Pages

Friday, 20 July 2012

hari bermalas-malasan

semalam bangun tido jer cuaca sesedap rasa untuk bermalas-malasan bergolek-golekan dengan maryam. redup, sejuk. ya allah.memang tak membangkitkan mood rajin langsung. cakap kat husband.

" i sangat malas hari ni"

"bila u rajin?"

muahahah. tapi semalam betul-betul malas. sedar-sedar dah tengahari and i tak masak pon lagi untuk si maryam.

 telur dadar cheese

campakkan bawang, carrot, cendawan butang dan cheese dalam telur. goreng. siap!

mak cik ni pon tengahari tak mandi lagi. muehehe. sejuk kita mandi lambat la sikit kan? =P

semua benda bertali yang boleh sangkut kat bahu adalah handbag dia. biarlah dia,

lauk tengahari semalam

sayur tumis kubis dengan tomato dan fucuk, telur dadar, nasi beras perang. (nasi perang?)

 ready untuk dingap

 ummi ngan maryam. sayur adlah sama, cuma ummi goreng sotong kunyit untuk menambah perisa since sayur adalah bebas bahan perisa

 aummmmm~


selalu kalau join group mak-mak-tak-kerja-goyang-vontot-kat-rumah ni akan mendengar rungutan-rungutan, kepenatan, dan ketidakpuasan hati mereka dengan orang sekeliling yang tak suka mereka goyang vontot kat rumah. kenapa nak pikir benda tak tak best. kenapa? kenapa?

cuba kita berkata-kata benda yang positive dan indah. contohnya betapa heaven nya saya bermalas-malasan di rumah bergoleks-golekan dengan anakanda seharian dihari hujan. tanpa bigboss marah pon. *sebab dah cakap awal-awal* hehehe

pregnancy kali kali ni *ehem* tak tahu lah sebab pregnant ke sebab memang dasar pemalas. tapi rasanya biasanya takdelah sepemalas ini...hehehe

malas nak layan semua benda. malas nak gaduh benda tak penting. malas nak tengok fb, nak baca orang merungut pasal benda tak penting. nak baca orang mengeadu domba benda tak penting. bertikam lidah pasal benda yang sama. nak terasa benda sama. ayoyoyo. if kita tahu kita buat benda betul, teruskan jelah. biarlah orang sekeliling nak kata ape pon. husband sekali pon! eh. bunyi macam derhaka pulok. tapi kalau mengutuk belakang pong berdosa jugak. so pleaseeeeee...kurangkan benda tak penting pleaseeee

bulan puasa ni. jm lah berubah menjadi lebih baik.

*peringatan untuk diri sendiri jugok*

benda ni tak tujukan kepada sapa-sapa pon. hanyalah benda umum yang banyak kita jumpa kat fb. saya mintak ampun dan maaf kalau penulisan saya selama ni pernah mengguris hati mana2 piha. kawan diluar dunia blog, pernah mengguris dengan kata, dengan perbuatan. halalkan semua makan minum mak.

selamat menunaikan ibadah puasa. nak g terawih tapi agak-agak boleh dok ngan maryam ni?

8 comments:

NenetPenne (NP) said...

akak pun kadang2 mcm tu..ada hari2 tertentu yang buat akak malas nak layan semua menda...termasuk boss dan kawan2 kat ofis dan tak lupa untuk bekas laki tercinta...

eh mcm ucapan raya laa pulak eh...

JennY said...

sonok nyer leh bermalas2an kat umah bersama anak...
sangat jelly~

aTy _faRed~ said...

peerrgghhh..sedap gak tu...:)

puan jari said...

selamat berpuasa farah...mak2 mcm kite ne terawih di rumoh je le...hihi

nieda said...

selamat menyambut bulan ramadhan

eim said...

salam ramadhan farah ..

Raieza Hanim R said...

ntahnye magh. Aku jeles dgn kau. HOW I WISH I CAN STAY AT HOME AND BERGOLEK GOLEK DGN NIA JUGAK! :D

mama mia said...

comeynye dia sepit rambut gitu..