Pages

Monday, 9 July 2012

hari ni dan minggu lepas

 maryam pukul 5 pagi

maryam tido awal semlam. pukul 8 dah selamat. tido masa tu adalah merisaukan. takut dia bangun lepas tu, pukul berapa la pulak ummi kene menahan mata teman dia jadi jaga. tapi semalam penat sangat kut, tido jer sampai pagi. tapi awal la pulok dia bangn. tapi hari ni ummi pon bangun awal sebab sahur . so maryam bangun teman ummi sahur la kira.

 pagi-pagi buta bangun tengok kartun.

food minggu lepas, bermotif kan sinta-sinta

nasi goreng cina sinta, rosak sebelum sempat amik gambar. -___-"

buah timun cina , tembikai, watermelon sinta


 cucur tak boleh lah nak buat bentuk cinta. bentuk cucur la seadanya =D


 ni peristiwa biasa sekarang kalau tengahari. dia dah pandai tido sendiri kalau kenyang lah syaratnya.

tertido masa ummi tengah masak lunch

baguslah, bangun tido boleh terus makan. ni menu jumaat lepas.

menu lench ngan dinner maryam

kubis + capsicum masak lemak
daging goreng balck pepper
nasi kosong

makan panas-panas sedap

masak lemak mcm biasanyah, ummi tumbuk bawang dengan lada hitam sikit, ikan bilis sikit, masukkan santan, kubis, capsicum, masak sehingga lembut.

 
daging goreng black pepper

versi maryam semestinyalah bebas sos, garam, dan msg

daging batang pinang (hiris halus, kalau still makan blend, blend jer senang nak suap)
halia sikit*
seulas bawang putih*
lada hitam*
minyak bijan (untuk setahun ke atas)
bawang besar
capsicum
tomato (saja nak tambah rasa)

tumbuk bahan bertanda *. gaul dengan daging. perap seketika titiskan sedikit minyak bijan. chef wan kata halia ade enzim yam boleh memecahkan protein daging, so nanti daging jadi lebut. 

goreng daging dengan sedikit minyak, sehingga masak. masukkan capsicum, tomato dan bawang besar. done!
 

ummi pon makan food maryam jer. tapi nak tambah kick goreng ikan kering dengan sambal sebagai penambah perisa.

 dan air tembikai tanpa gula. tanpa gula sebab tembikai memang dah manis, dan memang dah tahu, kalau ummi minum air, maryam sure nak jugakk.


5 comments:

Madi @ Aed said...

behnye daging black pepper

♥MAMASYAZA♥ said...

bertuah maryam dpt mummy yg rajin masak, sronok akak tgk

puan jari said...

farah...mane awak beli kete maryam tu...lame dah cr x jmp

mrs.spicy said...

mamasyaza, kak, bukan rajin masak, tapi kene masak..hehe

puan jari, beli kat jusco..murah sajor rm 40 =)

mrs.spicy said...

along, behhhh =P