Pages

Tuesday, 31 July 2012

bukak puasa dan sahur *updated: tambah resepi*

***ehemmm..pemalas betul nak buat entry bagu. so mak update entry ni jer untuk update resepi. harap membantu=)***

semua orang tayang food sahur ngan bukak puasa. mak nak jugakkkk...hehehe. alhamdulillah. setakat ni masih lagi bertahan tak jejak kaki lagi kat param. masak sendiri jer. tapi simple-simple sajor lah. asal kenyang. dan masak ikut selera mak buyong. hehe

hari mula-mula puasa. sahur ngan telur masak kicap campak semua sayur dalam tu. satu lauk jer. makan ngan nasi panas-panas. tak rasa nak makan food lain. nak makan telur kicap jer.

untuk bukak puasa, buat buah melaka aka onde2

 buat agak banyak la jugak. setengah kilo tepung pulut. sebab pok we nak datang and kirim jugak kat adik yang duduk kat uitm puncak alam. tinggal sepinggan kecik ni jer untuk rumah. tu pon i makan sorang jer. husband mak makan lah sebijik dua. dia bukan makan sangat kueh-kueh ni. 

makan sup tulang, telur dadar dan paru air asam

paru air asam

resepi air asam ni:

rebus oaru dengan garam secukup rasa. lepas tu bila paru dah empuk, ambik paru, dan sedikit air rbusan. perah asam limau, hiris bawang, hiris cili api. kalau nak tambah rasa boleh tambah daun kesom. kalau takde pon takpe. tak penting.

terasa nak makan perut lembu air asam. tapi tak lalu la nak makan perut kat sini. putih bersih macam kena clorox. beli paru jer

sahur hari ke dua, makan jer food bukak puasa. sup tulang buat banyak pastu goreng telur dadar. bukak puasa  pulak kat rumah kawan husband. buat pot luck. mak masak pepahat masak sambal jer. husband beli cendol. setel!

hari ke 3,

sayur hari ke dua. sotong rebus dengan bok choy goreng sos tiram

 bukak puasa pulak

cucur udang

ikan cencaru sumbat, kerabu timun. ulam dan budu. hehe. terrrbaik!

husband beli ulam-ulam kat pasar borong selangor. daun selom ngan pegaga tu dah kira biasa dibeli. selalu jumpa, yang special nya hari tu dia jumpa pucuk "jenerih". setapp. tak tahu lah ape anma sebenar. tapi kat kelantan panggil pucuk jenerih jer. hehe

tapi star og the day adalah kerabu timun ni

sangat segar bagi i makan kerabu timun ni masa bulan puasa. sahur pon sedap gak makan.

kerabu timun ni adalah teramat simple.

perah santan guna air panas. tumbuk bawang merah dengan sedikit lada hitam dan garam. cincang timun kecik kecik. gaul sebati semua bahan. done! dia macam salad timun la. sangat fresh. sebelum makan simpan dalam peti kalau mak nak tambah kesedapan.

hari ke 4,

sotong goreng kunyit, sayur tumis sawi

bukak puasa: kerabu ikan bilis. sambal udang. air longan.

kuih tarak. sebab kalau buat pon, sendiri masak sendiri makan. tak best. cepat la maryam besar. jadi kawan ummi makan kueh-kueh

star of the day adalah kerabu ikan bilis. setapppp. eh

sendiri masak sendiri puji pon adalaah perlu...hahaha

resepi kerabu bilis ni pon simple campak-campak.

2 batang serai
setengah batang bunga kantan
sebiji tomato saiz kecik
1 biji bawang besar merah saiz sederhana(mak suka bawang, if tak suka bawang boleh kurangkan)
3-4 biji cili padi (bergantung kepada nak pedas mana)
daun selom (guna daun selom sebab ganti kacang panjang, kacang panjang takde. boleh guna kacang panjang jugak)
peraham limau
garam
gula
sos ikan
ikan bilis digoreng rangup


hiris halus semua bahan. tomato potong dadu. gaul semua bahan dengan penuh kasih sayang kecuali ikan bilis jangan letak lagi. tambah kan garam, gula, asam limau secukup rasa, sos ikan (nampla) sikit renjis-renjis. gaul sebati. bila nak makan baru lah tambah ikan bilis untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis tu.


kerabu ni kalau letak ikan bilis jadi la nama dia kerabu ikan bilis. if letak sotong, jadi lah kerabu sotong, kalau letak udang, jadi lah kerabu udang. kalau campur letak semua. jadi lah kerabu seafood. tapi kalau nak letak seafood rebus siap2. lepas tu gaul jer sekali. seafood takpe, tak hilang kerangupan.


 hari ke 5,

sahur, sayur campur, telur mata, left over bukak puasa sambal udang


 bukak puasa, udang goreng kunyit ngan sayur campur msak lemak. ngan air longan lagi. dan tiada kueh lagi.

air longan bertindak 2 dalam satu. selain setap boleh hilangkan dahaga boleh jadi milk booster jugak. semalam masak cepat-cepat sebab 640 petang baru sampai rumah. g check up adik maryam.

hari ni, hari ke 6



sahur hari ni, sayur tumis air kubis ngan fucuk, ayam kampung masak halia. left over bukak puasa. udang goreng kunyit



resepi ayam masak halia 

ayam kampung untuk 2 orang makan. potong kecik-kecik
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah'
halia muda sebesar ibu jari 
2-3 sudu sos tiram
1 labu bawang holland
2-3 biji cili padi
daun bawang

tumis bawang, halia yang dimayang halus dengan minyak lebih sikit sehingga wangi. masukkan ayam. kacau sehingga ayam masak. sambil tu masukkan sos tiram, garam gula dan bawang holland, dan cili padi. akhir sekali masukkan daun bawang. siap!

 husband beli halia muda. letak banyak-banyak. sedap jer kutip makan halia muda tu begitu sahaja. hehe

hari-hari mak ade assistant. mak bangun dia bangun la. sekali jer tak bangun sebab tido dah lambat pastu bila nak bangun masak tu suruh husband tido dekat dengan dia biar dia rasa ade orang.

hari ni bangun awal dari ummi. kul 4 dah bangun kejut suruh masak gamoknye. awal sangat anok weii..mok mung masok kuca-kuca jah. tak yoh la bangun awa sangat.




hari ni tak pikir lagi nak masak ape~

15 comments:

alyyani said...

terliuq as usual :D

aThidEaN said...

uish terliur nya

nak resepi kerabu ikan bilis tu lah..:P

♥ Elin ♥ said...

waaahhhhh menyelerakan....

kerabu ikan bilis tuh nmpk sedp.

blh share resepi..

bulan puasa ni kalau lauk bersantan mmg x lalu..elin suka yg kering2..goreng2...sup ker :)

Madi @ Aed said...

seddak erghhhh

wardahkamaruzzaman said...

waaa...nmpak mnngodes sup tulang itu huhu..mak pn cuba mngelak param tp trbabas gak beli mrtabak ngn samosa hehe..

♥ ROS ♥ said...

Kihkih.. Ros pun himpun gak makanan.. Nnt publishuntuk seminggu... Nak buat jgak entry nnt :) berselera tgk lauk kak..nyum2.. Budu wajib kalau sahur2 nih..kahkah

Papa, Mama & Azra said...

Hari ni saya nak cuba buat ketupat sotong....

nieda said...

tetliur tgk..simple but nice

Maharani said...

anak sy pun kejut umminyer bangun kul4 pg..giler awal..dh la ummi cuma nk panaskan je baki lauk berbuka (dasar pemalas!) xbebaloi lgsung nk bgn kul 4 pg..huhuhu

Mixed-family in da house.... said...

pucuk jenerih....sangat marveles !!!!

SURIA AMANDA said...

mak oi..terliur..especially paru air asam tu..ajar la skit caner nak buat..festime dengar ni...

♥MAMASYAZA♥ said...

yang simple tu la yg paling sedap

Angah said...

kerabu bilis tu begitew melazatkan je...

Fay Farah Rahim said...

warghhhh
mode : lapar

I blog at Not Just A Mom - PiNKVERSATIONS

Yatie Ahmad said...

sedapnya! terliur tengok menu berbuka & bersahur ummi maryam ni huhuhu...

terliur tengok ayam halia tu ce kasi resepi :) 1st time tengok kerabu timun tu terus google hahaha... kerabu ikan bilis pun tu menarik juga untuk di cuba....