Pages

Monday, 2 July 2012

labu siam

 breakfast walid ngan maryam

hahaha..simple jer breakfast walid. roti bakar ngan jem dan peanut butter, monavie, fresh milk. dia dah men-canai dah pon pagi-pagi buta tengok bola kat mamak ngan kawan-kawan dia. kata final kan. haruslah keluar. naseb baek menang, kalau tak mak yang jadi tukang sorak kat rumah.

kat mamak dah makan dah kebab. dia outstation hari ni. so nanti atas flight pon makan lagi. so roti ni alas perut je lah. lagipon dia nak OS memang wajib lah mak sediakan bf, sebagai ubat pengasih. nanti OS gersang-gersang tak pandang orang lain. eh eh eh

monavie tu dia baru makan. sedap oh monavie ni. dia makan untuk ubat. mak pon makan jugak. sebab sedap. =P

roti bakar madu+kismis untuk maryam. air? breast milk ummi fresh dari ummi jer.

malas sebenarnya nak sediakan breakfast hari ni. tu yang semua orang makan roti bakar. huk huk huk. sepanjang malam maryam asyik menyusu jer. lenguh pinggang mak. bangun pagi sakit habis satu badan. growth spurt kut budak ni.

hari tu beli labu siam kat mydin. husband xde boleh la masak benda yang dia tak suka. lagi pon tak pernah bagi maryam makan labu siam ni

buat sayur air campur bayam merah sikit. ngan ikan goreng.

sayur air tu hanya lah tumbuk bawang merah sikit, bawang putih sangat sikit ngan ikan bilis dan lada hitam. campak jer semua dalam periuk letak air sikit, letak labu. bila labu dah lembut, campak bayam. siap.

makan ngan nasi panas-panas. habis satu pinggan siap menambah sayur. tu mak cakap dia growth spurt. makan banyak, menyusu banyak. berak banyak. eh


ummi punya lunch.

burppp. alhamdulillah.=)

6 comments:

Nanak said...

labu siam ke..hehe..kami panggil timun cina..byk kat rmh my mom..senang je tumbuh..hehe

mrs.spicy said...

timun cina kalau orang kelantan tembikai..hihi..sedap kan labu ni..celur cicah budu pon dah sedap sebenarnya=P

wardahkamaruzzaman said...

labu kah namanya??mama saya pggil peria katak haha..slalu goreng kunyit ja,xpn sayur cmpur sedapss;-)

mrs.spicy said...

ni labu, bentuk dia mcm pear, dari luar nampak mcm guava pong ade..huhu..peria katak tu sejenis peria la..tp dia kecik2 kan?

♥MAMASYAZA♥ said...

ikan goreng ngan sambal belacan pun dah cukup sedap

NenetPenne (NP) said...

my sista buat sup ayam masukkan labu ni .. sedap jugak