.








dah boleh bayangkan muka anak mak kalau boy? hahahaha. budak ni suka sangat pakai kopiah. walid dia adalah idola dia. ade walid jangan harap la nak layan ummi. kalau walid ade, makan nasi pon tak nak ummi. kalau elok-elok ummi tengah suap, tiba-tiba walid dia balik boleh pulak dia tunjuk walid dia pulak suap dia. huh! diskriminasi.. tapiiii ummi lagi suka lah maryam~ hahaha

kalau ikut kiteorang sembahyang pon nak pakaikan telekung tak nak sekarang. dia nak pakai kopiah. yappada maryam~

6 comments:

Madi @ Aed said...

haha..maryam sungguh..

wong meimot said...

Comeynya maryam kamo

Suriaamanda said...

haha...baru tau nama nasi lemak tu mcm tuh..

mama mia said...

haha.. comey kamu ini.. wat aunty gerammmm!

Saleha said...

haha.. apelah nama nasik lemak tetek.. kita duk tenung gaklah ingatkan ada lauk tetek dalam nask lemak tu :)

gee ryder said...

ooo farah masak nasi lemak letak garam yer.
gee tak pernah letak pun hehe...mak tak ajar :p
just halia dgn daun pandan jer. bawang pun tarak