Pages

Tuesday, 10 July 2012

kuey tiaw ladna hot! =P

ni kuey tiaw ladna versi dewasa pulok. asyik version maryam jer. entry-entry lepas ade orang komen mintak resepi. so ni version mak la. masak campak-campak, so setiap kali masak pon berubah-ubah. so ni lebih kurang lah, semalam buat untuk bukak puasa. walid maryam tak nak makan nasi, mak lagi suka. lagi senang.

kuey tiaw ladna

resepi kuey tiaw ladna (2 orang makan)

2 genggam kuey tiaw.
1 ulas bawang putih
sedikit kicap manis
sedikit kicap masin

tumis bawang putih. (mak suka sampai bawang tu garing, nanti lagi wangi), masukkan kuy tiaw, masukkan kicap2 secukup rasa. kacau sebati.

kuah:

5-6 ulas bawang putih
1-2 sudu sos tiram
8-10 ekor udang saiz sederhana
2 mangkuk air
serbuk lada sulah
5-6 biji cili padi. (nak lagi pedas boleh tambah)
sayur-sayuran ( carrot, bunga kubis, sayur sawi, daun bawang)
bancuhan tepung jagung
sebiji telur
bawang goreng

tumis bawang putih sehingga naik bau. masukkan sos tiram dan udang. kacau, masukkan air, carrot, lada sulah, cili padi diketuk. bila carrot sudah agak lembut masukkan bunga kubis dan bawang sawi. akhir sekali masukkan daun sawi dan daun bawang, masukkan bancuhan tepung jagung. akhir sekali telur yang dipukul. perisakan dengan garam dan gula. hidangkan dengan kuw tiae yang digoreng tadi. tabur bawang bawang. done!

gambar gegar. tangan ketaq, lapar. tak buka puasa lagi. =P


7 comments:

Anonymous said...

actually.. klo da letak telur da jd keuw tiaw kungfu la..

mrs.spicy said...

kuew tiaw kungfu telur salut kuew tiau my dear darling =) ni telur pecah dalam kuah

wardahkamaruzzaman said...

setappnya..mkn ni berpinggan2 pn mak xkesah hahah.. ha'ah la kuehtiaw yg bsalut telur tu kuehtiaw kungfu,kuehtiaw yg grg ngn kicap ni kuehtiaw ladna hehe..

dilahadith said...

Br ku tau beza kungfu ngn ladna, heheh

liya said...

sis.kuew teow bby umur brp br bleh mkn?n sis pakai tepung jagunf brand apa?organic ke?

liya said...

sis kuew teow bby umur brp bleh mkn?n u pakai tepung jagung brand apa?

mrs.spicy said...

kuwtiaw..1y++ boleh la nak bagi..tepung jagung biasa jer guna, cap ape entah..giant kut..huhu