Pages

Tuesday, 3 July 2012

egg benedict kukus


egg benedict ni drama betul. biasa kalau buat egg benedict ni memang bakar, tapi telur separuh masak jer, kalau nak tunggu masak sepenuhnya untuk maryam takut roti keras kejung pulak. so mak try la kukus. kukus bila nak masak, gas habis la pulak. grrrrrr

nak masuk dalam oven malas dah nak tunggu panas segala. so sumbat dalam microwave. ting! masak. hihi

egg benedict kukus for maryam

bahan-bahan:
sekeping roti
sebiji telur
carrot diparut
cheese diparut
serbuk lada hitam *optional*
 
sapu sedikit unsalted butter dalam remekin, sumbat sekeping roti adalam remekin.  biar membentuk mangkuk, parut carrot sikit atas roti, tabur sedikit serbuk lada hitam, dan tabur sedikit cheddar cheese yang diparut. akhir sekali. pecahkan sebiji telur. kukus sehingga betul betul masak

check masak ke dok. yeay. masak

ok now boleh makan

 haha! gambar ni wajib ade dalam slide show maryam kawen nanti =P



nom nom

untuk ummi pon masak sepenuhnya jugak. terpaksalah sebab ibu merandung. tak nikmat betul makan egg benedict telur tak meleleh-leleh T_T

5 comments:

eMMe said...

menarik gak.. makanan maryam semua sodap2 belaka.. hai, untung la ada ummi dia layan dia... hehehehe...

♥ Elin ♥ said...

skg amani memilih untuk makan....susahh nak tackle menu die
:( seronok tgk maryam mkn.

Nanak said...

ini mak budak pn suka..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

bagus nya Maryam , apa ummi dia masak semua dia makan :)

♥MAMASYAZA♥ said...

setuju sgt, kalo camni, mak budak pun suka